Chelsea Bersedia Untuk Melepaskan N’Golo Kante

Chelsea dilaporkan bersedia untuk melepaskan N’Golo Kante pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Menurut sumber laporan dari media Sepanyol, Fichajes, Juara saingan Champions League musim lalu itu sedang berusaha untuk tidak melepaskan bintang Perancis itu secara percuma pada jendela perpindahan musim panas 2023.

Kontrak Kante bersama Chelsea akan berakhir pada Jun 2023 dan seandainya beliau tidak menandatangani kontrak baru, maka beliau boleh meninggalkan kelab secara percuma sahaja.

Kante yang pernah memenangi gelaran Premier League, FA Cup dan Champions League bersama Chelsea ketika ini sedang menjalani kuarantin wajib selepas beliau disahkan positif C0V-19.

Pemain midfield itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan pada akhir-akhir musim lalu, dan beliau juga merupakan pemain terpenting dalam membantu The Blues menjuarai saingan Champions League.

Kante dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam aksi perlawanan dari peringkat separuh akhir hingga aksi perlawanan akhir bertemu City di Porto pada Mei lalu.

Pengurus pasukan, Thomas Tuchel turut memberikan pujian yang menggunung kepada bintang Perancis itu sejak dari awal beliau mengendalikan kelab.

Beliau turut memuji aksi hebat yang dipamerkan oleh Kante ketika membantu Chelsea mencatatkan keputusan yang baik dalam beberapa perlawanan terakhir liga.

“Dia pemain berkelas dunia.”

Jelas Thomas Tuchel.

“Jika kamu ada N’Golo, kamu sebenarnya sedang mempunyai sesuatu yang semua orang mahu.”

“Kamu ada segalanya yang kamu perlu di posisi midfield dengan work rate, instensiti, memenangi bola, handal mengawal permainan baik bersama bola atau pun tiada bola, menggelecek dan juga boleh menjaringkan gol.”

“Saya nampak semua ini setiap hari ketika sesi latihan dan sukar untuk nafikan betapa hebatnya dia.”

“Dia tidak perlu melakukan foul untuk memenangi bola. Dia bermain dengan sangat cemerlang di setiap posisi dan setiap kali menjalani sesi latihan. Dia pemain yang unik. Tidak ada kata lain yang diperlukan dari saya. N’Golo adalah N’Golo. Dia sungguh menakjubkan.”

Dek kerana tidak mahu melepaskan Kante secara percuma, maka Chelsea memutuskan untuk menjual pemain Perancis itu seandainya ada kelab berminat.

Dan seandainya The Blues benar-benar mahu melepaskan Kante, mereka seharusnya bersedia untuk mencari pemain pengganti, yang boleh mengisi kekosongan ditinggalkan oleh bekas bintang Leicester City itu.

Chelsea juga mempunyai pemain seperti Billy Gilmour yang ketika ini sedang dipinjamkan untuk beraksi bersama Norwich sebagai pemain pinjaman.

Ruben Loftus-Cheek juga sudah membuktikan yang beliau mampu beraksi cemerlang dalam saingan Premier League, ketika beraksi bersama Fulham sebagai pemain pinjaman pada musim lalu.

Menjual Kante juga boleh membantu Chelsea untuk mendapatkan dana tambahan dalam usaha mereka untuk mendapatkan pemain sasaran utama kelab sejak sekian lama, Declan Rice.

Ketika awal musim panas lalu, Chelsea dan West Ham dilaporkan sudah berunding berkait urusan perpindahan melibatkan Rice, namun rundingan tersebut gagal untuk dimuktamadkan.

Dengan baki masa yang masih banyak, Kante dijangka tiada masalah untuk membantu Chelsea memenangi lebih banyak kejayaan.

The Blues juga boleh memanfaatkan masa yang ada untuk memujuk Kante agar menandatangani kontrak baru agar mereka tidak terlepas khidmat dari pemain midfield terhebat dunia itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Puji Cara Man City Berbelanja, Guardiola Sifatkan City Akan Mati Jika Ikut Cara Chelsea