Champions League 2022/23: Napoli 4-1 Liverpool

Saingan Champions League bagi musim 2022/23 berlangsung awal sebulan dari kebiasaan bagi memberi laluan kepada kejohanan bola sepak paling agung, Piala Dunia yang akan berlangsung November ini.

Hari pertama Champions League menyaksikan Erling Haaland terus bermaharajalela dan menepatai jangkaan ramai di pentas Eropah selepas mempamerkan bisanya di England.

Chelsea pula meneruskan langkah sumbang apabila terciduk kepada pasukan Dinamo Zagreb dan lebih parah apabila kekalahan ini menyebabkan Thomas Tuchel terus dipecat.

Juara bertahan, Real Madrid tidak berdepan masalah menumbangkan Celtic dan dua jaringan Kylian Mbappe membantu PSG menewaskan Juventus.

Perlawanan yang paling ditunggu sudah pasti perlawanan yang menemukan pasukan Inggeris paling elit bertemu Napoli dalam saingan kumpulan A.

Liverpool diundi berada bersama Ajax, Rangers dan Napoli dan boleh dianggap sebagai laluan mudah untuk mara ke pusingan kalah mati.

Namun sebaliknya terjadi apabila, Liverpool mengalami kemaluan besar apabila telah diaibkan Napoli dengan jaringan 4-1 ketika mereka bermegah dapat beraksi di Champions League.

Liverpool tidak menurunkan pemain termahal mereka, Darwin Nunez yang semakin hari mengukuhkan status sebagai Andy Carol 2.0 dan boleh dianggap seperti bot dalam permainan PUBGM.

Napoli bermula garang apabila hampir saja berada di depan selepas 42 saat perlawanan yang berpunca dari hantaran panjang Giovanni Di Lorenzo yang berjaya membelah pertahanan Liverpool.

Situasi ini memaksa Alisson Becker meluru keluar dan telah terciduk namun percubaan Victor Osimhen menemui tiang. Mujur.

Pada minit keempat Napoli datang lagi melalui gelecekan padu Khvicha Kvaratskhelia dari sebelah kiri dan melakukan cutback mencari Piotr Zielinski.

Percubaan Piotr Zielinski meliar, rupa-rupanya kerana James Milner menghadang dengan menggunakan tangan dan sepakan penalti buat Napoli.

Liverpool bernasib baik kerana Milner hanya dilayangkan kad kuning dan pada pengamatan pengulas perlawanan sepatutnya kad merah.

Mudah buat Piotr Zielinski menewaskan Alisson Becker.

Pada minit ke-17, Napoli sekali lagi mendapat sepakan penalti bukan kerana membeli pengadil atau VAR tetapi kerana kejahatan Virgil Van Dijk mengasari Victor Osimhen.

Selepas merujuk kepada VAR dan skrin ditepi padang maka sah satu kejahatan dari Van Dijk melayakkannya dilayangkan kad kuning.

Liverpool bernasib baik apabila sepakan Victor Osimhen berjaya diselamatkan oleh Alisson Becker.

Aksi heroic dari Alisson gagal menyamarakkan semangat juang Liverpool yang terus beraksi buruk seperti itik tam ko sampar.

Bekas pemain Fulham, Andre Zambo Anguissa menggandakan kedudukan buat Napoli pada minit ke-31 menyempurnakan hantaran Piotr Zielinski.

Gol kedua Napoli itu terus membuatkan Liverpool hilang punca dan dunia menyaksikan gol ketiga terhasil sebelum tamat separuh masa pertama.

Pertahanan Liverpool terus rabak dan Gomez sekali lagi diayamkan dan hantaran leret Khvicha Kvaratskhelia disudahkan Giovanni Simeone.

Giovanni Simeone masuk pada minit ke-41 menggantikan Victor Osimhen dan menjaringkan gol selepas tiga minit di padang.

Bersambung babak kedua, Piotr Zielinski tidak menunggu lama dan hanya memerlukan dua minit untuk menjaringkan gol keempat yang merupakan gol kedua peribadi.

