Chelsea Lembik Dan Tak Tak Melawan, Kata Pochettino

Mauricio Pochettino melabel pasukan Chelsea sebagai lembik atau soft punca mereka menjadi tempat pemuas nafsu oleh Arsenal.

Skuad Chelsea kali ini turun tanpa Cole Palmer. Di mana sebelum perlawanan Pochettino beriya yakin pasukan mereka bukan Cole Palmer FC. Menganggap ketiadaan pemain itu peluang mereka untuk membuktikan bahawa: ‘Ini adalah Chelsea FC bukannya Cole Palmer FC’.

Jelas sekali Chelsea ketika ini adalah Cole Palmer FC. Tanpa pemain itu rekod tanpa kalah dalam 8 perlawanan terakhir mereka dalam EPL lebur dengan memalukan.

Arsenal mencetak 1 gol pada separuh masa pertama menerusi Trossard. Dan 4 lagi separuh masa kedua, masing masing menerusi Kai Havertz dan Ben White yang menjaringkan 2 gol setiap seorang.

Pochettino berkata: “Tak susah pun nak jelaskan kenapa kami kalah. Semua orang nampak kami tak dapat bersaing dengan Arsenal sejak minit pertama lagi.

“Selepas kami bolos, kami menjadi pasukan yang lembik. Saya kecewa dengan cara kami memulakan perlawanan, kerana kami sepatutnya ada tenaga yang penuh untuk bersaing dengan lawan kami dengan lebih baik.

“Kami tak agresif, dan tidak menumpukan perhatian kami kepada situasi yang mudah untuk mencari solusi. Sebab tu saya benar benar kecewa hari ini.

“Kami bermain dan memberikan tentangan yang sangat baik ketika menentang Man City dan ianya aksi yang hebat. Tetapi 3 hari kemudian kami terus gagal melawan. Kami berputus asa, dan mungkin sebab kami tak cukup segar.

“Ini bukan masalah pemain yang tidak dapat bermain [seperti Cole Palmer]. Sebabnya, dari awal musim lagi kami sering kehilangan ramai pemain setiap minggu. Pasukan kami menunjukkan bahawa kami kurang kemampuan untuk melawan, itulah masalahnya.”

Kemenangan 5-0 ini sangat penting buat Arsenal. Yang seringkali dibayangi seteru mereka itu sejak era Roman Abramovich. Arsenal kini semakin hampir untuk menjuarai EPL musim ini.

Kemenangan ke atas Chelsea ini menjadi motivasi berharga buat Arsenal terutama sekali Kai Havertz yang menunjukkan bahawa Chelsea silap melepaskannya ke Arsenal.

Kai Havertz sempat meraikan gol beliau dengan girang gembira berdepan kelab yang dia pernah wakili dan menang UCL bersama mereka.

Baca Juga

Baca Juga