Champions League 2021/22: Liverpool 2-0 Villarreal

Skuad kendalian Unai Emery berkunjung ke Anfield untuk beraksi bertemu Liverpool dalam aksi leg pertama peringkat separuh akhir saingan Champions League.

Villarreal mengejutkan dunia bola sepak selepas kejayaan mereka menyingkirkan Bayern Munich di peringkat suku akhir sebelum ini.

Kejayaan mereka menyingkirkan calon kegemaran jelas sekali membuka mata ramai pihak yang gergasi La Liga itu merupakan pasukan yang perlu diberi perhatian musim ini.

Liverpool sementara itu layak ke peringkat separuh akhir selepas kejayaan mereka menyingkirkan gergasi Portugal, Benfica di peringkat suku akhir.

Liverpool sememangnya dianggap antara calon paling layak untuk memenangi gelaran Champions League musim ini dan mereka juga dijangka tak ada masalah untuk menewaskan Villarreal.

Liverpool sudah mula melancarkan beberapa siri serangan menguji gawang gol Villarreal dengan anak-anak buah Unai Emery itu mempamerkan aksi persembahan ultra defensive.

Tak jauh beza dengan persembahan mereka ketika bertemu Everton kemarin, Liverpool dilihat mudah mengawal bola tanpa masalah.

Anak-anak buah Jurgen Klopp itu dilihat sangat dominan dengan mereka menguasai lebih 70% penguasaan bola dalam perlawanan ini.

Liverpool turut disajikan dengan beberapa peluang keemasan dari Mohamed Salah dan Sadio Mane namun mereka masih gagal untuk memperoleh sebarang gol.

Villarreal benar-benar bertahan dengan sangat baik dalam perlawanan ini hingga menyebabkan jentera serangan Liverpool mati kutu mahu melancarkan serangan.

Tidak ada tanda-tanda Unai Emery mahu mengubah taktikalnya dengan beliau masih kekal mengarahkan anak-anak buahnya supaya tetap bertahan.

Sadio Mane disajikan dengan beberapa peluang untuk menjaringkan gol namun malangnya beliau gagal untuk memanfaatkan kesempatan yang ada.

Mohamed Salah kerap membuka permainan untuk Sadio Mane namun segala usaha mereka berakhir dengan sia-sia.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan dengan Villarreal benar-benar bermain dengan corak ultra defensive.

Masuk aksi babak kedua, Liverpool terus mendominasi permainan dengan melancarkan beberapa siri serangan ke kubu Villarreal.

Pada minit ke-49 permainan, Liverpool berjaya memperoleh gol pertama mereka menerusi Fabinho namun sayangnya gol itu dibatalkan oleh pengadil perlawanan kerana beliau berada di kedudukan offside.

Tiga minit selepas itu, Liverpool akhirnya berjaya juga meledak gol pertama mereka menerusi Jordan Henderson.

Henderson menerima bola umpanan cantik sari Mohamed Salah dengan beliau kemudiannya melambungkan bola ke dalam kotak penalti mencari Luis Diaz.

Bola hantaran Henderson walau bagaimanapun terkena kaki Pervis Estupinan lalu masuk ke gawang Villarreal.

Gol itu dikira sebagai gol sendiri dengan Pervis Estupinan dinamakan sebagai penjaring gol tersebut.

Beberapa minit sahaja selepas itu, Liverpool berjaya menggandakan kedudukan menerusi Sadio Mane yang menyempurnakan hantaran Mohamed Salah.

Salah bijak melorongkan bola masuk ke dalam kotak penalti dengan Mane berlari mengejar bola tersebut lalu menguis bola tersebut menewaskan Geronimo Rulli.

Liverpool kemudiannya bermain seolah-olah sedang menjalani sesi latihan dengan mereka saling bertukar hantaran di kawasan tengah padang.

Villarreal sempat bermain open game tapi hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja sebelum mereka kembali bermain secara defensive.

Pada minit-64 permainan, Andy Robertson berjaya menjaringkan gol ketiga Liverpool hasil hantaran cantik dari Trent Alexander Arnold.

Walau bagaimanapun gol tersebut telah dibatalkan oleh penjaga garisan yang mengesan Andy Robertson datang dari kedudukan offside.

Liverpool terus menerus melancarkan serangan namun mereka gagal untuk melepasi barisan pertahanan Villarreal.

Perlawanan tamat dengan keputusan Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 walau berdepan Villarreal yang bermain secara terlalu bertahan.

Kedua-dua pasukan akan sekali lagi bertemu pada 4 Mei nanti di Estadio de La Ceremica.

Liverpool: Alisson; Alexander-Arnold, Konate, Van Dijk, Robertson; Fabinho, Henderson, Thiago; Salah, Diaz, Mane

Substitutes: Adrian, Kelleher, Matip, Gomez, Williams, Milner, Keita, Oxlade-Chamberlain, Elliott, Minamino, Jota, Origi

Villarreal: Rulli; Foyth, Albiol, Torres, Estupinan; Chukwueze, Parejo, Capoue, Coquelin; Lo Celso; Danjuma

Substitutes: Asenjo, Jorgensen, Gaspar, Alcacer, Iborra, Trigueros, Dia, Pena, Mandi, Gomez, Pedraza, Aurier

BACA:  Nas Daily Buat Orang Marah Lagi, Kali Ini Bantu Liverpool Dalam Program 1 Minit