Antonio Rudiger sepertinya sudah hampir pasti akan meninggalkan kelab pada musim panas ini dengan Chelsea sendiri sudah mengesahkan hal itu.
Ia jelas sekali satu tamparan yang hebat untuk Chelsea apa lagi selepas memikirkan yang mereka sudah kehilangan ramai pertahanan kental dalam tempoh setahun ini sahaja.
Kontrak Rudiger bersama Chelsea akan tamat pada penghujung musim ini nanti dengan ramai peminat yang dari awal sudah boleh menjangkakan yang beliau sememangnya tidak akan menandatangani kontrak baru bersama kelab.
Real Madrid have reached an agreement with Antonio Rudiger for the Chelsea defender to move to Spain on a free transfer this summer, sources have told ESPN ✍️
Full story: https://t.co/WJHbgFoSOk pic.twitter.com/qRxKUfcWjt
— ESPN FC (@ESPNFC) April 25, 2022
Bercakap selepas tamat aksi kemenangan bertemu West Ham kemarin, Thomas Tuchel telah mengesahkan yang Antonio Rudiger akan meninggalkan kelab pada musim panas nanti.
Hari ini, tular berita di media sosial yang mendakwa bahawa Rudiger sudah bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama Real Madrid pada penghujung musim ini.
Chelsea berpotensi untuk mengejar tiga pemain pertahanan pada jendela perpindahan musim panas nanti selepas mereka turut bakal kehilangan Andreas Christensen dan Cesar Azpilicueta.
Kedua-dua pemain itu hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Barcelona pada penghujung musim ini dengan Christensen sepertinya sudah hampir pasti tidak akan menandatangani kontrak baru bersama kelab.
Antonio Rudiger will leave Chelsea on a free transfer as defender rejects Blues contract, says Thomas Tuchel #CFC https://t.co/khPctwLSGg
— talkSPORT (@talkSPORT) April 25, 2022
Dengan ketiga-tiga pemain pertahanan utama itu bakal meninggalkan kelab, Chelsea jelas sekali perlu berusaha untuk mencari pertahanan baru sebagai pengganti.
Juara bertahan saingan Champions League itu pada musim panas lalu telah menjual tiga orang pemain pertahanan utama mereka.
Fikayo Tomori, Marc Guehi dan Kurt Zouma kesemuanya dibenarkan untuk meninggalkan kelab pada jendela perpindahan lalu dan kini sepertinya Chelsea akan menyesal dengan keputusan tersebut.
In the space of one year.
No defence. pic.twitter.com/LmwWmK3AGw
— Chelsea Youth (@chelseayouth) April 25, 2022
Seandainya ada penyokong Chelsea yang sempat berfikir bahawa pihak kelab perlu segera mendapatkan semula khidmat Tomori dan Guehi, mereka jelas sekali telah membuat tanggapan yang salah.
Chelsea sebenarnya hampir mustahil untuk mendapatkan semula kedua-dua pemain pertahanan itu kerana pihak kelab tidak meletakkan syarat pembelian semula dalam kontrak mereka.
Tomori telah dipinjamkan ke AC Milan pada musim lalu dengan kelab dari saingan Serie A itu akhirnya memutuskan untuk mendapatkan khidmatnya secara pembelian tetap.
Milan membayar £25 juta kepada Chelsea untuk mendapatkan Fikayo Tomori secara pembelian tetap.
Pemain centre-back itu pada ketika ini sedang membantu AC Milan untuk terus bersaing dengan Inter Milan untuk merebut gelaran Serie A.
Melihat aksi hebat yang beliau persembahkan, ramai peminat yang mendesak Gareth Southgate supaya memanggilnya untuk sertai skuad kebangsaan England.
Chelsea are reportedly preparing a fresh bid for Sevilla star Jules Kounde, with the defender ‘already decided’ he is ready to leave this summer.
📲 @Jaysportnews pic.twitter.com/wdfKqdYxpe
— TalkFooty (@_TalkFooty) April 25, 2022
Guehi sementara itu sudah dipanggil untuk sertai skuad The Three Liones dengan beliau pertama kali dipanggil pada bulan lalu.
Beliau berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengujakan bersama Crystal Palace pada musim pertamanya dalam saingan Premier League.
Selepas beraksi cemerlang bersama Swansea dalam saingan Championship, Crystal Palace menawarkan £18 juta kepada Chelsea untuk mendapatkan pemain berusia 21 tahun itu.
Kurt Zouma ketika ini tidak dinafikan lagi sedang berdepan kecaman teruk dari pelbagai pihak selepas tersebarnya video beliau menyiksa kucingnya.
Walau bagaimanapun, harus diakui yang beliau juga sebenarnya telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan bersama West Ham dalam saingan Premier League.
West Ham berkemungkinan tidak akan dapat slot automatik ke saingan Champions League selepas kekalahan bertemu Chelsea kemarin, kerana mereka semakin jauh tercicir dari kelompok empat teratas.
Thomas Tuchel has confirmed the summer departure of Antonio Rudiger 😢! Who do y’all think can replace him in Chelsea 🧐?#Rudiger #Chelsea pic.twitter.com/ElSeDQJdMR
— Alexis Laura Daniels (@iamalexislaura) April 25, 2022
Walau bagaimanapun, mereka masih ada harapan untuk melakukan hal itu kerana mereka kini masih kekal berada dalam saingan Europa League.
Selain dari tiga pemain seperti Tomori, Guehi dan Kurt Zouma, Chelsea turut telah menjual Tino Livramento kepada Southampton pada musim panas lalu.
Beliau sebelum ini tidak pernah diberi kesempatan untuk beraksi bersama skuad utama Chelsea namun The Blues ada meletakkan klausa pembelian semula dalam kontraknya.
Jika difikirkan semula, ketiga-tiga Tomori, Guehi dan Kurt Zouma sebenarnya layak untuk dianggap calon pengganti terbaik untuk menggantikan Cesar Azpilicueta, Christensen dan Antonio Rudiger.
Namun dek kerana mereka telah dijual sebelum Chelsea berjaya mengikat kontrak baru bersama pemain sedia ada, maka The Blues perlu tanggung akibatnya selepas ketiga-tiga pemain itu tidak mahu melanjutkan kontrak.
Mereka kini terpaksa akur kehilangan enam pemain pertahanan dalam tempoh satu tahun dan terpaksa membeli semua sekurang-kurangnya dua pemain baru bagi menghadapi musim baharu nanti.
"There is a risk of more players looking to run their deals down to receive huge pay days."
Chelsea were determined to avoid a dangerous precedent over Antonio Rudiger’s contract, with key negotiations coming up with other top stars.
✍️ @jamesrobsonEShttps://t.co/Pg6quAk0kY
— Standard Sport (@standardsport) April 25, 2022
Dengan mereka masih belum ada pemilik baru, maka sukar sebenarnya untuk membayangkan apa akan berlaku pada Chelsea musim hadapan.
Dan seandainya mereka dapat pemilik baru menjelang penghujung musim ini, mereka juga perlu meyakinkan pemilik baru untuk mengeluarkan dana yang besar untuk mendapatkan pemain baru dan ia jelas sekali bukan hal yang mudah.
Sumber: SPORTbible