Champions League 2020/21: Chelsea 3-0 Rennes

Terus tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan tiga gol tanpa balas ke atas Rennes dan meneruskan saingan kumpulan E selaku pasukan pilihan disamping Sevilla.

Timo Werner mudah menjaringkan sepakan penalti ke sudut bawah kiri gawang yang menjadi gol pembukaan pada minit ke-10 sebelum beliau dikasari di dalam kotak penalti.

Ekoran kekasaran ke atas Timo Werner itu, Dalbert telah dilayangkan kad kuning pertama disamping menghadiahkan sepakan penalti.

Entah apa malang nasib Dalbert apabila memberikan sepakan penalti kedua untuk Chelsea dan sekali lagi Timo Werner mencetak nama selaku penjaring.

Rembatan Tammy Abraham telah terkena kaki Dalbert dan terbias ke tangan Dalbert dan jelas kelihatan tangan disitu.

Namun keputusan pengadil melayangkan kad kuning kedua kepada Dalbert sangat kejam dan mencetuskan kontroversi.

Kerana dalam situasi tersebut mana mungki Dalbert hendak menyembunyikan tangan kebelakang tatkala bola deras menuju ke muka.

Nyata Dalbert tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.

Bermain 10 orang pada minit ke-40 menjadikan permainan menjadi milik Chelsea sepenuh yang mempunyai kelebihan pemain dan juga jaringan gol.

Lima minit bersambung separuh masa kedua, Tammy Abraham menjadikan kedudukan 3-0 dan keputusan ini kekal hingga tamat permainan.

Chelsea (4-3-3) Mendy; James, Thiago Silva, Zouma, Chilwell; Kante, Jorginho, Mount; Ziyech, Abraham, Werner.

Substitutes: Caballero, Ziger, Rudiger, Alonso, Christensen, Tomori, Kovacic, Giroud, Hudson-Odoi, Azpilicueta, Emerson.

Rennes (4-3-3) Gomis; Traore, Da Silva, Aguerd, Dalbert; Bourigeaud, Nzonzi, Lea Siliki; Gboho, Guirassy, Terrier.

Substitutes: Salin, Bonet, Nyamsi, Grenier, Doku, Del Castillo, Hunou, Truffert, Assignon, Rutter, Omari, Ugochukwu.

BACA:  Peminat 'Terkejut Beruk' Melihat Penampilan Ramires Pada Ketika Ini