Champions League 2020/21: Paris Saint-Germain 0-1 Bayern Munich (Agg. 3-3)

Tugas sukar dan berat menanti Bayern Munich bertandang ke Stadium Parc des Princes untuk perlawanan suku akhir kedua Champions League menentang Paris Saint-Germain.

Kemenangan dengan perbezaan dua gol perlu dicari Bayern Munich selepas tewas 3-2 di suku akhir pertama dan Paris Saint-Germain mempunyai kelebihan gol tempat lawan.

Kekalahan kepada kelebihan gol tempat lawan boleh menjadi satu kekalahan yang memeritkan ditambah dengan senarai kecederaan boleh tahan panjang dimiliki Bayern Munich.

PSG bermula baik dengan semangat lain macam mahu ke separuh akhir menentang pula Bayern Munich yang mengalahkan mereka di final, kini serba kekurangan namun tetap berbisa.

Neymar banyak terlepas peluang terbaik pada separuh masa pertama ada dinafikan Manuel Neuer dan beberapa peluang lagi dinafikan tiang gol.

Cantik tipu daya dilakukan Neymar pada minit ke-36 membuatkan pemain Bayern Munich termakan umpan Neymar masuk ke dalam dan melencongkan bola ke penjuru kanan gawang, sayang terkena tiang.

Dua minit kemudian sekali percubaan Neymar dinafikan, kali ini oleh tiang ketika berhadapan satu lawan satu dengan Manuel Neuer selepas permainan cantik daripada Kylian Mbappe.

40 saat selepas itu Bayern Munich terus menjaringkan gol pembukaan, pecubaan David Alaba bejaya dihadang Keylor Navas namun bola melantun di depan gol.

Eric Maxim Choupo-Moting terus menerpa melakukan sundulan untuk menyamakan agregat 3-3 pada minit ke-40.

Pada minit ke-78, gol daripada Kylian Mbappe telah dibatalkan kerana offside pula dan offside ternyata menjadi penghalang Kylian Mbappe dalam perlawanan ini.

Bayern Munich tetap beringat untuk melakukan serangan menggila bagi mencari gol kemenangan kerana serangan balas pantas PSG tak boleh bawa bincang.

Bayern Munich hampir kena dengan serangan balas Psg mujur, Manuel Neuer dapat membaca dan pantas keluar untuk mengeluarkan bola.

Akhirnya, wisel penamat ditiup pengadil dan keputusan perlawanan berakhir dengan agregat 3-3 namun PSG mara dengan kelebihan gol tempat lawan.

Walaupun hanya satu gol sahaja terhasil dalam perlawanan ini namun berlangsung dengan permainan yang penuh menghiburkan.

Satu bekalan yang memberi kelebihan kepada PSG akhirnya, jika kandas, Neymar akan menjadi pemain paling kecewa dan akan menangis lagi.

Paris Saint-Germain (4-2-3-1) Navas; Dagba, Danilo, Kimpembe, Diallo; Gueye, Paredes; Di Maria, Neymar, Draxler; Mbappe.

Substitutes: Rico, Saidani, Kehrer, Verratti, Rafinha, Kean, Sarabia, Herrera, Florenzi, Bakker, Pembele, Nagera.

Bayern Munich (4-2-3-1) Neuer; Pavard, Boateng, Hernandez, Davies; Kimmich, Alaba; Sane, Muller, Coman; Choupo-Moting.

Substitutes: Nubel, Sarr, Javi Martinez, Nianzou, Musiala, Stanisic, Zaiser.

Referee Daniele Orsato (Italy).

Suku Akhir Pertama: Bayern Munich 2-3 PSG

Jika semalam finalis Champions League 2018 bertemu dan perlawanan pagi buta ini menemukan dua finalis Champions League musim lalu, Bayern Munich sang juara bertahan menentang Paris Saint Germain.

Bayern Munich turun tanpa penyerang berbisa Eropah ketika ini, Robert Lewandowski yang mengalami kecederaan dan tugas ini digalas oleh Eric Maxim Choupo-Moting yang merupakan bekas pemain PSG.

Perlawanan antara Bayern Munich dan PSG menyaksikan salji turun dengan lebat dan telah memutihkan padang serta menghadkan jarak penglihatan.

