Champions League 2020/21: Paris Saint-Germain 5-1 Istanbul Basaksehir

Paris Saint-Germain sepatutnya melayan kunjungan Istanbul Basaksehir untuk perlawanan terakhir Kumpulan H bagi meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati pertandingan UEFA Champions League namun telah terjadi satu insiden.

Perlawanan terpaksa ditangguhkan pada minit ke-14 selepas berlaku berlakunya keadaan tidak terkawal yang berakhir dengan tindakan pemain kedua-dua pasukan meninggalkan padang.

Dalam insiden luar padang, pembantu pengurus Pierre Webo, yang berasal dari Cameroon dilayangkan kad merah oleh pengadil sebelum mendakwa pegawai keempat perlawanan Sebastian Coltescu dari Romania menggunakan terma berbaur perkauman.

Pemain-pemain Istanbul menunjukkan solidaritit kepada pembantu pengurus mereka dengan meninggalkan padang, diikuti oleh pemain-pemain PSG yang turut kembali ke bilik persalinan.

Selepas perlawanan digantung maka perlawanan ini kembali bersambung semula selepas hampir 24 jam dengan permainan bermula pada minit ke-14.

Walaupun perlawanan ini tidak memberi sebarang makna kerana PSG dan RB Leipzig sudah mara ke pusingan kalah mati namun siapa juara kumpulan H belum ditentukan.

PSG telah mencatatkan kemenangan penuh selesa lagi bergaya apabila membelasah Istanbul Basaksehir dengan lima gol berbalas satu sekaligus muncul juara kumpulan.

Neymar telah mencetak hatrik dalam perlawanan ini yang menyaksikan kesemua pengadil perlawanan penuh kontroversi telah digantikan dengan pengadil lain.

Pemain Brazil ini telah menempa rekod sebagai pemain pertama dalam sejarah Champion League menjaringkan 20 gol untuk dua pasukan berbeza.

Neymar membuka tirai jaringan pada minit ke-25 dengan satu lencongan bola yang indah dari kawasan luar dan meletakkan bola ke penjuru gawang.

Serangan balas pantan yang kemas lagi tajam menyaksikan Kylian Mbappe berjaya melorongkan bola kepada Neymar untuk menggandakan kedudukan buat PSG.

Kylian Mbappe menjadikan kedudukan 3-0 sebelum rehat melalui sepakan penalti selepas penjaga gol Istanbul Basaksehir, Mert Gunok menjatuhkan Neymar.

Dengan jaringan ini telah menobatkan Kylian Mbapper sebagai pemain paling muda menjaringkan 20 gol di Champions League pada usia 21 tahun.

Neymar melengkapkan hatrik selepas lima minit separuh masa kedua dan menjarakkan kedudukan kepada empat gol tanpa balas.

Mehmet Topal cuba mengecilkan defisit jaringan dengan gol pertama Istanbul Basaksehir dalam perlawanan ini pada minit ke-57. Gol ini sekadar menjadi gol saguhati.

Lima mini selepas jaringan Mehmet Topal, Kylian Mbappe menjadikan kedudukan 5-1 dengan mudah menolak masuk umapanan Angel Di Maria.

Paris Saint-Germain 3-5-2: 1. Navas, 5. Marquinhos, 15. Danilo, 3. Kimpembe, 25. Bakker, 24. Florenzi, 8. Parades, 6. Verratti, 12. Rafinha, 10. Neymar, 7. Mbappe

Istanbul Basaksehir: Gunok; Kaldrim, Topal, Ponck, Rafael; Kahveci, Tekdemir, Ozcan; Turuc, Crivelli, Gulbrandsen.

Baca Juga

Baca Juga