Chelsea Intai Peluang Untuk ‘Sailang’ De Jong Dari Sertai Man Utd

Chelsea dilaporkan bersedia untuk sailang Frenkie de Jong dari melengkapkan perpindahan menyertai Manchester United pada jendela perpindahan musim panas ini.

The Blues hanya menunggu Man Utd gagal dan mereka sepertinya bakal segera masuk melakukan rundingan untuk mendapatkan bintang Belanda itu.

Manchester United pada ketika ini masih berunding dengan Barcelona berkait perpindahan De Jong dengan kedua-dua pasukan bersetuju dengan yuran perpindahan bernilai £56 juta.

Terma dan syarat juga turut dipersetujui oleh kedua-dua pihak, dengan mereka kini hanya menunggu lampu hijau dari De Jong sahaja untuk memastikan perpindahan itu boleh dilengkapkan.

De Jong sebelum ini menegaskan yang beliau tidak mahu meninggalkan Nou Camp dan akan mahu kekal bersama gergasi Catalan itu.

Walau bagaimanapun, beliau ketika ini sudah mendedahkan yang beliau terbuka untuk berpindah menyertai pasukan lain pada jendela perpindahan musim panas ini.

Manchester United mengakhiri saingan Premier League di kedudukan keenam pada musim lalu, dengan mereka turut gagal mendapatkan tempat ke saingan Champions League.

Pemain berusia 25 tahun itu pula sebenarnya lebih memilih untuk terus beraksi dalam saingan Champions League dan kerana itulah beliau masih belum bersetuju untuk sertai Man Utd.

The Guardian melaporkan yang Chelsea pada ketika ini sedang memantau perkembangan De Jong dan hanya menunggu masa untuk menyambar bintang Belanda itu.

Skuad kendalian Thomas Tuchel itu masih belum melengkapkan sebarang penandatanganan pada jendela perpindahan musim panas ini di bawah pengurusan pemilik baru, Todd Boehly.

The Blues pada ketika ini sedang dalam usaha mereka mahu mendapatkan pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling dan pemain pertahanan Juventus, Matthijs de Ligt.

Chelsea sebenarnya sudah mula berminat mahu mendapatkan khidmat De Jong pada tahun 2019 lagi dengan bintang Belanda itu masih bersama Ajax pada ketika itu.

Thomas Tuchel juga turut dilaporkan sangat berminat mahu mendapatkan khidmat pemain midfield itu.

Masih belum pasti sama ada Chelsea akan berjaya atau tidak untuk mendapatkan khidmat De Jong pada musim panas ini.

Jelas sekali mereka bakal mampu menjimatkan dana perpindahan kelab dengan membeli De Jong berbanding mengejar Declan Rice dari West Ham United.

Konteak pemain utama Chelsea, Jorginho dan N’Golo Kante bakal tamat pada musim panas akan datang, sementara Saul Niguez pula bakal kembali ke Atletico Madrid selepas perjanjian pinjaman beliau tamat musim lalu.

Conor Gallagher yang telah mempamerkan aksi persembahan sungguh luar biasa menakjubkan bersama Crystal Palace juga dilaporkan akan kembali ke Stamford Bridge pada musim baharu ini.

Chelsea juga sepertinya dalam usaha mereka untuk memantapkan barisan pertahanan, selepas Antonio Rudiger dan Andreas Christensen memilih untuk meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Manchester United sementara itu baru sahaja mengumumkan pembelian Tyrell Malacia dari Feyenoord dengan pemain left-back itu menjadi pemain pertama yang dibeli oleh Ten Hag.

Pemain berusia 22 tahun itu pada awalnya dikatakan bakal menyertai Lyon dengan beliau turut sudah bersetuju dengan segala terma untuk sertai gergasi Ligue 1 itu.

Manchester United walau bagaimanapun, tampil menghantar bidaan pada awal minggu ini dengan bidaan dari setan merah itu berjaya menarik minat Feyenoord dan Tyrell Malacia sendiri.

Malacia bakal melakukan medical pada hujung minggu ini dan beliau bakal diumumkan secara rasmi sebagai pemain Manchester United selepas itu.

Man Utd selepas ini akan mengalihkan perhatian mereka untuk mendapatkan pemain pertahanan Ajax, Lisandro Martinez dan menurut sumber laporan The Athletic, setan merah merupakan pendahulu dalam perebutan untuk mendapatkan pemain pertahanan itu.

Erik Ten Hag sebelum ini pernah membeli bintang Argentina itu pada tahun 2019 yang lalu, dengan Martinez kini sangat berhasrat mahu kembali beraksi bersama bekas pengurusnya itu.

Christian Eriksen juga masih kekal menjadi pemain sasaran Manchester United, dengan pemain midfield itu pada ketika ini masih berstatus pemain bebas ejen.

Bintang Denmark itu walau bagaimanapun masih tidak bersetuju untuk sertai Man Utd, dengan beliau lebih memilih mahu kekal bersama Brentford atau menyertai Tottenham Hotspur.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Fabrizio Romano Dedah De Jong Berkeras Tak Mahu Ke Old Trafford