Champions League 2021/22: Liverpool 3-2 AC Milan

Pertembungan klasik Liverpool bertemu AC Milan menjadi aksi yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat bola sepak.

Ini merupakan kaki pertama dalam sejarah, kedua-dua pasukan bakal dipertemukan dalam saingan peringkat kumpulan.

Lebih menarik lagi, perlawanan tersebut bakal dilangsungkan di Anfield dan ia tentunya bakal menyajikan atmosphere yang sungguh luar biasa mengagumkan.

Bila sebut tentang pertembungan Liverpool dan AC Milan, para peminat tentunya bakal mengaitkan dengan aksi Istanbul, yang mana The Reds dianggap melakukan comeback terhebat dalam sejarah dunia bola sepak pada ketika itu.

Milan sebenarnya kali pertama muncul dalam pertandingan ini sejak kali terakhir mereka membuat penampilan pada musim 2013/14.

Perlawanan ini juga dianggap pertembungan terbesar Eropah dengan gabungan kedua-dua pasukan, mereka mempunyai 13 kejuaraan Champions League.

Sejarah menunjukkan Liverpool dengan comeback mereka pada tahun 2005 di Istanbul, sementara Milan pula berjaya membalas dendam di Athens pada tahun 2007.

Hari ini, walau ia bukan perlawanan akhir, namun untuk sampai ke Saint Petersburg, segalanya bermula dari pertembungan ini.

AC Milan bakal turun tanpa kehadiran Zlatan Ibrahimovic yang terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Liverpool pula akan kehilangan khidmat Roberto Firmino dan Harvey Elliott atas alasan yang sama, dengan Klopp turut melakukan rombakan besar dalam kesebelasan utama miliknya.

Liverpool memulakan serangan bertubi-tubi sepanjang lima minit pertama dengan mereka dilihat begitu dominan mengawal penguasaan bola.

AC Milan nampak gagal untuk mendapatkan rentak persembahan mereka, dengan Liverpool bebas melancarkan serangan demi serangan.

Pada minit ke-9, Trent Alexander Arnold membawa bola dari luar kotak masuk ke dalam, dan ketika beliau mahu membuat hantaran silang, bola sepakan beliau terbias terkena kaki Fikayo Tomori, lalu masuk menerjah jaring gawang gol AC Milan.

Sebaik mendahului perlawanan, Liverpool dilihat semakin bernafsu melancarkan serangan dari pelbagai sudut di atas padang.

Pada minit ke-12, pemain full-back, Andy Robertson melepaskan rembatan padu dari dalam kotak, dengan bola rembatan beliau tepat terkena tangan Ismael Bennacer.

Mo Salah tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut, namun rembatan beliau berjaya di selamatkan oleh Mike Maignan.

Liverpool kemudiannya terus menerus mengasak namun mereka seperti hilang tempo permainan sejak masuk ke minit yang ke-25 permainan.

Aksi Liverpool mula huru-hara dengan mereka gagal untuk melancarkan serangan merbahaya ke kubu Milan lagi.

Pada minit ke-42 permainan, AC Milan berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Ante Rebic yang menyempurnakan hantaran Rafael Leao.

Tersentak dengan gol tersebut, Liverpool sekali lagi dikejutkan dengan jaringan pendahuluan oleh AC Milan dua minit selepas itu, menerusi Brahim Diaz.

Aksi babak pertama berakhir dengan AC Milan mendahului Liverpool dengan keputusan 2-1, dengan The Reds tentunya bakal lakukan sesuatu untuk comeback.

Masuk aksi babak kedua permainan, Milan segera melancarkan serangan dan hasilnya mereka memenangi sepakan penjuru.

Hasil dari sudut sepakan penjuru tersebut, Milan berjaya memperoleh gol ketiga dalam perlawanan ini menerusi Simon Kjaer, namun gol tersebut dibatalkan kerana beliau berada di kedudukan offside.

Satu minit selepas itu, hasil gerakan bijak dari Divock Origi, Liverpool berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil jaringan dari Mohamed Salah.

Liverpool kemudiannya terus menerus melancarkan serangan, dan hasilnya, mereka berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-68 menerusi Jordan Henderson.

Hasil dari sudut sepakan penjuru, bola sampai tepat ke kaki Henderson yang kemudiannya melepaskan rembatan padu untuk bantu Liverpool kembali mendahului permainan.

Keputusan 3-2 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan dengan Liverpool berjaya mengutip tiga mata penuh, serta sekali lagi menunjukkan aksi comeback bertemu AC Milan.

Liverpool (4-3-3): Alisson 7: Alexander-Arnold 7, Matip 7, Gomez 6, Robertson 7.5: Henderson 8.5, Fabinho 7, Keita 7: Salah 8, Origi 7, Jota 7

Pemain simpanan: Kelleher (GK), Adrian (GK), Van Dijk, Konate, Thiago, Milner, Mane, Oxlade-Chamberlain, Jones, Minamino, Tsimikas, Phillips

Penjaring: Alexander-Arnold (9), Salah 48, Henderson, Henderson 69

Pengurus: Jurgen Klopp 7

AC Milan (4-2-3-1): Maignan 6.5: Calabria 5, Kjaer 6, Tomori 6, Hernandez 6: Bennacer 6, Kessie 6: Saelemakers 5 (Florenzi 62mins 6), Diaz 7, Leao 7 (62mins): Rebic 7

Pemain simpanan: Tatarusanu (GK), Ballo-Toure, Tonali, Giroud, Romagnoli, Kalulu, Florenzi, Maldini, Gabbia, Jungdal

Penjaring: Rebic 42, Diaz 44

Kad kuning: Bennacer, Diaz

Pengurus: Stefano Pioli 7

Pengadil: Szymon Marciniak 6

BACA:  Premier League 2022/23: Liverpool 1-1 Crystal Palace