Champions League 2019/2020 : Tottenham Hotspur 4-2 Olympiakos

Pengurus paling sensasi, Jose Mourinho kembali lagi ke kejohanan paling agung di Eropah, UEFA Champions League dan ini merupakan perlawanan pertama beliau selaku pengurus Tottenham Hotspur di kejohanan Eropah.

Pada perlawanan pertamanya di Premier League tempoh 60 minit pertama menyaksikan Spurs menampilkan permainan bergaya dengan mendahului 3-0 sebelum menjadi boring Mourinho namun tetap mengutip 3 mata dengan kemenangan 3-2.

Secara mata kasarnya Olympiakos bukanlah lawan sebenar buat Spurs jika dilihat kepada kualiti pemain yang ada pada pasukan bimbingan Jose Mourinho ini dan ini boleh menjadi perlawanan mudah buat Spurs.

Itulah keindahan bola sepak yang menjadi kegemaran majoriti rakyat bumi yang berbentuk sfera ini di mana Olympiakos telah mengejutkan Spurs dengan mendahului dua gol.

Youssef El Arabi membuka tirai gol perlawanan pada minit ke-6 lagi dengan satu remabtan padu luar kotak penalti dan membuatkan Spurs terkapai-kapai mahu mencari rentak permainan mereka.

Ketika Spurs masih lagi bergelut, Olympiakos terus menghukum Spurs dengan gol kedua hasil jaringan pemain pertahanan Olympiakos, Ruben Semedo pada minit ke-19.

Mourinho membuat pertukaran awal pada minit ke-29 apabila mengeluarkan Eric Dier dan Cristian Eriksen dimasukkan.

Kesilapan budak sekolah Yassien Meriah pada penghujung babak pertama membolehkan Dele Alli menjaringkan gol semangat untuk satu kebangkitan.

Lima minit bersambung separuh masa kedua, Harry Kane menyamakan kedudukan melalui satu rembatan selepas menerima hantaran cantik Lucas Moura.

Harry Kane menjadi pemain paling pantas menjaringkan 20 gol dalam sejarah Champions League hanya dalam 24 perlawanan.

Serge Aurier meletakkan Spurs di depan untuk membuktikan bahawa comeback is real (kebangkitan itu benar) dengan gol ketiga.

Sundulan Harry Kane hasil sepakan percuma Cristian Eriksen terus membunuh perlawanan dan memastikan kemenangan 4-2 ke atas Olympiakos.

Inilah comeback sebenar, ketinggalan dua gol mengejar dan menang 4-2 bukan kena dua lepas tu comeback 3-2 dan akhirnya seri 3-3. Patut la main Europa.

Dengan kemenangan ini Tottenham Hotspur mara ke pusingan kalah mati dan Mourinho menjadi pengurus pertama membawa 3 pasukan Inggeris berbeza iaitu Chelsea, Spurs dan Manchester United mara ke pusingan seterusnya.

Jose Mourinho juga menjadi pengurus pertama membawa 6 pasukan berbeza mara ke pusingan kalah mati UEFA Champions League.

Enam pasukan tersebuat adalah Porto, Inter, Real Madrid, Chelsea, Spurs dan Manchester United.

TOTTENHAM (4-2-3-1): Gazzaniga 5; Aurier 8, Sanchez 6, Alderweireld 6, Rose 5.5; Winks 6.5, Dier 5 (Eriksen 28, 7); Moura 7 (Sissoko 61, 6), Alli 8 (Ndombele 83), Son 7; Kane 8.5

Subs not used: Vertonghen, Lo Celso, Sessegnon, Austin

OLYMPIACOS (4-3-3): Sa 5; Elabdellaoui 6, Semedo 7, Meriah 6, Tsimikas 6; Camara 6, Guilherme 7, Bouchalakis 6.5 (Valbuena 74, 6); Podence 7 (Randjelovic 79), El Arabi 7 (Guerrero 85), Masouras 7

Subs not used: Benzia, Allain, Papadopoulos, Torosidis

Baca Juga

Baca Juga