Champions League 2020/21: Borussia Dortmund 1-2 Manchester City (Agg. 2-4)

Manchester City bangkit di Signal Iduna Park untuk menewaskan Borussia Dortmund sekaligus mara ke separuh akhir Champions League buat kali kedua dalam sejarah kelab.

Manchester City menang 2-1 di suku akhir pertama dan itu bukan satu kemenangan yang selepas apabila Borussia Dortmund membawa bekalan gol tempat lawan.

Dalam sejarah Champions League, pasukan yang menang 2-1 pada perlawanan pertama lebih banyak disingkirkan (15) berbanding pasukan yang layak (12) ke pusingan seterusnya.

Namun Pep Guardiola dan anak buahnya telah melawanan kebarangkalian itu dengan penuh bergaya.

Bebekalkan gol tempat lawan, Borussia Dortmund menggunakan kelebihan itu dengan sepenuhnya apabila menjaringkan gol pertama perlawanan.

Pada minit ke-14 Jude Belinggham telah berjaya menyamakan agregat kepada 2-2 dan mempunyai sedikit kelebihan untuk memberi tekanan kepada Manchester City.

Jude Belingghan menjadi pemain kedua termuda menjaringkan gol di peringkat kalah mati pada usia 17 tahun 289 hari selepas Bojan menjaringkan gol untuk Barcelona ketika menentang Schalke pada April 2008 di usia 17 tahun 217 hari.

Sepuluh minit selepas separuh masa kedua Riyad Mahrez telah menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan dan kelebihan kembali kepada Manchester City.

Gol ini telah menamatkan kemarau jaringan 14 perlawanan Riyad Mahrez di Champions League bersama Manchester City sejak September 2019.

Pada minit ke-75, Phil Foden menjaringkan gol kedua sekaligus meranapkan impian Borussia Dortmund yang perlu mencari tiga gol dalam masa 15 minit untuk mara.

Kemaraan ke separuh akhir ini menjadi separuh akhir ke-8 Pep Guardiola di Champions League paling banyak di dalam sejarah kejohanan dikongsi bersama Jose Mourinho.

Borussia Dortmund: Hitz, Morey, Akanji, Hummels, Guerreiro, Emre Can, Dahoud, Bellingham, Reus, Knauff, Haaland.

Manchester City: Ederson, Walker, Stones, Dias, Zinchenko, Rodri, Gundogan, De Bruyne, Mahrez, Foden, Bernardo.

Suku akhir pertama: Manchester City 2-1 Borussia Dortmund

Perlawanan suku akhir antara Manchester City dan Borussia Dortmund dimeriahkan dengan satu video Erling Braut Haaland yang memuji kecantikan Stadium Ethihad yang selalu kosong.

Hanya memuji kecantikan Ethihad sudah boleh menimbulkan spekulasi dan memberi harapan bahawa Erling Braut Haaland akan beraksi bersama Manchester City.

Keberadaan Haaland di bandar Manchester dan menginap di hotel berdekatan dengan Old Trafford juga tidak kurang memberi harapan dan menjadi gurauan peminat Manchester United.

Situasi ini wujud kerana Haaland merupakan prospek bola sepak paling diingini oleh semua kelab namun yang menjadi halangan adalah kewangan.

Perlawanan antara Manchester City dan Borussia Dortmund boleh dikatakan seimbang dan menarik terutamanya aksi ditunjukkan oleh Kevin De Bruyne, Phil Foden dan sudah pasti Haaland.

Gol pertama Manchester City merupakan hasil perencanaan yang dilakukan oleh Kevin De Bruyne selepas cubaan Borussia Dortmund membina serangan terkandas.

Kevin De Bruyne melarikan bola dari tengah padang sebelum membuat satu lorongan cantik kepada Phil Foden yang membuat larian di sebelah kiri.

Hantaran leret Phil Foden merentasi kotak penalti Borussia Dortmund mencari Riyad Mahrez di seberang yang kemudiannya menolak bola kepada Kevin De Bruyne.

Hancur dan rabak pertahanan Dortmund dibelah De Bryune, Foden dan Mahrez untuk gol pembukaan perlawanan.

Keperkasaan fizikal Haaland jelas ditunjukkan dalam perlawanan ini ketika dicabar oleh Ruben Dias yang nyata mudah terciduk selepas dihimpit oleh badan Haaland yang sado.

Terus tergolek ke tanah Ruben Dias namun telah bersedia untuk menafikan percubaan Haaland.

Pada minit ke-84 hantaran sedap daripada Haaland terus disudahkan oleh Marco Reus untuk gol penyamaan.

Superball daripada Kevin De Bruyne memberi gol kemenangan kepada Manchester City yang penuh bersahaja lagi tenang melambungkan bola kepada Ilkay Gundogan.

Lambungan De Bruyne disambut dengan sentuhan pertama yang kemas oleh Ilkay Gundogan yang membuat satu setting cantik untuk Phil Foden merembat.

Maka satu gol kemenangan minit akhir telah terhasil.

Manchester City: Ederson, Walker, Dias, Stones, Cancelo, Rodri, Gundogan, Bernardo, Foden, Mahrez, De Bruyne

Subs: Steffen, Trafford, Ake, Sterling, Jesus, Aguero, Zinchenko, Laporte, Torres, Mendy, Fernandinho, Garcia

Borussia Dortmund: Hitz, Morey, Hummels, Akanji, Guerreiro, Can, Dahoud, Bellingham, Reus, Knauff, Haaland

Subs: Burki, Drljaca, Delaney, Hazard, Schulz, Brandt, Reinier, Meunier, Piszczek, Tigges, Passlack, Reyna

Baca Juga

Baca Juga