Chelsea dan Inter Milan Lebih Padu Tanpa Lukaku

Pemain penyerang Chelsea, Romelu Lukaku yang terpalit dengan kontroversi tidak masuk akal lantaran kenyataan demi kenyataan bodo yang seakan mahu mencari gaduh untuk meninggalkan Chelsea.

Paolo Di Canio telah tampil membidas Romelu Lukaku yang disifatkannya sebagai angkuh dan lemah selepas wawancara kontroversi dengan Sky Italia.

Lukaku telah mempersoalkan taktikal Tuchel yang menurutnya telah menyusahkannya sehingga dia tidak mampu mendapatkan prestasi terbaiknya.

Selain itu Lukaku tanpa berlapik menyatakan bahawa cintanya kepada Inter Milan dan mahu kembali ke kelab tersebut suatu hari nanti.

Paolo Di Canio mengingatkan Lukaku bahawa Inter Milan dan Chelsea lebih kuat dan lebih baik tanpa beliau.

Di Canio menyatakan perkara tersebut sebelum aksi di antara Liverpool dan Chelsea.

Menurut Paolo Di Canio, Romelu Lukaku terperasan bahawa dia terlalu bagus dan menjadi sebab utama kenapa Inter Milan juara Scudetto musim lalu.

Paolo Di Canio berkata: “Inter tetap akan juara musim lalu dan Chelsea bermain lebih baik tanpa dia.”

“Ketika dia tiba di Inter pada dua tahun yang lalu, dia kerap hilang dalam perlawanan besar dan dia bukannya pemain yang berskil tinggi.”

“Temuramah ini menunjukkan betapa lemahnya atlet tersebut. Hanya selepas enam bulan, dia dah mulai berputus asa.”

“Mungkin kerana ketika dia tiba di kelab itu [Chelsea] dia tiba dengan keangkuhan daripada seseorang yang tidak sedar di mana tahap dirinya,” kata Di Canio dalam ulasan EPL beliau di Itali.

“Dia memenangi Scudetto [Serie A] di Itali sebagai protagonis bersama dengan rakan rakan sepasukannya yang lain. Dia bukannya Lionel Messi.”

“Tanpa dia pun, Inter masih boleh menang liga, sekiranya mereka ada pemain seperti Duvan Zapata ataupun mana mana pemain seperti itu di hadapan.”

“Dia adalah pemain yang menjalankan tugasannya di dalam pasukan.”

“Kemudian dia berpindah ke juara Eropah, di Liga Perdana Inggeris berdepan kelab kuat macam Manchester City dan Liverpool, itu antara perlawanan perlawanan besar yang dia akan hadapi.”

“Jika kamu tiba di Chelsea dan memikirkan yang kamu akan menjadi nombor 1, kamu silap besar.”

“Chelsea bermain lebih baik tanpa Lukaku. Dia pemain yang rapuh. Dia kelihatan ada karakter [yang kuat], tetapi selepas dia bercakap begitu, kenyataannya jelas menujukkan dia pemain yang rapuh.

Paolo Di Canio tidak hairan Tuchel menggugurkan nama Lukaku daripada skuad menentang Liverpool. Dan kini masa depan Lukaku menjadi tanda tanya selepas dia baru sahaja menyertai Chelsea musim ini dengan rekod perpindahan €115 juta.

Di Canio menambah: “Lukaku telah menjaringkan gol sendiri yang teruk di sini dengan membuat interview seperti ini yang membuatkan semua orang tak gembira, termasuk dia sendiri.”

“Macam saya selalu cakap, dia lebih kepada seekor kucing yang besar berbanding seekor harimau kumbang. Dia tidak pernah benar benar dahagakan sesuatu ataupun benar benar berusaha dalam situasi yang besar.”

“Rasanya Chelsea sedang menyesal dengan perpindahan Lukaku ini, terutama sekali ketika mereka tidak begitu memerlukan pemain ini.”

Romelu Lukaku telah menukar bio Facebook miliknya dan ia telah mengundang rasa marah para penyokong terhadapnya dengan meletakkan Inter Milan di Bio laman sosialnya.

Selepas tular isu panas melibatkan temu bual beliau bersama Sky Sports Italia baru-baru ini, Lukaku sepertinya tidak henti-henti menguji kesabaran penyokong Chelsea dari terus memaki hamunnya.

Ketika temu bual bersama Sky Italia itu, Lukaku mendedahkan yang beliau tidak gembira dengan situasinya di Stamford Bridge pada ketika ini.

BACA:  Conte Anggap Tuchel Tidak Pandai Menggunakan Kelebihan Lukaku