Champions League 2020/21: RB Leipzig 0-2 Liverpool

Semi finalis Champions League musim lalu, RB Leipzig menanti kunjungan paling hebat di muka bumi, Liverpool untuk perlawanan pertama peringkat 16 terbaik.

RB Leipzig boleh dikatakan berada pada prestasi terbaik di saingan Bundesliga apabila menang dalam 4 perlawanan terakhir jika dibandingkan dengan Liverpool yang tewas dalam 3 perlawanan terakhir.

Liverpool pada ketika ini bukanlah berada pada tahap terbaik mereka terutamanya disaingan domestik apabila Jurgen Kloop mengakui perebutan gelaran juara liga sudah tamat.

Namun pentas Eropah boleh dikatakan makanan buat Liverpool yang tergolong dalam pasukan elit Eropah lantaran kehebatan mereka dengan 6 kejuaraan.

Separuh masa pertama perlawanan berakhir seri tanpa jaringan dengan banyak peluang dibazirkan dengan permainan agak huru-hara.

Dua daripada banyak kesilapan sendiri pemain RB Leipzig mengundang padah apabila Mohamed Salah membuka tirai jaringan selepas Angelino tergelecoh ketika cuba mengejar.

Tidak lama selepas itu Mukiele pula melakukan kesilapan ketika cuba menjulurkan kaki untuk merebut bola lambung namun tidak kesampaian.

Sadio Mane yang berada dibelakang terus memecut untuk menggandakan kedudukan dengan situasi 1 vs 1 berdepan penjaga gol.

Akhirnya Liverpool mengecapi nikmat kemenangan walaupun sekadar menang nasib.

RB Leipzig: Gulacsi; Mukiele, Klostermann, Upamecano; Adams, Haidara, Kampl, Angelino; Nkunku, Olmo, Sabitzer.

Subs: Tschauner, Orban, Konate, Poulsen, Hwang, Sorloth, Samardzic, Kluivert, Halstenberg, Hartmann, Henrichs.

Liverpool: Alisson; Alexander-Arnold, Kabak, Henderson, Robertson; Wijnaldum, Jones, Thiago; Mane, Salah, Firmino.

Subs: Adrian, Kelleher, Oxlade-Chamberlain, Tsimikas, Shaqiri, Origi, Davies, R Williams, Phillips, Cain, Clarkson, N Williams.

Baca Juga

Baca Juga