Chelsea Menang Nasib Ke Atas Man United Selepas Mendapat 2 Penalti Untuk Hatrik

Manchester United berkunjung ke Chelsea dalam usaha mereka kembali ke landasan kemenangan. United sebelum ini berjaya membuktikan bahawa mereka pasukan terbaik di dunia dengan menewaskan Liverpool pada siangan Piala FA beberapa minggu lalu.

Di Stamford Bridge, Chelsea mendahului menerusi gol nasib oleh Connor Gallagher pada minit ke-4. Gol itu terhasil hasil daripada kerja keras Gusto yang mencipta peluang untuk rakannya. Onana tidak berdaya untuk menyelamatkan bola itu.

Manchester United cuba bangkit dan mencipta beberapa peluang gol, namun tiada yang benar benar bahaya. Akhirnya Chelsea dua gol di hadapan. Ini selepas Chelsea terus menjadi pasukan kesayangan pengadil apabila diberikan satu lagi penalti.

Chelsea menjadi pasukan paling banyak mendapat penalti musim ini berbanding 19 pasukan EPL yang lain. Dan seperti biasa, Cole Palmer dengan mudah menyumbat masuk bola tersebut dari jarak yang mudah.

Cole Palmer kini menjadi pemain pertama menjaringkan 7 penalti dalam semusim untuk Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris.

Pada minit ke-29, Mykhailo Mudryk mencuba nasib mahu menewaskan penjaga gol terbaik UCL musim lalu, Andre Onana. Namun percubaannya gagal untuk menemui jaring.

Pada minit ke-34, Alejandro Garnacho menghukum kesilapan pertahanan Chelsea menerusi gol yang cantik dari situasi 1 lawan 1.

Pada minit ke-38, Andre Onana melakukan save berkelas dunia menafikan percubaan Enzo Fernandez.

Dan tidak lama kemudian, Captain Marvel, Bruno Fernandes berjaya menyamakan kedudukan untuk Manchester United. Separuh masa pertama berakhir dengan 2-2.

Pada separuh masa kedua aksi kedua dua pasukan lebih terbuka. Dengan Bruno Fernandes hampir menjaringkan gol lagi.

Pada minit ke-59, Cole Palmer cuba menguji Andre Onana, namun penjaga gol itu melakukan tepisan yang keras dan cantik.

Namun begitu, Manchester United akhirnya di hadapan buat pertama kali dalam perlawanan ini menerusi gol Garnacho minit ke-69.

Ianya hasil hantaran sangat cantik Antony dengan teknik trivella. Mauricio Pochettino sendiri terkedu melihat gol yang diolah secantik itu.

Antony akhirnya mencetak assist pertama dalam EPL musim ini.

Peminat Chelsea kemudian menyambut kepulangan Mason Mount. Namun mereka menyambutnya dengan bunyi ejekan dan boo setiap kali dia menyentuh bola.

Chelsea terus buntu dalam usaha mereka mencari gol penyamaan. Pegawai keempat perlawanan memberikan 8 minit masa kecederaan.

Pada masa kecederaan ketujuh, Diogo Dalot menjatuhkan Madueke di dalam kotak penalti. VAR digunakan untuk menyemak sama ada ianya penalti atau tak.

Seperti biasa, kelab terbanyak mendapat penalti dalam EPL musim ini, Chelsea terus mendapat penalti lagi.

Cole Palmer sekali lagi mengambil penalti dan masuk. Cole Palmer sekali lagi membuktikan bahawa dia adalah pakar sepakan penalti yang sebenar.

Man United terlepas 3 mata pada minit terakhir masa kecederaan buat kali kedua berturut turut dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Sebelum ini, Manchester United diikat Brentford juga pada minit akhir masa kecederaan.

Pada minit ke-101, Cole Palmer akhirnya mencetak hatrik dalam perlawanan ini. Selepas Chelsea mempersiakan serangan balas yang cantik sebelum itu.

Baca Juga

Baca Juga