Chelsea Tidak Dapat Terima Kenyataan Selepas Hazard Gagal Tersenarai Dalam Pasukan Terbaik

Kelab Bola Sepak Chelsea bagaikan tidak dapat menerima kenyataan selepas mengetahui pemain bintang mereka, Eden Hazard gagal mendapat tempat dalam Pasukan Terbaik Tahunan PFA Liga Perdana Inggeris bagi musim 2018/2019.

Dalam senarai yang dikeluarkan oleh PFA semalam, tiada kelibat Hazard kelihatan dalam pasukan tersebut walaupun Hazard melalui musim yang agak cemerlang.

Chelsea tidak berpuas hati kerana Hazard tidak tersenarai. Patut ke tak patut ?

Berikut adalah artikel panjang lebar yang dikeluarkan oleh Chelsea sebagai reaksi apabila mengetahui Hazard tidak tersenarai dalam pasukan terbaik PFA.

“Eden Hazard telah disenaraikan dalam senarai pendek 6 pemain untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA yang akan diumumkan pada hujung minggu ini.”

“Walau bagaimanapun, nama beliau tidak tersenarai dalam Pasukan Terbaik Tahunan PFA Liga Perdana Inggeris yang baru sahaja diumumkan semalam.”

“Pemain No.10 kami melalui musim yang cemerlang dengan pelbagai detik yang menakjubkan dan kegagalan beliau untuk berada dalam pasukan terbaik dianggap satu keputusan yang mengejutkan.”

“Sudah tentu statistik Hazard musim ini bukan menjadi penghalang kepada beliau ketika undian sedang dijalankan.”

“Hazard sedang melalui kempen Liga Perdana Inggeris terbaik beliau jika diikutkan kepada jaringan gol dan jumlah assists. Dan jika ia dikira sekali, Hazard merupakan pemain paling tinggi kalau dibandingkan dengan pemain-pemain lain dalam kalangan 20 kelab.”

“Satu lagi gol dari Hazard dalam baki 3 perlawanan dan beliau akan melepasi rekod jaringan 16 gol yang dicatatkannya pada musim 2017/2017.”

“13 assists beliau pada musim ini sudah dua kali ganda dari jumlah terbaiknya dalam kempen Liga Perdana Inggeris sebelum ini, yang mana dicatatkan Hazard pada musim pertamanya iaitu 2012/2013.”

“Pemilihan bagi Pasukan Terbaik Tahunan PFA ditentukan melalui undian oleh pemain profesional dari setiap divisyen yang bertanding.”

“Pemilihan pasukan tahun ini banyak dipengaruhi oleh dua pasukan yang sedang bersaing sengit untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang mana 10 daripada 11 pemain datang dari dua kelab tersebut, walaupun Mohamed Salah tiada dalam pasukan tersebut.”

“Pemain Manchester United, Paul Pogba satu-satunya pemain yang datang dari kelab berbeza. Senarai penuh pemain adalah seperti berikut.”

“Semalam, diumumkan juga pemain Chelsea yang kini dipinjamkan kepada Aston Villa, Tammy Abraham turut berada dalam Pasukan Terbaik Tahunan PFA bagi Liga Kejohanan.”

“Beliau mempunyai 25 gol pada namanya untuk membantu Aston Villa meraih slot ke play-off.”

“Hazard akan mengetahui pada hari Ahad nanti sama ada beliau akan memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA yang akan diumumkan dalam satu majlis di London.”

“Pemain yang akan bersaing dengan Hazard adalah Sergio Aguero, Raheem Sterling dan Bernardo Silva dari Manchester City, manakala Virgil van Dijk dan Sadio Mane dari Liverpool.”

“Kelima-lima pemain tersebut tersenarai dalam Pasukan Terbaik Tahunan PFA.”

BACA:  Aliran Tunai Chelsea Hanya Mampu Bertahan Selama 17 Hari Sahaja Lagi