Chelsea dilaporkan sangat berminat untuk menandatangani bintang Manchester City, Gabriel Jesus pada jendela perpindahan musim panas ini nanti.
Pemain kebangsaan Brazil itu pada ketika ini sedang dalam usahanya mahu meninggalkan Etihad selepas skuad kendalian Pep Guardiola itu mengumumkan berita tentang penandatanganan Erling Haaland.
Menurut sumber laporan dari media Sepanyol, AS, Chelsea dilaporkan telah menyertai kedua-dua Tottenham Hotspur dan Arsenal dalam perebutan untuk mendapatkan khidmat Gabriel Jesus.
Chelsea prepare Gabriel Jesus transfer bid as they rival Arsenal and Real Madrid #ChelseaFC https://t.co/r1aNdMLtgV
— The Sun – Chelsea (@SunChelsea) June 7, 2022
Laporan sama turut menyatakan yang minat Chelsea untuk mendapatkan Jesus sedikit tergendala selepas ada urusan berkait penukaran hak milik kelab.
The Blues kini secara rasminya telah menjadi milik Todd Boehly dan konsortiumnya dan Chelsea kini sepertinya sudah bersedia untuk masuk ke pasaran pemain.
Jesus sendiri telah diberitahu yang pihak kelab sudah menerima tawaran dari pemilik Chelsea yang baru, yang sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya musim panas ini.
Walau bagaimanapun, kelewatan Chelsea melakukan bidaan sepertinya akan sedikit mengganggu urusan mereka memandangkan Arsenal terlebih dahulu sudah memulakan langkah untuk mendapatkan Jesus.
Arsenal sendiri sebenarnya sudah lama berminat mahu mendapatkan Jesus, namun mereka mendapat tentangan dari musuh sebandar mereka, Tottenham Hotspur.
Gabriel Jesus Ah Bodu Demand Eh, Reyhah Chelsea Adhi Real Madrid In Ves Araifi https://t.co/ej53xQn3w0
— Vaguthu Online (@VaguthuOnline) June 8, 2022
Skuad kendalian Antonio Conte itu dilihat lebih berpotensi untuk mendapatkan Jesus berbanding Arsenal kerana mereka layak untuk beraksi di pentas saingan Champions League.
Tambahan pula, Jesus juga sebenarnya turut ditawarkan kepada Real Madrid, namun hal itu sepertinya agak sukar untuk berlaku kerana ada masalah berkait urusan pendaftaran.
Seandainya Los Blancos bersedia mahu menandatangani Jesus, mereka tidak boleh memiliki lebih dari tiga pemain dari negara bukan EU, dengan mereka kini sudah memiliki pemain seperti Vinicius Jr, Rodrygo dan Eder Militao.
Kontrak Jesus bersama Man City akan tamat pada 2023 nanti dan jelas sekali The Citizens akan melepaskan beliau dengan harga yang lebih rendah pada musim panas ini.
Rakan sepasukannya, Raheem Sterling sebenarnya turut ditawarkan kepada Chelsea pada jendela perpindahan musim panas ini dek kerana kontraknya bersama kelab akan tamat musim panas akan datang.
Chelsea have already informed Gabriel Jesus that there will be a formal proposal.
{AS} pic.twitter.com/ntMevqSWD7
— Vince™ (@Blue_Footy) June 7, 2022
Manchester City Tawarkan Raheem Sterling Kepada Chelsea
Manchester City telah menawarkan pemain sayap mereka, Raheem Sterling kepada Chelsea pada jendela perpindahan musim panas ini.
Kontrak bintang England yang kini berusia 27 tahun itu bersama Manchester City akan tamat musim panas hadapan dan beliau berpotensi untuk meninggalkan Etihad musim panas ini.
Menurut laporan media Sepanyol, AS, Manchester City telah menawarkan Raheem Sterling kepada beberapa kelab termasuk Chelsea.
🚨 Raheem Sterling is now considering staying at Manchester City for one more season and leaving when his contract runs out.
He knows he will have the pick of the clubs next summer as a free agent.
(Source: Daily Mirror) pic.twitter.com/6I2KhB72QT
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 5, 2022
Laporan sama turut mendedahkan yang Raheem Sterling sememangnya mahu meninggalkan kelab dan Manchester City sendiri turut tiada masalah untuk melepaskan bekas bintang Liverpool itu.
Skuad kendalian Pep Guardiola itu berharap agar mereka akan mampu memperoleh dana tambahan hasil penjualan Sterling pada musim panas ini.