Gol terhasil sangat mudah seperti satu sesi latihan di mana hantaran panjang Stanislav Lobotka berjaya menemui Giovanni Simeone yang terus menghantar kepada Piotr Zielinski.

Langsung tiada siapa yang mengawal Piotr Zielinski, bebas sebebas bebasnya, percubaannya berjaya dihadang Alisson Becker namun bola muntah kembali untuk disudahkan sebagai gol keempat.

Kali ini ada tindak balas dari Liverpool, dua minit kemudian, Luis Diaz menjaringkan gol pertama Liverpool dengan satu potongan ke dalam tanpa signal lalu dilepaskan rembatan sedap.

Penjaga gol Napoli, Alex Meret akhirnya tertewas dan gol itu merupakan gol saguhati buat Liverpool untuk dibuat modal berbual.

Selepas memperoleh empat gol, Napoli mengendurkan kegarangan mereka dan tenang sahaja tiadk seperti separuh masa pertama.

Namun itu sudah cukup untuk Napoli mencatatkan kemenangan, di mana Liverpool hanya mampu beracah-acah garang mencari gol namun tumpul dan kurang mengancam.

Ajax mengemudi kumpulan A selepas satu perlawanan apabila menewaskan Rnagers empat gol tanpa balas dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.

Jangkaan Liverpool untuk mara mudah meleset apabila sudah melecet diperlawanan pertama dan impian final di Atatürk Olympic Stadium, Istanbul masih lagi tidak terpadam dengan 5 perlawanan masih berbaki.

Napoli: Meret, Di Lorenzo, Kim, Rrahmani, Olivera, Lobotka, Zambo, Politano, Zielinski, Kvaratskhelia, Osimhen.

Pemain Gantian: Juan Jesus, Mario Rui, Elmas, Lozano, Simeone, Zerbin, Sirigu, Ostigard, Zanoli, Gaetano, Raspadori, Ndombele.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Gomez, van Dijk, Robertson, Milner, Fabinho, Elliott, Salah, Firmino, Diaz.

Pemain Gantian: Thiago, Adrian, Jota, Tsimikas, Nunez, Arthur, Matip, Bajcetic, Phillips, Davies.

Pengadil: Carlos del Cerro Grande (Sepanyol).

Skema Alasan Kekalahan Liverpool

Berikut merupakan skema alasan untuk menutup kemaluan di atas kekalahan Liverpool pada 2019, masih boleh guna ni. Pilihlah dan pakailah jika merasakan alasan ini boleh diguna pakai.

1. Terbaik MU.. Tahniah.

2. Oo.. ni ke… Season lepas pon camni gak, ujung2nya, bak org jengka kata, the rest is history…

3. Ini cerita sudah lamaa, saya sudah tau dari Facebook, yang penting abang Maliki kata apa.

4. Last season pun klah 1-0 . Apa ada hal.

5. Jarang nak kalah..UEL bila?

6. Best nya kalah.. Lama tak rasa.

7. Mcm biasaaa tahun lepas 3 away kalah.

8. Its OK, its just a game! Ada kalah ada menang, relax laa.

9. Awal lg. Layan je dulu grouping ni. MU vs PSG bila?

10. Alahai.. Mcm seblum nie juga.. Kalah Dan dikutuk tu biase je.. Adat la time kalah. So terima je lah. Hahahaha..
YNWA.

11. Lama nye x kene bahan..janggal pulak rasanya..hahaha..

12. Lama tak rasa kalah hahaha masih riak ? #YNWA ??

13. Skrip sama season lepas ni.. Tau2 juara ?

14. Bila lagi nak kena troll..asyik dpt piala je

15. benda boleh menang home buat apa menang away.. padan muka ko admin team main kat europa.

16. Akhir nye dpt gk la haters say something setelah sekian lme mendiam menanti saat ini ?

BACA:  Van Dijk Teruja Tunggu Musim Hadapan - "Liverpool Tetap Power Tanpa Champions League"