Chelsea berjaya membina keuntungan ke atas angin ke atas pemain mereka, Mario Pasalic kepada Atalanta.
Pemain midfield Croatia itu telah dijual dengan harga €15 juta setelah dibeli oleh Chelsea enam tahun lalu dengan tidak menggunakan khidmat pemain itu walaupun sekali.
Pasalic telah ditandatangani oleh Chelsea pada tahun 2014 dari Hajduk Split dengan nilai perpindahan £3 juta. Selepas menandatangani pemain tersebut The blues telah meminjamkan beliau untuk beraksi bersama beberapa pasukan.
Done Deal! Atalanta have exercised the €15M purchase option to buy Mario Pasalic from Chelsea. [@NicoSchira] pic.twitter.com/O70BbiHCPk
— Che ©️ News ®️ (@CFCNewsReport) June 4, 2020
Awalnya Pasalic dipinjamkan ke Elche dan bermain dalam saingan La Liga. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke Monaco, AC Milan dan Spartak Moscow sebelum dipinjamkan ke Atalanta.
Pemain berusia 25 tahun itu telah mempamerkan aksi cukup hebat ketika bersama Atalanta dan beliau sepertinya sudah berada pada tahap terbaiknya di sana.
Selepas mengharungi dua musim bersama Atalanta, Pasalic berjaya menarik minat mereka untuk membelinya secara tetap dari Chelsea.
Atalanta sport director Giovanni Sartori just confirmed to @SkySport: “We’re going to buy Mario Pasalic on a permanent deal from Chelsea. We want to use the buy option”. €15M to Chelsea soon. #CFC 🔵 https://t.co/iiNQ3NBdlr
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 11, 2020
Done Deal! Atalanta have exercised the €15M purchase option to buy Mario Pasalic from Chelsea. PERMANENT❤ [@NicoSchira] pic.twitter.com/mIoVQ2nmjO
— NL®🇬🇭🇪🇸 (@NewtonLartey) June 11, 2020
Ia satu hal yang biasa dilakukan oleh Chelsea, the blues sangat terkenal dengan kebolehan mereka mencari bakat muda yang berpotensi dan menandatangani pemain tersebut dengan nilai yang murah lalu meminjamkan pemain tersebut ke mana-mana pasukan terlebih dahulu.
Setelah melihat pemain tersebut mempunya kebolehan dan masa depan yang agak baik, kebiasaannya Chelsea akan menjual pemain tersebut dengan nilai yang tinggi dan memperoleh keuntungan berlipat kali ganda dari pemain tersebut.
Pemain midfield itu telah membuat 32 penampilan dalam semua pertandingan untuk Atalanta musim ini dan telah menjaringkan tujuh gol sepanjang tempoh tersebut.
Beliau juga telah menjadi salah seorang pemain penting dalam kebangkitan Atalanta untuk saingan Liga mahupun saingan Liga Juara-juara.
Chelsea to receive £13m from selling Mario Pasalic https://t.co/yTQ3TouGq6
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) June 13, 2020
Atalanta musim ini berjaya mara ke peringkat suku akhir saingan Liga Juara-juara selepas menewaskan Valencia 8-4 secara agregat di pusingan 16 yang lalu sebelum kesemua saingan bola sepak digantung.
Chelsea mendapat keuntungan mudah dengan menjual Pasalic kepada Atalanta dan mereka kini dalam usaha untuk menambah baik kualiti pemain pasukan dengan berbelanja besar pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Chelsea sudah menandatangani Hakim Ziyech dan kini mereka sedang dalam perundingan untuk menandatangani Kai Havertz dan yang paling hampir untuk sertai The Blues pada jendela perpindahan musim panas ini adalah Timo Werner.