Champions League 2020/21: RB Salzburg 2-6 Bayern Munich

Juara bertahan Champions League, Bayern Munich garang membenam RB Salzburg dengan aksi kebangkitan yang bekeng dan penuh amarah yang berakhir dengan kemenangan 6-2.

RB Salzburg terlebih dahulu mengejutkan sang juara dengan gol pendahuluan seawal minit ke-4 perlawanan melalui jaringan sudut sukar Mergim Berisha.

Namun Bayern Munich tersentak dari tidur dan pantas mengejar dengan jaringan penyamaan hasil sepakan penalti Robert Lewandowski.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Rasmus Kristensen tanpa segan silu menjaringkan gol sendiri untuk membolehkan Bayern Munich mendahului.

Namun RB Salzburg tidak menyerah kalah dan Masaya Okugawa jaringan mengikat kembali kedudukan pada minit ke-66.

Berbaki 10 minit permainan barulah sang juara mencapai tahap kepanasan maksima dan telah menambah 4 lagi gol untuk kemenangan 6-2.

Jerome Boateng memulakan pesta gol dalam tempoh 10 minit terakhir dengan satu sundulan diikuti dengan gol Leroy Sane dengan bola lencong yang gila.

Robert Lewandowski sekali lagi mencetak nama selaku penjaring juga melalui satu sundulan selepas meregangkan badan sepenuhnya diudara.

Rembatan padu Lucas Hernandez melengkapkan gol keenam ketika perlawanan hampir berakhir. Bekeng namati.

Salzburg: Stankovic – Kristensen, Ramalho, Wöber, Ulmer (c) – Mwepu, Camara, Junuzovic (Okugawa 65′), Szoboszlai – Koita (Okafor 65′), Berisha (Onguene 76′)

Unused subs: Coronel, Walke, Ashimeru, Vallci, Solet, Farkas

Bayern: Neuer (c) – Pavard (Sarr 74′), Boateng, Alaba, Hernandez – Kimmich, Tolisso (Martinez 74′) – Gnabry (Musiala 90’+1), Müller (Costa 90’+1), Coman (Sane 74′) – Lewandowski

Unused subs: Nübel, Choupo-Moting, Zirkzee, Roca

BACA:  Pemain Pertahanan Bayern Munich Terpaksa Ditenangkan Selepas Hampir Bertumbuk Dengan Pembantu Tuchel