Chelsea (1-1) Liverpool; Hanya 35% Penguasaan, Pasukan Jurgen Klopp Amat Perlukan Pakar NO6

Liverpool telah melakukan perubahan besar pada awal musim dan Jurgen Klopp menyifatkan permulaan era baharu ini sebagai “Liverpool FC reloaded”.

Namun perlawanan pembukaannya di Stamford Bridge telah mendedahkan satu fakta bahawa overhaul yang dilakukan oleh pasukan itu masih tidak lengkap.

Tidak dinafikan potensi yang ada pada Liverpool adalah jelas. Pasukan ini mempunyai kekuatan untuk menewaskan sesiapa sahaja.

Pada babak pertama Liverpool cukup menyerlah apabila Luis Diaz meletakkan mereka di hadapan. Selepas itu jaringan Mohamed Salah dibatalkan oleh VAR kerana ofside.

Kemudian timbul rasa tidak adil apabila bola yang terkena tangan Nicolas Jackson tidak dihukum oleh pengadil perlawanan, Anthony Taylor. Jika tidak berkemungkinan Liverpool sudah mendahului perlawanan 3-1.

Apa yang benar-benar merugikan Liverpool bukanlah nasib malang tetapi kerana kurang kawalan dalam permainan.

Permainan Liverpool terlalu terbuka dan terlalu mudah untuk Chelsea melepasi setiap kawasan dan ruang di atas padang.

Barisan pertahanannya tidak mempunyai cukup perlindungan, bahagian tersebut mempunyai terlalu banyak kerja untuk dilakukan.

Liverpool hanya mencatat 35% penguasaan bola. Ia adalah rekod terendah dalam perlawanan Liga Perdana menentang Chelsea.

Jika tidak kerana kehandalan Alisson pada babak kedua, Liverpool pasti kalah dalam perlawanan itu.

“Kami boleh menang tetapi kami juga boleh kalah,” akui Klopp. “Kami memberi jalan kepada Chelsea. Kami kehilangan bola dalam satu atau dua situasi yang tidak perlu.”

“Pada babak kedua kami perlu turun terlalu kebawah dan berjuang bermati-matian. Terdapat banyak ruang dan jarak untuk ditutup.”

“Itu sebenarnya masalah kami – kami cuba menutup jarak dengan turun kebawah dan bukannya melangkah masuk kedalam seperti yang kami lakukan pada awalnya.”

“Kami mempunyai banyak benda untuk diperbaiki, tidak syak lagi tentang itu, tetapi akhirnya kami mendapat satu mata dan itu tidak mengapa. Saya cuba melihatnya secara positif.”

Keseimbangan dalam permainan Liverpool tidak betul dan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan kegagalan mereka untuk mencari pengganti Fabinho atau Jordan Henderson.

Banyak perkara yang dikagumi tentang penampilan sulung Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai, yang menambah tenaga dan ciptaan.

Namun mereka memerlukan lebih banyak bantuan. Mac Allister dan Szoboszlai memerlukan specialist NO6 yang beroperasi di antara mereka.

Sudah tentu Liverpool tahu masalah itu. Malah pemilik kelab, John Henry melihatnya dari dekat apabila tampil menonton perlawanan itu dari dalam kotak pengarah di Stamford Bridge.

Drama selama 72 jam dalam pasaran perpindahan sebelum ini telah menambah hiburan perlawanan ini. Liverpool dan Chelsea bertarung untuk mendapatkan pemain Brighton, Moises Caicedo.

Kedua-dua pasukan jelas mempunyai masalah di bahagian-tengah bertahan dan ia menjadi sebab mengapa Klopp dan Mauricio Pochettino amat memerlukan Caicedo.

Selepas perlawanan ini, kedua-dua pengurus terus menutup mulut mengenai perbincangan perpindahan.

Tetapi kenyataan Klopp “apa yang pengurus Chelsea mahu, mereka selalunya akan dapat” telah menjawab Caicedo akan menyertai Chelsea dengan harga sekitar £115 juta.

Ia adalah kenyataan yang pahit untuk Liverpool telan kerana mereka merupakan pasukan yang lebih ideal kepada Caicedo.

Caicedo terus boleh menyesuaikan dirinya dengan cepat kerana dia telah lama bermain bersama Mac Allister di Brighton.

Selepas melakukan tiga tawaran dalam usaha membeli Romeo Lavia, yang kemudiannya semua ditolak oleh Southampton, Liverpool mengalihkan sasaran mereka kepada Caicedo.

Pemain itu juga sudah lama menarik minat Chelsea namun Brighton dikatakan kecewa dengan cara pasukan untuk mendapatkannya – tentang harga.

Liverpool melihat ia adalah peluang kepada mereka untuk hijack pemain itu. Selepas pemilik memberi lampu hijau, Liverpool menghantar tawaran setinggi £115 juta – rekod perpindahan British.

Pada hari Khamis, Liverpool menghantar tawaran itu dan memberitahu struktur pembayaran kepada Brighton.

Liverpool mendapat maklumat bahawa Caicedo terbuka untuk berpindah ke Anfield. Nampaknya Chelsea telah diketepikan.

Namun pada pagi Jumaat, selepas Klopp mengesahkan di sidang akhbarnya bahawa bayaran telah dipersetujui, keadaannya telah berubah.

Caicedo mengeluarkan kenyataan, dia hanya mahu bermain di Chelsea dan pasukan itu bersedia untuk membuka semula rundingan dengan tawaran lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Tidak pasti sama ada Caicedo benar-benar berubah hati atau sama ada minat Liverpool hanya digunakan untuk mendapatkan lebih banyak wang dari Chelsea.

Kini Klopp dan FSG perlu memutuskan siapa sasaran utama mereka selepas Lavia juga sedang dikejar oleh Chelsea.

Liverpool tidak mempunyai masalah dengan wang kerana mereka telah menunjukkan mereka mempunyai £111 juta.

Hasil jualan sebanyak £52 juta yang diperolehi dari Henderson dan Fabinho menjadi penyumbang besar kepada jumlah tersebut.

Liverpool memerlukan seorang specialist NO6 yang lebih baik dari Lavia. Lavia baharu berusia 19 tahun. Liverpool perlukan pemain yang sudah sempurna dan sudah digilap.

Liverpool tidak boleh disalahkan kerana gagal mendapatkan Caicedo tetapi mereka bersalah kerana terlalu lewat untuk mendapatkan pengganti Fabinho.

Thiago dan Stefan Bajcetic sudah kembali menjalani latihan penuh selepas mengalami kecederaan jangka panjang tetapi pemain baharu di bahagian tengah dan pertahanan perlu dibeli dengan segera.

“Tingkap perpindahan masih belum ditutup jadi mari kita lihat sama ada kita boleh membuat beberapa lagi penambahan untuk menjadikan skuad sekuat mungkin musim ini,” kata Virgil van Dijk selepas perlawanan.

Sehingga kelemahan itu diatasi, “Liverpool FC reloaded” masih belum sempurna dan mereka mempunyai baki 2 minggu lagi untuk melakukannya.

BACA:  Mo Salah Dapat Kontrak Baru Selepas Liverpool Kehilangan 2 Pemain Ini