Agak unik kesebelasan utama yang diturunkan oleh Ole Gunnar Solksjaer menentang pasukan liga Turki, Istanbul Başakşehir dengan Dean Henderson turun selaku pemain utama untuk mengawal gawang.
Tiada lagi gandingan Fred dan Scott McTominay untuk melindung bahagian pertahanan dan digantikan dengan gandingan Namenja Matic dan Donny Van De Beek.
Menurut rekod, Manhcester United tidak mempunyai pengalaman yang baik ketika menentang pasukan daripada Turki di pertandingan Eropah terutamanya beramin di tempat lawan.
Dalam dua perlawanan terakhir di tempat lawan Manchester United tewas 0-1 kepada Galatasaray [ada November 2012 dan kalah 1-2 kepada Fenerbahce pada November 2016.
2 – Manchester United have lost each of their last two away games against Turkish opponents in European competition – 0-1 v Galatasaray in November 2012 and 1-2 v Fenerbahçe in November 2016. Tricky. pic.twitter.com/kXhhga2rTK
— OptaJoe (@OptaJoe) November 4, 2020
Setiap empat tahun kalah pada bulan November?
Champions League merupakan satu-satunya kejohanan yang ditempuhi dengan penuh meyakinkan oleh Manchester United yang dibimbing oleh pakar Formula Ole Gunnar Solksjaer.
Berada dalam kumpulan maut, Manchester United telah membuat kejutan apabila berjaya menewaskan finalis musim lalu Paris Saint-Germain dan membelesah semi-finalis RB Leipzig.
Bertemu kelab kontroversi daripada Istanbul Başakşehir yang dibenci di Turki kerana menggunakan dana kerajaan untuk kelangsungan perjalanan kelab sepatutnya menjadi perlawanan mudah.
Tapi itu semua nampak mudah di atas kertas dan aksi sebenar di padang, Manchester United telah dihukum seawal minit ke-13.
Manchester United's shape before conceding to a Demba Ba goal just now. 😳 pic.twitter.com/5czr57M4Gx
— SPORTbible (@sportbible) November 4, 2020
Manchester United bermula garang dan mengasak Istanbul Başakşehir dan berjaya memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah dan cuba menyerang tanpa pedoman.
Malangnya serangan Manchester United kandas. Serangan balas yang sangat mudah dan ringkas dilakukakan oleh Istanbul Başakşehir.
lebih menarik ketika serangan balas Istanbul Başakşehir bermula 10 pemain Manchester United berada di kawasan lawan dan majoritinya berada dalam kotak penalti.
35y 163d – Demba Ba is the second oldest African player to score a Champions League goal, behind only Didier Drogba, who was 36 years and 259 days old when he scored his final goal in November 2014. Unmarked. pic.twitter.com/mxyca6GMNZ
— OptaJoe (@OptaJoe) November 4, 2020
Edin Visca telah melambungkan bola terus ke atas ketika Demba Ba hanya keseorangan di atas dan pemain berusia 35 tahun itu tidak ada masalah untuk memecut.
Mudah buat pemain berpengalaman seperti Demba Ba untuk menjaringkan gol dalam situasi satu lawan satu dengan ruang terbentang luas.
Manchester United kantoi tidur lagi dan sekali lagi pertahanan hilang selepas Juan Mata melakukan kesilapan apabila kehilangan bola kepada Deniz Turuc.
1 – Edin Visca is the first player to both score and assist in a single Champions League game against Manchester United since Arjen Robben for Bayern Munich in April 2014. Provider. pic.twitter.com/dEP1LMa85f
— OptaJoe (@OptaJoe) November 4, 2020
Deniz Turuc terus melepaskan bola kepada Demba Ba namun Ba buat tak tahu sahaja dan membiarkan bola sampai kepada Edin Visca yang tidak dikawal.
Mudah buat Edin Visca berfikir sejenak untuk meletakkan bola ke gawang dan menewaskan Dean Henderson buat kali kedua.
Setan Merah terus memberi tindak balas dan Anthony Martial kembali merapatkan jurang sebelum tamat separuh masa pertama selepas menanduk masuk hantaran Shaw.
2 – In his 32nd Champions League appearance, Anthony Martial has scored in back-to-back games in the competition for the first time; his strike came just 137 seconds after Istanbul had gone 2-0 ahead. Lifeline. pic.twitter.com/VR1sSwChwm
— OptaJoe (@OptaJoe) November 4, 2020
Separuh masa kedua menjadi milik Manchester United sepenuhnya dan Istanbul Basaksehir terus bermain dengan teruk tapi kadangkala berbisa.
Namun Manchester United dengan barisan pemain yang lebih baik dan berkualiti bermain lebih teruk berbanding pasukan dari Turki itu.
Paul Pogba, Edison Cavani dan Mason Greenwood dimasukkan untuk mencari gol namun gol penyamaan tidak kunjung tiba apatah lagi gol kemenangan. Noob.
11y 49d – Martin Skrtel ended on the winning side in a Champions League game for the first time since September 2009 (Liverpool vs Debreceni), the second biggest gap between wins in the competition for a player after Denny Landzaat (14y 227d between 1996 and 2010). Overdue. pic.twitter.com/6u5ZN8cS9u
— OptaJoe (@OptaJoe) November 4, 2020
Setan Merah buntu berdepan bekas pemain veteran EPL seperti Martin Skrtel, Rafael Da Silva dan Demba Ba.
Ketika permainan hampir tamat, Manchester United mendapat perluang terbaik untuk menyamakan kedudukan daripada sepakan penjuru.
Sepakan penjuru Luke Shaw berjaya ditanduk Harry Maguire, cubaan pemain Istanbul Başakşehir telah menyebabkan bola menuju ke gawang sendiri.
1 – This result ended Manchester United’s longest away winning run in all competitions in their history (10 straight wins), and was their first away defeat in 19 matches since losing in January at Liverpool in the Premier League. Abrupt. pic.twitter.com/c7nEXy2qh7
— OptaJoe (@OptaJoe) November 4, 2020
Malangnya ketika 3/4 lagi bola hampir masuk, bola berjaya dikeluarkan oleh Alexandru Epureanu atas garisan gol satu aksi menyelamat yang menakjubkan.
Satu gol dan satu assist dari Edin Visca sudah cukup untuk Manchester United melebarkan rekod buruk mereka ketika menentang pasukan dari Liga Turki.
Istanbul Basaksehir: Gunok, Da Silva, Skrtel, Epureanu, Bolingoli Mbombo, Aleksic, Kahveci, Visca, Ozcan, Turuc, Ba.
Subs: Babacan, Topal, Kivanc, Giuliano, Gulbrandsen, Ponck, Kaplan, Karakus.
Man Utd: Henderson, Wan Bissaka, Tuanzebe, Maguire, Shaw, Matic, Van de Beek, Bruno Fernandes, Mata, Martial, Rashford.
Subs: De Gea, Lindelof, Pogba, Cavani, Greenwood, Fred, James, Fosu-Mensah, Ighalo, Williams, McTominay, Mengi.