Champions League 2022/23: Man City 4 Real Madrid 0 (AGG 5-1)

Manchester City mempamerkan aksi menakjubkan untuk mara ke final Liga Juara-Juara apabila dua gol Bernardo Silva membuatkan juara bertahan, Real Madrid dibelasah 4-0, memastikan kemenangan agregat 5-1 untuk juara Inggeris itu pada hari Rabu.

Gol sendiri Eder Militao dan gol Julian Alvarez pada masa kecederaan melengkapkan malam yang tidak dapat dilupakan oleh anak buah Pep Guardiola apabila mereka kini di ambang untuk menyamai pencapaian treble Manchester United pada 1998/99.

Kejuaraan Liga Perdana Inggeris kelima dalam enam musim nampaknya hanya menunggu masa menjadi milik Man City yang hanya memerlukan tiga mata daripada tiga perlawanan terakhir mereka, manakala United menanti di final Piala FA pada 3 Jun.

Tetapi ia adalah Liga Juara-Juara pertama yang paling diidamkan oleh City dan mereka akan menjadi pilihan yang sangat kuat untuk akhirnya menakluki Eropah musim ini. Di final mereka akan menentang Inter Milan di Istanbul pada 10 Jun.

Tujuh tahun dalam era Guardiola sebagai pengurus Manchester City, penyokong tuan rumah telah dihidangkan dengan kualiti persembahan luar biasa dan menyingkirkan Real Madrid.

Real Madrid memusnahkan impian City pada peringkat ini musim lalu dengan bangkit semula dengan aksi luar biasa daripada ketinggalan dua gol pada detik-detik maut perlawanan kedua di Santiago Bernabeu.

Tetapi anak buah Carlo Ancelotti kali ini tiada jawapan kepada kecemerlangan City. Hanya melihat diri mereka menjadi pasukan kedua terbaik dalam semua aspek.

Jika bukan kerana penjaga gol Madrid, Thibaut Courtois, juara bertahan itu menerima nasib lebih malang pada separuh masa pertama. Mereka mungkin ketinggalan sekitar 4 gol pada 45 minit pertama.

Penjaga gol tinggi lampai dari Belgium berkerja keras mendepakan badannya untuk menafikan tandukan Erling Haaland.

Haaland telah pun dinafikan golnya yang ke-53 musim ini oleh Courtois dengan satu lagi tandukan ke bawah.

Rodri, John Stones dan Jack Grealish turut menyaksikan rembatan mereka melepasi sasaran dari tepi kawasan, tetapi tuah Madrid akhirnya bolos jua dalam masa 23 minit.

Kevin De Bruyne membuka kunci apabila hantarannya menemui Silva di dalam kawasan penalti, dan dia meembat tinggi melepasi tangan kiri Courtois.

Pelawat hampir tidak mencatatkan sentuhan di dalam City pada separuh jam pembukaan, tetapi berada beberapa inci dari gol penyamaan 10 minit sebelum separuh masa apabila percubaan Toni Kroos menggegarkan palang.

Baru sahaja Madrid mula tenang, City meraih gol kedua yang selayaknya selepas aksi dominan separuh masa pertama.

Bernardo Silva sekali lagi menembusi gawang Madrid pada minit ke-37.

Haaland melakukan satu lagi percubaan meletus dengan tersasar dan Courtois menafikan hatrik oleh Silva ketika serangan City berterusan sebelum rehat.

Tetapi mereka terpaksa menunjukkan sisi berbeza pada permainan mereka pada awal separuh masa kedua.

Man City kali ini lebih tenang. Belajar daripada pengalaman lalu, tidak terlalu obses dengan mengawal bola.

Real yang paling hampir dengan talian hayat mereka menerusi sepakan percuma David Alaba yang ditepis Ederson.

Di sisi sebelah lagi, Courtois terus memenangi pertarungan peribadinya dengan Haaland dengan merembat rembatan pemain Norway itu ke palang apabila satu lawan satu.

Tamparan hebat buat Real Madrid seterusnya adalah ketika gergasi Sepanyol melakukan jaringa sendiri menerusi Militao. Di mana bola membias padanya selepas ditanduk Manuel Akanji – 15 minit sebelum wisel penamat.

Haaland digantikan oleh Alvarez dua minit sebelum tamat dan itu sahaja yang diperlukan oleh pemenang Piala Dunia Argentina itu untuk membuat keputusan tepat ketika dia menyambut Phil Foden dan merembat masuk.

Man City 4 Real Madrid 0. Agregat Man City 5 Real Madrid 0.

Manchester City akan berdepan Inter Milan pada aksi final di Istanbul.

Baca Juga

Baca Juga