Champions League 2019/2020 : Liverpool 1-1 Napoli

Liverpool meneruskan rentak kebangkitan mereka selepas ketinggalan, kali ini dipentas kejohanan paling agung di Eropah, UEFA Champions League apabila bangkit untuk mengikat Napoli dan tiada kemenangan seperti biasa.

Keputusan seri menyebabkan Liverpool terpaksa menunggu hingga perlawanan perlawanan ke-6 yang merupakan perlawanan terakhir untuk mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.

Juara bertahan Champions League ini telah dikejutkan dengan jaringan pembukaan Napoli melalui Dries Mertens pada minit ke-21 melalui satu rembatan cantik menewaskan Alisson Becker.

Gol Dries Mertens itu merupakan satu-satunya percubaan tepat yang dilakukan oleh Napoli dalam perlawanan ini.

Jaringan Mertens terpaksa menunggu lama untuk disahkan selepas Video Assistant Referee(VAR) membuat semakan bagi membantu Liverpool, namun gol itu sah.

Aksi mabuk dan hambar terus disajikan dari kedua-dua pasukan, apa kau nak harap dengan pasukan juara bertahan? Jadi juara pun seabab nasib.

Perlawanan berlangsung hambar dan membosankan dan sangat tidak berbaloi untuk berjaga menyaksikan perlawanan ini.

Pada minit ke-65 pemain yang melabel diri sendiri sebagai pertahanan terbaik dunia, Dejan Lovren menyamakan kedudukan melalui satu sundulan hasil sepakan sudut James Milner.

Gol ini juga dirujuk kepada VAR kerana ada unsur tolak menolak sebelum dikira taraf sebagai sah.

Liverpool XI : Alisson, Gomez (Oxlade-Chamberlain 57), Lovren, van Dijk, Robertson, Henderson, Fabinho (Wijnaldum 19), Milner (Alexander-Arnold 78), Salah, Firmino, Mane

Subs not used: Adrian, Lallana, Shaqiri, Origi

Napoli XI : Meret, Maksimovic, Manolas, Koulibaly, Di Lorenzo, Fabian, Allan, Zielinski (Younes 85), Rui, Lozano (Llorente 72), Mertens (Elmas 81)

Subs not used: Callejon, Luperto, Ospina, Gaetano

Baca Juga

Baca Juga