Champions League Final 2017 : Fakta Pertemuan Juventus vs Real Madrid

Awal pagi nanti akan berlangsung perlawanan akhir Liga Juara Eropah bagi musim 2016/17 yang bakal menemukan juara Liga Italy dan Sepanyol iaitu Juventus dan Real Madrid.

Untuk tidak membazir masa dan menjadi setan di bulan Ramadhan marilah kita melihat sedikit fakta dan auta kedua-dua pasukan yang menarik serta hambar.

Fakta Pertemuan Juventus vs Real Madrid

1. Juventus telah memenangi kejuaraan ini sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1985 dan 1996. Juventus pernah tewas di final sebanyak 6 kali. Kekalahan terbanyak berbanding kelab yang ada.

2. The Old Lady telah menang 9 kali dan seri 3 kali dalam 12 perlawanan musim ini di Champions League dan bakal menjadi pasukan pertama menjulang trofi tanpa kalah sejak Manchester United melakukannya pada 2007/08. United merupakan pasukan ke-6 (Ya, 6) yang memenangi UEFA Champions League (UCL) tanpa sebarang kekalahan.

3. Dalam sejarah UCL tidak pernah lagi pasukan yang mampu memenangi dua kejuaraan berturut-turut. Real Madrid bakal menjadi pasukan pertama jika muncul juara. Sebelum bertukar menjadi UCL pada 1992/93 kejohanan ini dipanggil Europeans Cups dan ada beberapa pasukan yang pernah mencatat dua kejuaraan berturut-turut.

Contoh senang macam Liverpool la tak pernah menang Premier League sejak diperkenalkan, yang 18 kali tu cerita lama.

4. Perlawanan akhir ini ibarat ulangan final 1998 di Amsterdam di mana Real Madrid menang 1-0 ke atas Juventus yang ketika itu di perkuatkan oleh Zinedine Zidane. Gelaran ketujuh Real Madrid daripada 11 gelaran yang pernah dimenangi.

5. Arsenal.

6. Manchester United.

7. Juventus tidak pernah tewas kepada Real Madrid dalam 3 pertemuan terakhir dengan satu menang dan dua seri. Kali terakhir Juve tewas 2-1 di peringkat kumpulan di mana Ronaldo menjaringkan dua gol pada musim 2013/14.

8. Real Madrid mencatat rekod apabila menang kesemua 5 perlawanan akhir UCL. Jika Real menang perlawanan pagi nanti, ini merupakan kemenangan ke-10 untuk pasukan dari Sepanyol. Dua kali lebih banyak dari pasukan dari Italy.

9. Buffon merupakan pemain kedua paling tua yang pernah beraksi di final European Cup/Champions League dengan umur 39 tahun 4 bulan. Edwin Van De Sar merupakan pemain paling tua yang pernah beraksi di usia 40 tahun 6 bulan.

10. Otak burung unta lebih kecil dari matanya.

11. Buffon merupakan satu-satunya pemain yang masih ada (Sole Survivor) dari skuad Juventus yang beraksi di final 2003. Penjaga gol Italy itu telah tewas dikedua-dua perlawanan akhir bersama Juve PADA 2003 DAN 2005. Semoga ada sinar buat Legend ini.

12. Zinedine Zidane mampu merangkul kejuaraan kedua UCL dalam tempoh dua musim bagi pasukan pertamanya sebagai pengurus.

13. Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 10 gol dan lebih untuk 6 musim berturut-turut di UCL. Tiada pemain lain yang pernah melakukannya lebih daripada dua musim berturut-turut. Messi dan Nistelrooy hanya mampu melakukannya sebanyak dua musim berturut-turut sahaja.

14. Ronaldo telah menjaringkan 5 gol dalam 4 perlawanan menentang Juventus.

15. Dani Alves telah menjaringkan 10 gol dan mencatatkan 25 bantuan gol sejak debutnya pada 2007/08 sekaligus menjadikannya full-back terbanyak mencetak gol dan membuat bantuan gol di Champions League.

16. Fattah Amin mempunyai sebuah lagu bertajuk Wanita Terakhir. Shambutlah Shintaku Duhai Shayang…

Real Madrid Road To Cardiff

Group Stage – Real Madrid sekadar naib juara kumpulan F walaupun tanpa sebarang kekalahan dengan 3 kemengan 3 seri.

Round of 16 – Real Madrid menewaskan Napoli dengan agregat 6-2.

Quarter Final – Real Madrid menewaskan Bayern Munich dengan agregat 6-3. Zidane menewaskan mentornya Ancelotti.

Semi Final – Real Madrid menewaskan Atletico Madrid dengan agregat 4-2. Mara ke final dua kali berturut-turut.

Final – Juventus vs Real Madrid.

Juventus Road To Cardiff

Group Stage – Juventus juara kumpulan H tanpa sebarang kekalahan dengan 4 kemengan 2 seri.

Round of 16 – Juventus menewaskan Porto dengan agregat 3-0.

Quarter Final – Juventus menewaskan Barcelona dengan agregat 3-0. Tidak bolos menentang Barca menunjukkan kepoweran Juve.

Semi Final – Juventus menewaskan Monaco dengan agregat 4-1. Sekaligus mara ke final buat kali kedua dalam tempoh 3 tahun.

Final – Juventus vs Real Madrid.

Baca Juga

Baca Juga