Perlawanan agak menarik berlangsung di Mestalla aapbila Chelsea yang dibimbing Frank Lampard bangkit mengejar Valencia selepas ketinggalan satu gol dan mendahului 2-1 sebelum seri 2-2. Comeback lepas tu seri.
Keputusan seri bukanlah satu keputusan yang baik buat Chelsea dan terpaksa menunggu perlawanan terbaik menentang Lille untuk mengetahui nasib mereka, layak atau kembali ke Europa League.
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu berada di depan selepas 40 minit permainan hasil jaringan Carlos Soler.
Tetapi Chelsea memebri reaksi balas apabila kembali menyamakan kedudukan seminit kemudian melalui Mateo Kovacic, gol pertama bersama Chelsea.
Selepas 5 minit bersambung permainan babk kedua Christian Pulisic meletakkan Chelsea di depan melalui satu gol kontroversi.
Video Assistant Referee(VAR) mengambil masa 3 minit untuk mengesahkan jaringan yang dilakukan oleh Christian Pulisic itu.
Kepa Arrizabalaga mempamerkan aksi adiwira apabila menyelamatkan sepakan penalti Daniel Parejo bagi membolehkan Chelsea terus mendahului.
Berbaki kurang 10 minit permainan Daniel Wass telah menyamakan kedudukan melalui satu rembatan jarak jauh dari tepi kotak penalti.
Penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga kelihatan bingung dan keliru dengan percubaan DanieL Wass. Gol penyamaan salah Kepa?
Valencia boleh menang dalam perlawanan ini dengan 4 peluang yang cun dengan terlepas peluang terbuka dan gagal menjaringkan sepakan penalti.
VALENCIA (4-4-2): Cillessen 7.5; Costa 6 (Gameiro 67, 6), Garay 6.5, Gabriel 6, Gaya 5.5; Torres 6 (Coquelin 74, 6), Parejo 5, Wass 6.5, Soler 6.5 (Lee 78, 6); Maxi Gomez 5, Rodrigo 6
Subs not used: Domenech, Correia, Mangala, Vallejo
CHELSEA (4-3-3): Kepa 6; James 7, Christensen 5.5, Zouma 6.5, Azpilicueta 6; Jorginho 5.5 (Emerson 72, 6), Kante 6.5, Kovacic 8; Pulisic 7, Abraham 6 (Batshuayi 46, 6), Willian 6 (Mount 80, 6)
Subs not used: Caballero, Pedro, Giroud, Tomori