Chelsea Bakal Menjual Tujuh Pemain Untuk Mendapatkan Timo Werner

Chelsea akan menjual beberapa pemain pada musim panas ini untuk menstabilkan ekonomi kelab selepas membeli Hakim Ziyech, Timo Werner dan dua lagi pemain yang mungkin akan ditandatangani nanti.

The Blues mengejutkan ramai pihak pada minggu ini selepas melaporkan penyerang RB Leipzig, Timo Werner bersetuju untuk berpindah ke Stamford Bridge.

Hal ini kerana Timo Werner sebelum ini sering dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool dan dengan tiba-tiba beliau dikatakan sudah bersetuju untuk menyertai Chelsea.

Chelsea mengeluarkan £53 juta untuk mengaktifkan klausa pelepasan yang ada dalam kontrak pemain berusia 24 tahun dan mereka turut melaburkan £35.6 juta untuk mendapatkan Ziyech.

Dengan kesemua dana yang dikeluarkan, Frank Lampard sepertinya perlu melepaskan beberapa pemain untuk mengimbangi kewangan kelab.

Tujuh orang pemain dari skuad sedia ada pasukan Chelsea kini sepertinya hampir pasti untuk meninggalkan pasukan musim panas nanti.

Menurut sumber laporan dari the Mirror, Pedro, Willian, Jorginho, Marcos Alonso, Kurt Zouma, Ross Barkley dan Michy Batshuayi akan meninggalkan Stamford Bridge musim panas nanti.

Dengan kehadiran Ziyech dan kemungkinan untuk Chelsea menandatangani pemain sayap Sassuolo, Jeremie Boga yang telah dikaitkan untuk kembali ke London, bermaksud tiada sebab untuk Lampard menyimpan Pedro dan Willian.

Kontrak kedua-dua pemain itu akan tamat pada musim panas nanti dan bintang Sepanyol itu kini sering dikaitkan dengan perpindahan ke Roma.

Willian sudah ditawarkan kontrak baru bersama Chelsea namun kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan jangka masa perjanjian dan beliau sepertinya juga akan meninggalkan Stamford Bridge.

Maurizio Sarri sekali lagi mahu berkerjasama dengan Jorginho, selepas kedua-dua mereka pernah bersama di Napoli dan Chelsea.

Kini Maurizio Sarri dilaporkan mahu menandatangani Jorginho untuk pasukan Juventus pada jendela perpindahan pemain musim panas nanti.

Alonso musim ini cuma sembilan kali sahaja turun sebagai pemain utama dalam saingan liga Perdana. Dan posisi pertahanan kiri itu kemungkinan masalah terbesar Frank Lampard dalam musim pertamanya sebagai pengurus The Blues.

menurut laporan sama, penjaring terbanyak sepanjang zaman Chelsea, Frank Lampard sangat berharap untuk menandatangani Ben Chillwell pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Leicester City dilaporkan mahu meminta nilai yang sama seperti apa yang dibayar oleh Manchester United ketika menandatangani Harry Maguire.

Bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho sepertinya sangat berminat untuk membawa Zouma ke Tottenham Hotspur selepas beliau merombak barisan pertahanannya musim panas nanti.

Ross Barkley mungkin seorang lagi pemain yang diminati oleh bekas pengurusnya, dengaj pengurus pasukan West Ham, David Moyes mahu bersatu kembali dengan pemain midfieldnya di Everton itu.

Sekiranya Werner menyertai Chelsea dan Oliver Giroud sudah menandatangani perjanjian baru selama setahun sehingga penghujung musim depan, Batshuayi bakal menjadi pilihan keempat dalam pasukan di belakang Tammy Abraham.

Maka beliau mungkin akan dilepaskan oleh pasukan selepas beberapa kelab seperti Newcastle United, Crystal Palace dan West Ham berminat untuk menandatanganinya.

Lampard sepertinya kini mahu membina skuad terbaik dan tampil berbeza musim hadapan dan pastinya mahu memberi saingan kepada kesemua pasukan dalam saingan liga.

BACA:  Werner Terkedu Ketika Wartawan Perkenalkannya Sebagai Penjaga Gol