Chanatip Songkrasin Membuktikan Beliau Sememangnya Pemain Terhebat ASEAN

Chanatip Songkrasin tidak dinafikan lagi sememangnya layak untuk dianggap sebagai pemain terhebat dalam saingan bola sepak ASEAN pada ketika ini.

Beliau merupakan nadi penting yang cemerlang membantu Thailand untuk muncul sebagai Juara saingan AFF Suzuki Cup pada tahun ini.

Chanatip Songkrasin di kejohanan pada tahun ini telah membuat enam kemunculan dengan beliau cemerlang menjaringkan empat gol sepanjang tempoh tersebut.

Bintang Hokkaido Consadole Sapporo itu turut dinobatkan sebagai pemain terbaik sepanjang kejohanan ini dengan beliau secara tidak langsung telah memenangi tiga anugerah tersebut dari empat penampilannya di kejohanan ini.

Dari empat edisi dalam saingan AFF Suzuki Cup yang beliau pernah sertai, Chanatip Songkrasin berjaya memenangi tiga kali gelaran pemain terhebat kejohanan iaitu pada edisi 2014, 2016 dan 2020.

Pada edisi kali ini, beliau turut memenangi anugerah kasut emas bersama Teerasil Dangda (Thailand), Bienvenido Maranon (Philippines), dan Safawi Rasid (Malaysia) selepas kesemua mereka berjaya menjaringkan empat gol.

Chanatip berjaya menjaringkan dua gol ketika aksi leg pertama bertemu Vietnam di peringkat separuh akhir, dan beliau melakukan hal yang sama ketika membantu Thailand menundukkan Indonesia 4-0 dalam aksi leg pertama perlawanan akhir.

Chanatip Songkrasin pemain ASEAN paling bernilai

Tiada sesiapa mampu mempertikaikan lagi yang Chanatip bukan hanya pemain paling bernilai bahkan beliau turut boleh dianggap sebagai antara pemain terhebat dalam sejarah bola sepak ASEAN.

Kelincahan beliau di atas padang sungguh menakjubkan dengan beliau merupakan pemain paling licik dalam merencana serangan untuk skuadnya.

Walau bukan dengan jaringan, beliau akan tetap terlibat dengan gol tersebut mungkin dengan mencatatkan assists, atau setidak-tidaknya dengan memulakan build up serangan.

Beliau juga seorang pemain yang sangat tenang dan tak mudah beremosi, dengan Chanatip tidak akan termakan dengan provokasi dari pemain pasukan lawan.

Walau beliau dikasari, namun Chanatip sangat jarang untuk menunjukkan reaksi marah atau tidak gembira dengan beliau kebiasaannya akan segera bangun dan meneruskan permainan seperti biasa.

Beliau juga turut mempunyai kualiti penyudah yang sungguh menakjubkan dengan Chanatip boleh menjaringkan gol dalam situasi satu lawan satu, rembatan jarak jauh, situasi bola mati dan bermacam cara lagi.

Kemahiran gelecekan beliau juga sungguh luar biasa menakjubkan dan kerana itulah beliau kerap memenangi foul untuk skuadnya.

Big game player

Beliau tidak pernah gagal untuk mencuri perhatian peminat ketika bercakap tentang perlawanan besar dan perlawanan penting.

Lihat saja bagaimana beliau membantu Thailand untuk menjaringkan gol-gol penting dalam perlawanan besar seperti aksi bertemu Indonesia dan Vietnam.

Beliau juga turut berjaya membuktikan kelincahannya dengan Chanatip merupakan pemain paling susah untuk di kawal oleh pemain lawan.

Beliau bijak mencari ruang dan membuka ruang untuk rakan-rakan beliau ketika sedang beraksi di atas padang.

Kelajuan, kemahiran gelecekan, skill individu, kualiti hantaran dan kualiti penyudah yang beliau miliki sebenarnya antara yang terhebat di ASEAN dan kerana itulah Chanatip dianggap ‘Messi Thailand’.

Memainkan peranan penting dalam membantu Thailand muncul Juara

Walau beliau hanya membuat enam penampilan sahaja sepanjang kejohanan pada edisi kali ini, namun tidak dinafikan lagi yang Chanatip Songkrasin sebenarnya memainkan peranan penting dalam membantu Thailand muncul sebagai Juara.

Beliau menjaringkan empat gol, dengan dua gol pertamanya berjaya membantu Thailand untuk tewaskan Vietnam, seterusnya melayakkan diri mereka ke aksi perlawanan akhir.

Beliau kemudiannya menjaringkan dua lagi gol ketika aksi leg pertama perlawanan akhir bertemu Indonesia, dan dua gol jaringan beliau itu berjaya meranapkan harapan skuad Garuda untuk mencabar kejuaraan pada tahun ini.

Aksi hebat dan super mantap yang beliau persembahkan berjaya membantu beliau untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik sepanjang kejohanan ini dan turut memenangi kasut emas.

Chanatip Songkrasin akan terus kekal diingati sebagai ‘The Next Lionel Messi’ yang paling berjaya dan beliau juga bakal terus dikenang sebagai ASEAN GOAT.

BACA:  'Messi Thailand' Cipta Gerakan Ala 'Tiki-Taka' Hasilkan Gol Yang Menakjubkan Bertemu Vietnam