Chelsea Berusaha Sailang Richarlison Dari Sertai Tottenham Hotspur

Chelsea dilaporkan menggunakan taktik keji untuk mendapatkan Richarlison dengan mereka dikatakan cuba hijack pemain tersebut dari Tottenham Hotspur.

Bintang Brazil itu pada ketika ini semakin hampir pasti bakal menandatangani kontrak bersama Tottenham Hotspur, namun Chelsea dilaporkan cuba menggagalkan urusan perpindahan tersebut.

Menurut manusia paling jujur dalam dunia bola sepak, Fabrizio Romano, Tottenham Hotspur sudah berjaya menandatangani Richarlison dengan yuran perpindahan bernilai £50 juta hari ini.

Fasa pertama sudah selesai dengan kedua-dua kelab sudah menandatangani perjanjian melibatkan pemain tersebut.

Richarlison sendiri juga dilaporkan sudah bersetuju dengan semua syarat yang ditawarkan dan beliau bakal melakukan medical di Brazil sebelum melengkapkan perpindahan ke London.

Walau bagaimanapun, Chelsea dilaporkan cuba menyailang Richarlison dari menyertai Tottenham Hotspur dengan mereka berusaha membawa bintang Everton itu ke Stamford Bridge.

Melihat Tottenham Hotspur menawarkan £50 juta, Chelsea mencuba nasib dengan menawarkan £60 juta kepada Everton untuk mendapatkan bintang Brazil itu.

Ia merupakan taktik keji dari Chelsea yang cuba merampas pemain sasaran pasukan lawan ketika rundingan sudah masuk ke fasa akhir.

Usaha The Blues walau bagaimanapun nampak sia-sia kerana Richarlison kini sudah hampir pasti akan menyertai Tottenham Hotspur, dan hanya menunggu masa untuk diumumkan secara rasmi.

Chelsea sememangnya memerlukan pemain di posisi penyerang pada ketika ini selepas pemain paling gagal mereka, Romelu Lukaku bakal ke Inter Milan sebagai pemain pinjaman.

Romelu Lukaku akhirnya berjaya memenuhi kehendak beliau untuk kembali ke saingan Serie A dan beraksi bersama Inter Milan.

Pemain penyerang Chelsea itu akan memakai jersi bernombor 90 bersama Inter Milan pada musim hadapan dan hal itu telah mencetuskan perbualan hangat para peminat di media sosial.

Pemain penyerang berusia 29 tahun itu berjaya menjaringkan 15 gol dari 44 penampilan dari semua pertandingan untuk Chelsea sepanjang musim lalu.

Walau bagaimanapun, ramai pihak yang menganggap rekod tersebut bukanlah rekod yang baik untuk seseorang pemain yang ditandatangani dengan yuran perpindahan memecah rekod bernilai £97.5 juta.

Kepulangan semula beliau ke bumi Stamford Bridge sepertinya tidak berjalan dengan baik dan beliau turut dianggap sebagai penandatanganan yang gagal.

Pada musim ini, beliau telah dihantar semula ke Itali dengan Chelsea meminjamkan Lukaku kepada Inter Milan dengan perjanjian selama satu musim.

Beliau akan kembali ke kelab kesayangannya itu dalam tempoh beberapa hari lagi, dengan Inter Milan bersetuju untuk membayar yuran pinjaman bernilai £6.9 juta kepada The Blues.

Chelsea juga akan menerima £3.5 juta dari Inter Milan sebagai bonus tambahan andai Lukaku berjaya membantu gergasi Serie A itu untuk menjuarai saingan Scudetto.

Tidak lama selepas rundingan tersebut diumumkan secara rasmi, Inter Milan mengumumkan yang bintang Belgium itu akan memakai jersi bernombor 90 bersama kelab sepanjang musim baharu nanti.

“Romelu Lukaku kembali menjadi hitam dan biru.”

Tulis kenyataan dari laman rasmi kelab.

“Selepas tiba di Milan dan kembali ke HQ Inter untuk bertemu Presiden Steven Zhang, pemain penyerang Belgium itu bercakap kepada Inter TV sebelum mendedahkan nombor terbaru jersinya pada musim hadapan: 90.”

Memandangkan beliau gagal bersama Chelsea, ramai peminat yang percaya Lukaku akan kembali bersinar bersama Inter Milan.

Walau bagaimanapun, beliau selepas ini tidak lagi akan beraksi di bawah kendalian Antonio Conte, dan hal itu sedikit membimbangkan Inter Milan sendiri.

Lukaku diharapkan akan mampu mendapatkan tahap persembahan terbaiknya dan membuktikan yang beliau masih lagi antara pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak.

Sumber: Fabrizio Romano

BACA:  Mourinho Puji Persembahan Pemain United Walaupun Kecundang Di Pentas Final