Chan Yuen Ting – Wanita Pertama Jurulatih Kelab Bermain di ACL

Siapa kata seorang wanita tidak mampu menguasai sekumpulan lelaki-lelaki gagah perkasa? Seorang gadis comel Hong Kong bernama Chan Yuen Ting yang berumur 29 tahun telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pengurus wanita pertama yang memimpin pasukan bola sepak lelaki di kejohanan bola sepak tertinggi peringkat benua Asia iaitu AFC Champions League.

Gadis Idaman Lelaki Moden

Selain handal bermain bola dan menjadi jurulatih, Chan juga merupakan seorang yang cemerlang dalam bidang akademik. Beliau mempunyai ijazah sarjana dalam jurusan Sains Sukan dan juga ijazah dalam jurusan Geografi. Satu pakej yang sangat diidam-idamkan oleh lelaki zaman moden iaitu memiliki isteri yang bijak dan cantik. Contoh lain gadis yang cantik dan bijak di Malaysia ialah seperti Neelofa.

Juara Liga Perdana Hong Kong 2015/2016

Karier Chan sebagai pengurus bermula apabila bekas pengurus Eastern Sports Club, Yeung Ching Kwong meletak jawatan pada tahun 2015. Chan kemudiannya telah dilantik sebagai pengurus baru kelab Eastern yang bersaing dalam Liga Perdana Hong Kong. Chan berjaya membawa Eastern menjadi juara liga bagi musim 2015/2016 dengan hanya satu kekalahan daripada lima belas perlawanan liga sejak mengambil alih jawatan pengurus. Satu rekod yang gagal dilakukan oleh Zainal Abidin Hassan mahupun Dollah Salleh.

Abang Zainal tidak mampu mencipta rekod seperti Chan Yuen Ting

Pengurus Wanita Pertama Di AFC Champions League

Walaupun berjaya mencipta sejarah sebagai pengurus wanita pertama di AFC Champions League, Chan mendapat pengajaran berharga apabila pasukan bimbingannya dibelasah teruk 7-0 oleh kelab gergasi China, Guangzhou Evergrande yang dipimpin pengurus Luiz Felipe Scolari.

Semoga Chan tidak menangis di bawah shower mengenangkan kekalahan semalam.

Semoga dia tidak bertindak sebegini

Highlight perlawanan Eastern SC dibelasah Guangzhou Evegrande ada dalam video di bawah.

Baca Juga

Baca Juga