Chapeau! – Rangnick Puji Work Rate Ronaldo Yang Boleh Pressing

Chapeau! Ralf Rangnick telah memuji work rate yang terus berlari tanpa bola dari Cristiano Ronaldo dalam perlawanan menentang Crystal Palace dan rajin nak mati melakukan pressing.

Perkataan Chapeau! secara terusnya bermaksud topi, ia juga membawa maksud grande dan hat-off. Secara metafora, Chapeau! ialah kata seru yang digunakan di peringkat antarabangsa untuk menyatakan rasa hormat kepada personaliti yang dikagumi (sekadar palatao).

Cristiano Ronaldo antara pemain yang dikatakan bakal tidak mendapat tempat dalam pasukan dengan kehadiran Ralf Rangnick kerana terlalu malas untuk melakukan pressing.

Selain Ronaldo, David De Gea juga dijangka kehilangan tempat. Ini kerana De Gea bukanlah penjaga gol yang jenis ball playing goalkeeper seperti Ederson dan Allison Becker.

Jika dilihat secara kasar dalam perlawanan ini, Ronaldo seperti hilang dari radar tanpa menjaringkan sebarang gol namun perubahan ketara dari segi permainannya yang telah melenyapkan mitos bahawa Ronaldo tidak boleh pressing.

Ronaldo menamatkan permainan dengan memenangi penguasaan bola di final third lebih banyak berbanding mana-mana pemain dipadang. Dan bagaimana Ronaldo lakukan.

Ini bermakna Ronaldo tanpa penat terus berlari ketika tiada bola di kaki dan melakukan pressing di final third Palace untuk mendapatkan bola.

Tiga kali menang bola dikawasan Palace dalam satu perlawanan telah menyamai apa yang dilakukan Ronaldo dalam keseluruhan kempen Premier League musim ini.

Dalam 11 perlawanan Liga Perdana di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer dan Michael Carrick, Ronaldo memenangi penguasaan bola di final third hanya tiga kali. dan di bawah Rangnick, dia telah menyamai jumlah itu dalam satu perlawanan sahaja.

Menjawab kepada persoalan bagaimana untuk bermain pressing dan menguasai bola ini jawapan Rangnick sambil memuji Ronaldo:

“Saya memutuskan untuk bermain 4-2-2-2 dengan dua penyerang, bukan Cristiano sahaja di depan, bersama Marcus [Rashford], menggunakan kepantasan untuk mendapatkan bola.”

“Bagaimanapun, Kerja keras Ronaldo tanpa bola adalah – chapeau!”

Sebelum perlawanan Manchester United ini, Ralf Rangnick berkata beliau perlu beradaptasi gaya atau idea permainan dengan pemain yang ada, begitu juga dengan pemain perlu mengikut acuan yang dibawa pengurus.

Rangnick percaya Ronaldo merupakan pemain yang mampu membawa perubahan, atas dasar saling percaya ini Ronaldo dan Rangnick boleh beradaptasi dengan gaya permainan dan pengurusan masing-masing.

Bagi Michael Carrick tiada masalah untuk Cristiano Ronaldo beradaptasi dengan pressing style yang bakal dicorakkan Ralf Rangnick dan cerita bukan-bukan itu hanyalah satu mitos.

Ini kerana menurut Carrick, Ronaldo sudah terbukti sebagai pemain yang mampu beradaptasi dengan pelbagai cara permainan kerana sudah beraksi di tiga liga berbeza dan tiada masalah untuk mencetak gol.

“Mungkin semua ini hanya mitos. Dia bermain dengan pelbagai pasukan dalam tempoh beberapa tahun ini dan berjaya bermain denga pelbagai gaya permainan.”

“Ronaldo tidak henti-henti menjaringkan gol untuk setiap pasukan beliau bermain dan aku pasti dia akan terus merobek jaring, tiada kesangsian tentang perkara itu.”

“Tak kira apa situasi pemain akan beradaptasi, kau perlu ada kemahiran untuk bermain dengan gaya/corak yang berlainan. Ralf jelas mempunyai susur galur yang hebat dalam jangka masa yang panjang dan berjaya dengan cara itu. Saya pasti pemain menantikan hari dan minggu akan datang.”

Itulah kata-kata terakhir Carrick sebelum melepaskan semua jawatan dan membawa diri mengenai Ronaldo dan perkara itu relevan untuk semua pemain dalam pasukan.

Manchester United telah bermain dengan tempo dan intensiti yang tinggi. Bak kata Ibu Hetty ‘Tembakannya tepat dan hajar’ yang mengejutkan dunia bola sepak.

Dari pasukan yang bermain dengan bersepah, huru-hara dan tanpa pedoman, Manchester United bermain penuh berdisiplin.

“Setengah jam pertama sangat menakjubkan. Saya merasakan ia adalah tempo yang sangat tinggi, intensiti tinggi, sentiasa berada di hadapan. Satu-satunya perkara yang hilang dalam setengah jam pertama ini ialah menjaringkan satu atau dua, jika tidak tiga, gol.” Ujar Rangnick.

“Saya teramat, terpaling gembira, pertama sekali, paling penting, kami memenangi perlawanan. Kedua, kami mempunyai rekod bersih, ketiga saya rasa kami tidak syak lagi berhak untuk menang, kerana kami mengawal permainan.”

“Tetapi adalah jelas bahawa anda tidak boleh bermain sepanjang 90 minit permainan, pada tahap intensiti seperti ini. Tetapi selepas itu kami tetap mengawal permainan. Separuh masa kedua, kami memulakan permainan dengan baik dan akhirnya kami layak untuk menang.”

Ronaldo telah bermain selama 90 minit dalam kemenangan ke atas Crystal Palace, Manchester United akan menentang Young Boys dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada hari Selasa.

BACA:  Townsend Tiru Keraian Siu Di Old Trafford