Champions League 2021/22: Benfica 3-0 Barcelona

Barcelona meneruskan musim buruk mereka dengan melebarkannya ke kejohanan Eropah apabila mengalami kekalahan yang memalukan tiga gol tanpa mampu balas ketika menentang Benfica untuk perlawanan kedua kumpulan E.

Pada perlawanan pertama Barcelona terciduk tiga gol tanpa balas kepada gergasi Jerman, Bayern Munich yang selalu menjadikan pasukan Catalan itu sebagai tempat melempiaskan nafsu.

Sudah pasti kekalahan 8-2 Barcelona kepada Bayern Munich di Lisbon masih lagi segar terpahat dibenak fikiran ramai, maka kekalahan 3-0 boleh diterima lagi,

Kekalahan 3-0 secara berturutan buat Barcelona di Champions League ini terus memberi tekanan yang memuncak kepada Ronald Koeman.

Barcelona ketinggalan seawal minit ketiga perlawanan lagi hasil jaringan Darwin Nunez yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini.

Rafa Silva menggandakan kedudukan pada minit ke-69 sebelum Darwin Nunez melengkapkan kemenangan penuh bergaya Benfica pada minit ke-79 melalui sepakan penalti.

Melengkapkan aksi buruk Barcelona di pentas Eropah, Eric Garcia telah dilayangkan kad kuning kedua pada lewat permainan dan mujur Benfica tidak menambah jaringan.

Kalah dua kali berturut-turut di dua perlawanan pertama Champions League merupakan buat pertama kali terjadi dalam sejarah kewujudan Barcelona yang kini sarat menanggung hutang.

Bolos enam gol dalam dua perlawanan tanpa sebarang jaringan merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima akal dengan reputasi sebagai pasukan gergasi seperti Barcelona.

Untuk rekod, Barcelona gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam lima perlawanan terakhir mereka di Champions League.

Dalam lima perlawanan terakhir Barcelona hanya seri sekali tewas empat kali dengan bolos 14 gol dan hanya dua gol sahaja berjaya dijaringkan.

Benfica (3-4-3): Vlachodimos; Verissimo, Otamendi, Vertonghen; Lazaro (Gilberto Junior 45), Weigl, Joao Mario, Grimaldo (Almeida 75); Rafa Silva (Pizzi 86), Yaremchuk (Taarabt 75), Nunez (Ramos 86)

Subs: Everton, Meite, Pinho, Radonjic, Leite, Fernandes

Coach: Jorge Jesus

Barcelona (3-5-2): Ter Stegen; Garcia, Pique (Gavira 33), Araujo; Sergi Roberto (Mingueza 89), Frenkie de Jong, Busquets (Gonzalez 68), Pedri (Coutinho 68), Dest; Memphis, Luuk de Jong (Ansu Fati 69)

Subs: Puig, Demir, Neto, Lenglet, Umtiti, Pena

Coach: Ronald Koeman

Barcelona Sudah Ada Calon Pengganti Ronald Koeman

Barcelona dilaporkan sudah bersedia untuk memecat Ronald Koeman dengan mereka ketika ini sudah bercakap dengan Roberto Martinez berkait tawaran untuk menguruskan Barcelona.

Laporan terbaru dari media Sepanyol itu menyatakan yang Barca benar-benar mahu melantik Martinez sebagai pengganti untuk Ronald Koeman.

Gergasi Catalan itu dilaporkan sudah memutuskan untuk memecat Koeman selepas melihat prestasi dan persembahan semasa skuad pada ketika ini.

Goal mendakwa yang Presiden kelab, Joan Laporta sangat meminati Martinez yang kini sedang bertugas sebagai pengurus untuk skuad kebangsaan Belgium.

Pengurus berusia 48 tahun itu berhasrat untuk kekal bersama Belgium sehingga tamat kempen Piala Dunia 2022 di Qatar, namun beliau bersedia untuk menjadi pengurus Barca andai di tawarkan.

Barcelona walau bagaimanapun perlu menyediakan pampasan berbilai €1.5 juta untuk memastikan hal tersebut menjadi kenyataan.

Wakil kelab telah menghubungi Martinez berkait minat mereka dan Koeman dipercayai sudah tahu akan nasib beliau di Nou Camp pada ketika ini.

Seri bertemu Granada dan Cadiz telah meninggalkan Barcelona di kedudukan ketujuh dalam carta La Liga pada ketika ini, dengan mereka tujuh gol dibelakang pendahulu, Real Madrid.

Di antara pertemuan kedua-dua perlawanan sebelum ini, Koeman dilihat bersikap aneh dalam sidang media yang mana beliau langsung tidak menjawab persoalan yang ditanya oleh pihak media.

“Kelab pada ketika ini bersama saya sebagai pengurus, dalam situasi untuk bina semula. Kedudukan kewangan kelab berhubung dengan aktiviti sukan, dan sebagainya.”

Jelas bekas pengurus Everton itu.

“Ini bermaksud kami sebagai satu pasukan perlu bina semula pasukan bola sepak tanpa perlu melibatkan pelaburan dana yang besar.”

“Semua ini perlukan masa. Bakat muda hari ini berkemungkinan akan menjadi bintang besar dalam tempoh beberapa tahun lagi.”

“Dalam usaha untuk bina semula pasukan ini, ia bermaksud pemain muda perlu mendapatkan peluang, seperti Xavi dan Iniesta ada ketika era mereka. Tapi, kita semua perlu bersabar.”

“Tambahan pula, berada di kedudukan teratas dalam saingan La Liga merupakan kejayaan yang besar, ini merupakan sekolah bola sepak terbaik untuk semua bakat hebat ini.”

“Namun dalam saingan Champions League, kita tidak boleh jangkakan keajaiban. Kekalahan bertemu Bayern Munich perlu diambil berat.”

“Proses yang sedang kita lalui sekarang, staff dan pasukan, berhak sokongan dari kata-kata dan perbuatan.”

Beliau jelas langsung tidak menjawab segala persoalan yang dilontarkan kepadanya, melainkan dengan memberi kenyataan untuk melindungi dirinya sendiri.

Koeman tidak habis-habis menjelaskan tentang perancangan beliau, dan cuba meyakinkan semua orang yang rancangan beliau sudah berjalan dan hampir sempurna.

Selain dari itu, beliau sama sekali tidak menjelaskan apa-apa atau menjawab sebarang soalan lain dari pihak media.

Masa depan beliau sebelum ini dikatakan samar-samar dan selepas pihak kelab bercakap dengan calon penggantinya, sepertinya Koeman bakal bercerai dengan Barca dalam tempoh terdekat ini.

Sumber: SB

BACA:  Presiden Barcelona Masih Belum Puas, Mahu Beli Pemain Tengah Bernilai 100 Juta Euro Pula