PSG terlebih dahulu membuka tirai jaringan yang berlangsung di Allianz Arena seawal minit ketiga perlawanan menerusi Kylian Mbappe hasil bantuan gol Neymar.

Larian Neymar dari tengah padang telah dikejar oleh 3-4 orang pemain Bayern Munich dan tiada seorang yang mengawal Kylian Mbappe di kanan.

Tolakan dibuat Neymar kepada Kylian Mbappe yang melepaskan satu rembatan deras menyebabkan Manuel Neuer bertelur.

Bermula dari sepakan penjuru pendek Angel Di Maria maka terhasillah gol kedua PSG yang sangat aman damai di mana semua pemain hanya mampu melihat.

David Alaba berjaya mengeluarkan bola dan semua pemain cuba kembali ke posisi masing-masing, bola sampai kepada Neymar yang membuat satu hantaran.

Marquinhos bijak menghidu dan membuat larian dari belakang lalu terlepas dari perangkap offside, Marquinhos mudah menewaskan Manuel Neuer yang terkesima.

Marquinhos terus dikeluarkan selepas jaringan kedua PSG kerana mengalami kecederaan dan bekas pemain Manchester United, Ander Herrera di masukkan.

Eric Maxim Choupo-Moting mengecilkan kembali jurang gol selepas menyundul masuk hantaran sesedap rasa Benjamin Pavard.

Bayern Munich juga melakukan dua pertukaran awal mengeluarkan Leon Goretzka dan Niklas Suele digantikan dengan Alphonso Davies dan Jerome Boateng.

Bayern Munich menguasai perlawanan namun PSG lebih tajam menjaringkan dua gol dengan hanya dua percubaan tepat sehaja sepanjang tempoh 45 minit pertama.

Bersambung babak kedua menyaksikan Bayern Munich bermula dengan sangat garang dan lain macam untuk mencari gol penyamaan dengan serangan bertali arus.

Selepas 15 minit akhirnya Bayern Munich menemui gol penyamaan hasil sundulan Thomas Muller yang sememangnya tiada obat berpunca dari sepakan percuma Joshua Kimmich.

Semangat membara dari Thomas Muller sehingga beliau tidak menyedari kepalanya sudah berdarah lecer sehinggalah ditegur pengadil supaya mendapatkan rawatan.

Seperti tandukan Thomas Muller yang tiada obat, serangan balas PSG juga sama dengan kelicikan dan kepantasan Kylian Mabppe menjaringkan gol ketiga.

Mendapat bola dari Neymar, Mbappe secara solo membawa bola ke hadapan lalu membuat acahan kepada Jerome Boateng yang mudah dijinakkan Mbappe.

Terkemut-kemut dan terhangguk-hangguk kepada Boateng di acah Mbappe sebelum rembatan dilepaskan menewaskan Manuel Neuer buat kali ketiga.

Kylian Mbappe telah menjaringkan 5 gol dalam dua perlawanan terakhir Champions League di tempat lawan. Bukan kaleng-kaleng score lawan Barcelona dan Bayern Munich.

Serangan bertali arus Bayern Munich diteruskan bagi mengurangkan kelebihan yang ada pada PSG dan sesekali PSG melakukan serangan balas.

Bayern Munich melakukan 15 percubaan tepat dan hanya dua gol terhasil, ketiadaan Robert Lewandowski jelas sangat dirindui.

Tugas berat menanti Bayern Munich apabila bertandang ke Le Parc des Princes untuk perlawanan kedua dengan PSG membawa kelebihan 3 gol tempat lawan.

Bayern Munich (4-2-3-1) Neuer; Pavard, Sule, Alaba, Hernandez; Kimmich, Goretzka; Sane, Muller, Coman; Choupo-Moting.

Substitutes: Nubel, Martinez, Boateng, Davies, Sarr, Nianzou, Musiala.

Paris Saint-Germain (4-2-3-1) Navas; Dagba, Marquinhos, Kimpembe, Diallo; Gueye, Danilo; Di Maria, Neymar, Draxler; Mbappe.

Substitutes: Rico, Lettelier, Kehrer, Rafinha, Kean, Sarabia, Herrera, Bakker, Pembele, Gharbi, Nagera, Kamara.

Referee Antonio Mateu Lahoz (Spain).

BACA:  Penyerang Hoffenheim, Sandro Wagner Sah Sertai Bayern Munich