Chelsea Nyatakan Pendirian Rasmi Berdiri Teguh Dengan Komuniti Yahudi

Chelsea telah menyatakan pendirian rasmi kelab mengenai isu Isreal-Palestin bahawa kelab tetap berdiri teguh dengan seluruh komuniti Yahudi yang ada di muka bumi ini.

Kenyataan yang sangat berani Chelsea ini hanya dikeluarkan melalui laman Twtitter rasmi mereka dengan poster yang berbunyi ‘Say no to Antisemitism’ jika dibaca dengan kuat.

Chelsea FC berdiri bersama komuniti Yahudi Inggeris, dan komuniti Yahudi di seluruh dunia, dalam menghadapi peningkatan antisemitisme.

Kebencian dan intimidasi ini terhadap masyarakat Yahudi tidak dapat diterima dan mesti dihentikan.

————

Chelsea FC stands with the UK’s Jewish community, and Jewish communities across the world, in the face of rising antisemitism.

This hatred and intimidation towards the Jewish community is unacceptable and must stop.

Menurut Wikipedia Antisemitisme bermaksud:

Antisemitisme (juga dieja anti-Semitisme, anti semetik, anti semitik) merupakan suatu sikap permusuhan atau prasangka terhadap kaum Yahudi dalam bentuk-bentuk penganiayaan/penyeksaan terhadap agama, etnik, mahupun kelompok ras, mulai daripada kebencian terhadap individu sehingga lembaga. Ia termasuklah anti Yahudi, anti Israel dan anti Zionis. Dari segi sejarah, orang Arab juga Semetik kerana menggunakan bahasa Semetik purba.

Sesiapa bercakap mengenai soal Yahudi, bangsa mereka, mengenai holocaust atau berkias mengenainya – akan dicap sebagai anti-semitik atau anti-Yahudi.

Penduduk muka bumi ini menentang kekejaman dan penindasan Israel ke atas Palestin, mereka bencikan perbuatan jahat yang dilakukan oleh Israel namun tetap digelar anti-semitik.

Tiada manusia di atas muka bumi ini yang menyukai perbuatan jahat, penindasan dan kekejam, malah semua pelaku tidak kira agama, bangsa dan negara akan dibenci dan dikecam.

Malah Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilabel sebagai tokoh anti-semitik kerana konsisten mengutuk dan membidas kekejaman Israel secara konsisten sejak berpuluh tahun yang lalu.

Ramai peminat Chelsea yang nyata kecewa dengan pendirian Chelsea ini dan mahukan mereka membuat kempen solidari untuk rakyat Palestin seperti mana kempen antisemitism ini.

“Kau berdiri dengan komuniti Yahudi sebab mereka “dibenci” walaupun tidak. Orang Palestin pula telah dibom di Gaza.”

“Orang yang menyokong Palestin bukan anti-semitik, mereka berbicara dari prespektik Palestin dan tidak bersetuju dengan polisi Israel.”

Rata-rata kecewa dengan pendirian Chelsea ini kerana mereka bersama Palestin atas dasar kemanusian dan tidak bersetuju dengan tindakan Israel. Mereka bukanlah anti-semitik.

Abramovich Penyumbang Dana Kepada Organisasi Zionis

Kekalahan Chelsea dalam Piala FA baru baru ini diraikan oleh media yang berpangkalan di Arab iaitu Middle East Eyes.

Di mana mereka menyatakan bahawa keraian Hamza Choudhury dan Wesley Fofana sangat tepat pada tempat dan waktunya. Leicester mengalahkan Chelsea dalam aksi final.

Kedua dua pemain memberikan solidariti kepada Palestine yang berterusan diserang Israel dalam konflik terbaru.

Ramai pihak mengecam keganasan Israel dan memberikan sokongan kepada Palestine.

Chelsea merupakan pasukan yang dimiliki oleh Roman Abramovich yang memiliki kekayaan sekitar $12bn-$13 billion.

Middle East Eyes melaporkan bahawa pemilik Chelsea, Roman Abramovich merupakan penyumbang dana terbesar kepada ELAD.