Laporan sama turut mendedahkan yang The Citizens sanggup melepaskan Raheem Sterling dengan nilai pasaran yang jauh lebih rendah berbanding harga asalnya.
Chelsea dikatakan sanggup mengeluarkan dana tambahan untuk mendapatkan Raheem Sterling memandangkan mereka juga sememangnya dalam usaha mencari pemain penyerang.
Sterling tidak dinafikan sememangnya antara pemain terbaik Man City musim ini dengan beliau berjaya menjaringkan 17 gol dan mencatatkan 9 assists dari 47 penampilan.
Raheem Sterling has reportedly been offered to Chelsea this summer…https://t.co/lRUhfRyLYk pic.twitter.com/fOiCGCENV4
— Simon Phillips (@siphillipssport) June 7, 2022
Sehingga kini masih tidak jelas lagi berapa nilai yang mampu Chelsea bayar untuk mendapatkan khidmat Raheem Sterling dari Man City.
Namun begitu, melihat kepada situasi kontrak beliau bersama Man City akan tamat pada musim panas akan datang, sepertinya Chelsea tidak perlu mengeluarkan dana yang besar untuk dapatkan bintang England itu.
The Blues mempunyai beberapa pemain pilihan di posisi serangan seperti Hakim Ziyech, Romelu Lukaku, Kai Havertz, Mason Mount, Timo Werner, Christian Pulisic dan Callum Hudson-Odoi.
Sepertinya Chelsea juga akan melepaskan beberapa pemain tersebut dan tentunya mereka akan berusaha untuk menyediakan tempat untuk Raheem Sterling.
Lukaku antara pemain yang paling berpotensi akan meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas ini, dan jelas sekali masa depan beliau bergantung kepada status Marina Granovskaia.
Skuad kendalian Thomas Tuchel itu pada ketika ini sudah diambil alih oleh pemilik baru, Todd Boehly dan jelas sekali pemilik baru akan membenarkan pengurus dari Jerman itu untuk meneruskan tugasnya mengikut perancangan beliau sendiri.
Raheem Sterling set to be back in the England side tonight.
Between the blank drawn in Hungary and that Euro 2020 goal compilation that did the rounds again yesterday, we've had a couple of timely reminders just how crucial he is. https://t.co/MT7TyjL8Qi
— Malik Ouzia (@MalikOuzia_) June 7, 2022
Pemilik baharu Chelsea dilaporkan bersedia mengeluarkan dana bernilai £200 juta dan dengan nilai itu jugalah Thomas Tuchel akan gunakan untuk mendapatkan Raheem Sterling.
Barcelona dan Real Madrid juga dilaporkan turut berminat mahu mendapatkan Raheem Sterling dari Man City, namun sepertinya Chelsea yang lebih berpotensi untuk mendapatkan bintang England itu.
Pemain berusia 27 tahun itu dilahirkan di ibu kota England dan beliau pernah menghabiskan karier awalnya bersama Queens Park Rangers.
Raheem Sterling is 'considering' running his Man City contract down to leave on a free next year instead of joining Tottenham or Arsenal this summer https://t.co/bFhNxtKBGM
— MailOnline Sport (@MailSport) June 5, 2022
Chelsea pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk bersaing dengan Man City dan Liverpool di puncak saingan Premier League.
Penambahan pemain seperti Raheem Sterling jelas sekali akan membantu jentera serangan Chelsea dan tentunya Thomas Tuchel akan lebih gembira dengan kekuatan skuadnya.
Chelsea musim ini berada di kedudukan ketiga dalam carta saingan Premier League dan mereka juga turut berjaya layak ke dua aksi perlawanan akhir.
The Blues tewas di tangan Liverpool dalam aksi perlawanan akhir FA Cup dan Carabao Cup dengan anak-anak buah Thomas Tuchel itu berjaya heret Liverpool ke aksi penentuan sepakan penalti.
Multiple sources have indicated, over the last 2 hours, that Chelsea are looking to sign Gabriel Jesus. pic.twitter.com/1U6jKxXm1o
— mcfc lads (@mcfc_lads) June 7, 2022
Dalam saingan Champions League pula, Chelsea hanya mampu layak hingga ke peringkat suku akhir sahaja sebelum mereka disingkirkan oleh Real Madrid.
Jelas sekali Thomas Tuchel akan memastikan anak-anak buahnya mampu mencatatkan sesuatu yang lebih baik musim hadapan.
Sumber: SPORTbible