Chelsea Hampir Pasti Sailang Pemain Sasaran Liverpool Dan Arsenal

Pemain sasaran Liverpool dan Arsenal, Raphinha pada ketika ini sedang dalam persiapan akhirnya untuk menyertai Chelsea.

Menurut sumber laporan dari Liverpool Echo, Liverpool telah memantau perkembangan bintang Leeds United itu untuk ditandatangani sebagai pengganti Mo Salah.

Mo Salah berpotensi untuk meninggalkan Anfield pada jendela perpindahan musim panas ini dan kerana itu Raphinha diletakkan sebagai calon pengganti.

Laporan terbaru dari kem Liverpool mendedahkan yang pihak kelab sedang bersedia untuk melepaskan Salah pada musim panas ini.

Bintang Mesir itu akan dijual seandainya beliau masih berkeras tidak mahu menerima tawaran gaji yang ditawarkan oleh pihak kelab.

Walau bagaimanapun, ketika Liverpool masih sedang dalam pertimbangan, Chelsea terlebih dahulu tampil dan terus membeli pemain sasaran utama mereka itu.

Oleh yang demikian, seandainya Salah benar-benar pergi meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas ini, maka Liverpool tidak lagi boleh mengejar Raphinha yang kini semakin hampir pasti menjadi milik The Blues.

Walau bagaimanapun, Liverpool dikatakan telah menamakan Jarrod Bowen dan Ousmane Dembele sebagai pengganti kepada Mo Salah andai bintang Mesir itu meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Bowen merupakan pemain yang mempunyai corak permainan yang hampir sama seperti Mohamed Salah.

Beliau juga merupakan pemain berkaki kiri yang bermain di sebelah kanan dan turut mempunyai kualiti untuk menjaringkan gol yang banyak.

Bersama West Ham, beliau memainkan peranan yang sama seperti peranan Mo Salah bersama Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Dembele sementara itu dianggap sebagai pemain yang lebih kreatif namun beliau tidak begitu tajam di depan gol berbanding Salah dan Bowen.

Walau bagaimanapun juga, Jurgen Klopp sendiri sebenarnya sudah lama meminati beliau dan tentunya beliau akan sanggup mengubah sistemnya andai berkesempatan untuk mendapatkan bekas bintang Borussia Dortmund itu.

Raphinha merupakan seorang lagi pemain yang sebenarnya sangat sesuai dengan sistem Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Beliau tidak henti-henti melakukan pressing dan mampu menambah kualiti yang dasyat untuk jentera serangan Liverpool.

Para penyokong Arsenal benar-benar kecewa kerana mereka gagal untuk mendapatkan Raphinha, apa lagi melihat bintang Brazil itu memilih untuk ke Chelsea.

Baru-baru ini, The Gunners dianggap sebagai calon kegemaran yang akan mampu menandatangani Raphinha dari Leeds United.

Walau bagaimanapun, Chelsea yang terlebih dahulu bersedia untuk bertemu ejen pemain tersebut, dan melakukan rundingan serious untuk memastikan urusan perpindahan berlaku.

Siapa pemain yang mahu Arsenal tandatangani sebagai pengganti masih tidak jelas pada ketika ini, kerana mereka hanya dikaitkan dengan bintang Leeds United itu sahaja.

Liverpool sementara itu masih lagi dalam usaha mereka untuk memujuk Mohamed Salah, agar terus kekal bersama kelab.

Walau bagaimanapun, pimpinan kelab tetap menegaskan yang mereka tidak akan merosakkan struktur gaji hanya kerana mahu memuaskan hati bintang Mesir itu seorang sahaja.

Kerana itulah pihak kelab masih sedang berunding bersama Mo Salah dan berharap agar bekas bintang Roma itu akan bersetuju dan menerima tawaran kelab.

Dan seandainya Mohamed Salah tetap berkeras, maka pihak kelab tiada pilihan lain selain dari menjual beliau pada jendela perpindahan musim panas ini.

Hal itu kerana pihak kelab tidak akan sanggup melepaskan beliau sebagai pemain bebas ejen, dan akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu hasil penjualan bintang Mesir itu.

Sama seperti apa mereka lakukan kepada Sadio Mane, The Reds seboleh-bolehya tidak mahu kehilangan pemain utama mereka tanpa mereka mendapatkan apa-apa.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Gol Persis Thierry Henry Daripada Martinelli Bawa Arsenal Kembali ke Top 4