ELAD merupakan pertubuhan di bawah Zionis yang membantu Israel dalam menguatkan pengaruhnya di Palestine terutama sekali di Jerusalem.

Roman Abramovich merupakan billionaire nombor 1 yang menyokong gerakan anti semitisme. Di mana sebelum ini dia pernah memaksa Maurizio Sarri menurunkan bintang utama Chelsea dalam perlawanan amal bagi mengutip dana untuk membantu organisasi Yahudi.

Sarri mengkritik perlawanan persahabatan itu yang berlangsung sebelum final UEL. Dan ianya menjadi salah satu punca Sarri kemudian tidak sehaluan dengan Abramovich.

Roman Abramovich membiayai sepenuhnya kempen tersebut pada masa itu.

Dana kepada ELAD

Lebih teruk lagi, koresponden Middle East Eye mendedahkan bahawa Roman Abramovich menderma lebih $100 juta kepada puak sayap kanan Isreale iaitu ELAD.

ELAD sudah berdekad lamanya menjadi dalang yang mengetuai pengusiran rakyat Palestin dari tanah mereka sendiri di Jerusalem dan berterusan membuka pertempatan baharu warga Israel.

Dalam satu dokumen 22,000 muka surat, terdapat laporan dana yang diterima ELAD dari tahun 2000 sehingga 2017 dibocorkan. Kerana dokumen itu merupakan laporan kewangan yang dilaporkan kepada sebuah lagi organisasi yang menyokong ELAD di AS.

Tujuan utama ELAD adalah untuk memperkasakan kebudayaan dan pengaruh Israel di beberapa kawasan di Palestin terutama sekali Jerusalem. Mereka mahu menjadikan Jerusalem tempat yang akan menyimpan sejarah dan kebudayaan mereka dan secara tak langsung mengurangkan pengaruh Palestine di sana.

Operasi ‘brainwashed’ ini sudah bermula dari 1967 lagi di bawah ELAD. Mereka mengusir penduduk Palestine dari Silvwan. Seramai 55,000 orang Palestine hilang tempat tinggal dan rumah mereka, lalu mencari pertempatan baharu.

Kini ELAD sedang berusaha membantu zionis membentuk kawasan mewah yang akan menempatkan orang Israel yang kaya raya. Menurut laporan Haaretz, Abramovich sudah membeli beberapa hartanah di Palestin yang tanpa segan silu diklaim sebagai tanah Israel.

Tempat yang diberikan nama City of David National Park, dibiayai sepenuhnya oleh ELAD. Mereka mengawal kawasan tersebut dan tidak membenarkan rakyat Palestin yang tinggal berdekatan untuk membesarkan lagi rumah dan pertempatan mereka. Ramai yang menunggu masa untuk diusir.

Terdapat lebih 4,000 rakyat Palestine yang tinggal di Wadi Hilweh berdekatan dengan kawasan tersebut. Mereka dikawal secara sistematik dan paksaan.

Pada Mei 2018, Haretz melaporkan yang pemilik Chelsea, Roman Abramovich membuang kerakyatan Rusianya dan menjadi warganegara Israel. Israel tidak membenarkan dwikewarganegaraan.

Roman Abramovic berkepercayaan Yahudi dan memiliki pasport Israel. Namun ia belum cukup melayakkan beliau menjadi warganegara Israel secara automatik.

Dia melalui beberapa sesi ujian dan saringan serta temuduga di pejabat kedutaan Israel di Moscow untuk permohonan kerakyatan itu.

Konflik antara Britain dan Rusia kerana ada cubaan membunuh ‘double agent’, Sergei Skripal di Salisbury. Jadi, rakyat Rusia hanya dibenarkan dalam tempoh yang singkat untuk tinggal di UK.

Itu bukan pilihan yang bagus kerana Abramovich ada pejabat dan juga kelab bola sepak di sana.

BACA:  Peminat Terhibur Lihat Gambar Tersembunyi Lukaku Dalam Poster Ucapan Tahun Baru Chelsea