Champions League 2020/21: Barcelona 1-4 PSG

Liobel Messi membuka tirai jaringan pada minit ke-27 melalui sepakan penalti selepas Frenkie De Kong Dijatuhkan.

Keylor Navas berjaya membaca arah tendangan Messi namun terlalu deras dan sedikit tinggi sepakan Messi untuk Navas melakukan tepisan.

Namun jaring Messi itu tidak kekal lama, kurang lima minit Kylian Mbappe menjaringkan gol penyamaan dengan rembatan bapak deras depan muka Ter Stegen.

Gol berpunca daripada hantaran bijak penuh bersahaja dan acuh tidak acuh dari Marco Verrati tepat keada Mbappe.

Bersambung babak kedua, Kylian Mbappe meneruskan aksi kebangkitan PSG dengan gol kedua ada minit ke-65.

Moise Kean terus melebarkan kedudukan apabila menyundul masuk sepakan pecuma Leandro Daniel Peredes.

Barcelona tidak mahu mengalah dan terus cuba untuk mengurangkan defisit gol namun mengundang padah.

Hasilnya PSG berjaya melakukan satu serangan balas pantas dan Kylian Mbappe melencongkan bola untuk hatrik dalam perlawanan ini.

Bekalan 4 gol tempat lawan menjadi bekalan PSG untuk perlawanan kedua nanti.

Ternyata Messi dan rakan-rakan mati kutu dengan kepantasan pemain PSG yang tiada obat.

Ter Stegen walaupun bolos 4 gol namun berjaya melakukan aksi menyelamatkan yang mengelakkan Barcelona tewas dengan jaringan lebih besar.

Barcelona (4-3-3) ter Stegen; Dest, Pique, Lenglet, Jordi Alba; de Jong, Busquets, Pedri; Dembele, Messi, Griezmann.

Substitutes: Neto, Pena, Pjanic, Braithwaite, Puig, Trincao, Fernandes, Umtiti, Firpo, Mingueza.

Paris Saint-Germain (4-3-3) Navas; Florenzi, Marquinhos, Kimpembe, Kurzawa; Gueye, Paredes, Verratti; Kean, Icardi, Mbappe.

Substitutes: Rico, Letellier, Kehrer, Rafinha, Danilo, Sarabia, Herrera, Diallo, Draxler, Bakker, Michut.

Baca Juga

Baca Juga