Champions League 2020/21: Chelsea 0-1 FC Porto (2-1)

Seperti yang dijangka, Chelsea tidak berdepan sebarang masalah untuk mara ke separuh akhir selepas mendapat kemenangan agak selesa 2-0 pada suku akhir pertama.

FC Porto bertandang ke Stamford Bridge dalam misi mencari gol dan meneruskan impian mara ke separuh akhir yang tampak sukar.

Perlawanan berlangsung agak hambar sebenarnya dan siaran terus ditukar kepada perlawanan PSG menentang Bayern Munich.


N’Golo Kante sepatutnya direhatkan kerana masalah hamstring namun kecederaan Mateo Kovacic tidak memberi pilihan kepada Thomas Tuchel.

Asal diturunkan persembahan dan aksi masterclass terus dipamerkan Kante menunaikan tanggungjawab beliau di padang dan memberi kesukaran kepada Porto.

Penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy membuat kesilapan dengan menghantar bola kepada pemain FC Porto dan bernasib baik tidak dihukum.

Sepanjang perlawanan ini hanya dua percubaan tepat sahaja yang dihasilkan oleh FC Porto dan satu dari Chelsea.

Tiada aura kebangkitan yang dipamerkan oleh Porto untuk sekurang-kurangnya mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Gol saguhati Porto hadir melalui, Mehdi Taremi ketika perlawanan berbaki beberapa saat sahaja lagi sebelum tamat.

Gol itu tidak cukup untuk membawa Porto ke mana-mana namun gol terhasil itu sangat padu dan spektakular dengan aksi akrobatik yang luar biasa.

Chelsea mara ke separuh akhir buat pertama kali dalam tempoh tujuh tahun dan buat kali kelapan, lebih banyak berbandng mana-mana pasukan Premier League.

Chelsea XI: Mendy; Azpilicueta, Thiago Silva, Rüdiger; James, Kanté, Jorginho, Chilwell; Mount, Pulisic, Havertz.

Porto XI: Marchesín; Manafá, Mbemba, Pepe, Zaidu; Grujić, Uribe, Sérgio Oliveira; Corona, Otávio; Marega.

Suku akhir pertama: FC Porto 0-2 Chelsea

Wakil England, Chelsea boleh dikatakan mendapat laluan agak mudah untuk ke separuh akhir selepas diundi bertemu kelab dari Portugal FC Porto di suku akhir Champions League.

Di atas kertas segalanya berpihak kepada Chelsea dan dengan rekod yang agak menarik dipamerkan oleh Thomas Tuchel yang menggantikan Frank Lampard.

Thomas Tuchel telah berjaya membawa Chelsea mara ke suku akhir Champions League buat pertama kali dalam tempoh tujuh tahun yang kemarau.

Namun bola sepak bukan permainan di atas kertas dan segalanya ditentukan di padang, apa saja boleh terjadi dalam tempoh 90 minit apatah lagi perlawanan timbal balik.

Perlawanan ini dilangsungkan di Ramon Sanchez-Pizjuan, Sevilla, Sepanyol kerana Portugal masih berada dalam zon merah.

Mason Mount meletakkan Chelsea dihadapan pada minit ke-32 selepas menyempurnakan umpanan Jorginho dan itu merupakan percubaan pertama Chelsea dalam perlawanan ini.

Ini merupakan gol pertama Mason Mount di Champions League selepas melakukan 15 penampilan dalam kejohanan paling agung buat kelab Eropah.

Mason Mount telah menjadi pemain Chelsea paling muda menjaringkan gol di peringkat kalah mati Champions League pada usia 22 tahun 87 hari.

FC Porto jelas terdesak untuk mencari gol penyamaan dan akhirnya Pepe berjaya menjaringkan gol yang dicari tapi dibatalkan kerana offside ketika serangan dijana.

Ben Chilwell menjaringkan gol kedua Chelsea ketika perlawanan berbaki lima minit untuk satu kemenangan yang mencerahkan peluang untuk ke separuh akhir.

Ben Chilwell memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan Porto untuk menjaringkan satu gol solo yang sangat bijaksana-sini.

Buat pertama kali sejak Mac 2012 selepas John Terry dan Frank Lampard (vs Napoli), dua pemain Inggeris berlainan menjaringkan gol untuk Chelsea di Champions League

Chelsea membawa bekalan agak selesa untuk perlawanan suku akhir kedua di Stamford Bridge dengan bekalan dua gol tempat lawan.

Porto: Marchesín, Manafá, Mbemba, Pepe, Sanusi, Corona, Grujic, Uribe, Otávio, Marega, Díaz.

Subs: Diogo Leite, N’Diaye, Cláudio Ramos, Baró, João Mário, Felipe Anderson, Martínez, Evanilson, Nanu, Sarr, Vieira, Francisco Conceição.

Chelsea: Mendy, Azpilicueta (captain), Christensen, Rüdiger, James, Jorginho, Kovacic, Chilwell, Mount, Havertz, Werner.

Subs: Arrizabalaga, Alonso, Thiago Silva, Kanté, Abraham, Pulisic, Caballero, Zouma, Giroud, Hudson-Odoi, Ziyech, Emerson Palmieri.

Referee: Slavko Vincic (Slovenia)

Baca Juga

Baca Juga