Champions League 2019/2020 : Slavia Prague 1-3 Inter Milan

Romelu Lukaku menggila apabila menjadi dalang dan nadi kemenangan Inter Milan ke atas Slavia Prague apabila menjaringakan satu gol dan menghasilkan dua bantuan gol untuk Lautaro Martinez.

Gandingan penyerang skuad bimbingan Antonio Conte telah menunjukkan keserasian yang begitu ketara di bahagian hadapan Nerazzurri musim.

Romelu Lukaku telah membuat satu gelecekan sebelum membuat hantaran kepada Lautaro Martinez yang terus tembak untuk gol pertama pada minit ke-19.

Tidak cukup dengan satu, Lukaku kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-34 namun Video Assistant Referee(VAR) membatalkan gol itu.

Lebih malang Slavia Prague pula mendapat penalti dari rujukan VAR selepas gol Lukaku ditarik balik. Tiada masalah buat Tomas Soucek menyamakan kedudukan.

Pada separuh masa kedua menyaksikan dua kali Inter merembat bola ke tiang gol. Tandukan Lukaku terkena tiang dan tindakan susulan Marcelo Brozovic menghentam palang.

Ketika permainan bebaki 10 minit, Lukaku mula mempamerkan aksi adiwira kesilapan pemain Slavia Prague yang tergelincir menjadi rezeki buat Lukaku.

Pemain Belgium itu terus merampasa bola dan menggelecek penjaga gol yang keluar dari kawasan untuk naik ke atas, kesudahnnya gol.

Ini merupakan gol pertama Romelu Lukaku di Champions League bersama Inter Milan.

Lautaro Martinez melengkapkan kemenangan 3-1 Inter dengan satu voli yang padau selepas Lukaku melakukan hantaran yang menakjubkan.

Lukaku sekali lagi menjaringkan gol tetapi telah dibatalkan oleh VAR selepas wisel penamat ditiup.

Lukaku telah menjaringkan satu gol, dua assist, dua gol dibatalkan VAR dan tandukan terkena tiang.

Slavia Prague Starting XI: Kolar (6); Coufal (5), Kudela (6), Frydrych (5), Boril (5); Husbauer (5), Soucek (7), Sevcik (6), Stanciu (6), Olayinka (7); Masopust (5).

Substitutes: Traore (6), Zeleny (6), Takacs (6).

Inter Milan Starting XI: Handanovic (7); Skriniar (6), De Vrij (6), Godin (8*); Biraghi (5), Brozovic (7), Valero (5), Vecino (5), Candreva (7); Martinez (8), Lukaku (8)

Substitutes: Gagliardini (6), Lazaro (7), Esposito (6)

Baca Juga

Baca Juga