Chapecoense : Hanya Barcelona Yang Bantu Kami

Presiden kelab Chapecoense, Plinio David Nes semalam mengatakan bahawa hanya satu sahaja kelab eropah yang memberikan bantuan kewangan kepada mereka selepas tragedi kapal terbang terhempas, iaitu Barcelona.

Dalam kejadian hujung tahun lalu, kapal terbang yang membawa pasukan Chapecoense terdiri daripada jurulatih, pemain dan pengamal media sedang dalam perjalanan untuk bermain Copa Sudamericana, sebelum terjatuh di Colombia mengorbankan 75 nyawa.

Hanya tiga pemain, seorang krew kabin dan dua lagi penumpang yang terselamat dalam kemalangan tersebut an sejurus selepas kejadian, beberapa pasukan dan persatuan bola sepak dari seluruh dunia menawarkan bantuan dan khidmat kepada kelab tersebut.

Tetapi, presiden kelab, Ne Ses telah menyatakan bahawa Barcelona merupakan antara pasukan yang benar-benar menghulurkan bantuan, memberikan sedikit wang kepada Chapecoense dan menjemput mereka untuk bermain dalam perlawanan persahabatan untuk mengutip dana bantuan.

Ne Ses berkata,”Mereka tawarkan kami bantuan kewangan dan pada buan Ogos mereka jemput kami untuk bermain di Gamper Trophy dengan keuntungan daripada trofi tersebut akan diberikan kepada Chapecoense.

Presiden kelab walaubagaimanapun berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan ketika mereka berada dalam keadaan sukar.

Tambahnya lagi, “Roma juga tawarkan untuk bermain perlawanan perasahabatan dengan mereka tapi kami sibuk sangat. Serius, memang sibuk.”

“Kami bermain tiga perlawanan s
eminggu tau you,” kata Ne Ses, sebelum mengakhiri perbualan.

Sumber berita : Squawka

Baca Juga

Baca Juga