Champions League 2020/21: FC Midtjylland 1-1 Liverpool

Liverpool turun dalam perlawanan terakhir Champions League peringkat kumpulan menentang pasukan dari Denmark FC Midtjylland dan perlawanan ini sekadar menjadi perlawanan pelengkap jadual.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp ini telah pun sah sebagai juara kumpulan D dan keputusan perlawanan menentang FC Midtjylland tidak akan mengubah apa-apa.

Jurgen Klopp yang bising dengan jadual yang padat dan kecederaan pemain tetap menurunkan Mohamed Salah, Fabinho, Trent Alexander-Arnold dan Diogo Jota dalam perlawanan yang tidak bermakna ini.

Ramai menjangkakan Klopp akan menurunkan majoriti barisan pemain muda dan memberi rehat kepada pemain utama tetapi itu tidak berlaku. Kuat drama Klopp ni.

Mohamed Salah meletakkan Liverpool dihadapan seawal minit pertama perlawanan atau lebih tepat selepas 55 saat selepas sepak mula.

Meleleh saja gol Salah selepas berjaya meloloskan diri dengan larian solo.

Perlawanan tidaklah berlangsung dengan menarik dan biasa-biasa saja sesuai dengan perlawanan pelengkap jadual.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan berpihak kepada Liverpool dengan 1-0.

Evander Ferreira hampir menjaringkan gol penyamaan buat FC Midtjylland namun rembatannya sekadar menggegar palang dengan getaran yang sampai ke jiwa.

Bola muntah Evander Ferreira melantun-lantun dan Sory Kaba mencuba dengan aksi tendangan basikal, namun bola sekadar menerjah tepi jaring.

Penjaga gol terhebat dunia, Caoimhin Kelleher telah menjatuhkan Anders Dreyer dan rujukan daripada Video Assitan Referee(VAR) menegaskan itu satu penalti.

Caoimhin Kelleher dilayangkan kad kuning, Alexander Scholz tidak berdepan masalah untuk menjaringkan penalti dan menyamakan kedudukan.

Takumi Minamino telah menjaringkan gol kedua Liverpool pada masa kecederaan namun telah dibatalkan oleh VAR.

Pemain Jepun itu disyaki offside namun selepas penelitian VAR dibuat, gol itu dibatalkan kerana bola terkena tangan ketika menghantar bola kepada Minamino.

Masa kecederaan 8 minit tidak menyaksikan sebarang gol terhasil dan perlawanan tamat dengan keputusan seri.

Atalanta mengiringi Liverpool ke pusingan kalah mati dan Ajax meneruskan saingan di Europa League dan kempen Eropah sudah berakhir buat FC Midtjylland 1-1 Liverpool.

FC Midtjylland: Hansen, Cajuste, Cools, Paulinho, Dreyer, Evander, Kaba, Mabil, Onyeka, Scholz, Sviatchenko.

Subs: Andersen, Andersson, Dyhr, Hoegh, Isaksen, Ottesen, Pfeiffer, Sery, Sisto, Thorsen, Vibe.

Liverpool: Kelleher, Alexander-Arnold, R Williams, Fabinho, Tskimikas, Clarkson, Keita, Minamino, Jota, Origi, Salah.

Subs: Adrian, Jaros, Wijnaldum, Firmino, Mane, Henderson, Jones, Robertson, Matip, Cain, N Williams, Koumetio.

Baca Juga

Baca Juga