Chelsea Tidak Lagi Diharamkan Membeli Pemain Dan Boleh Membeli-Belah Januari Ini

Berita gembira buat pasukan Chelsea menjelang perayaan hari Natal apabila pengharaman ke atas pasukan London dalam pembelian pemain dijendela perpindahan telah ditarik balik.

Chelsea kini boleh membeli-belah dengan sesuka hati pada jendela perindahan bulan januari ini untuk memperkuatkan pasukan seperti mana kau kenal Chelsea sebelum ini.

Denda pengharaman perpindahan pemain yang dikenakan ke atas Chelsea telah dikurang oleh Mahkhamah Timbang Tara Sukan(CAS, Court of Arbitration for Sport).

“Jawatankuasa rayuan FIFA telah membuat keputusan yang bertarikh 11 April 2019, di mana pasukan Chelsea telah didapati bersalah melanggar peraturan FIFA menerusi Status dan Perpindahan Pemain (RSTP).”

“Akibatnya pasukan Chelsea FC telah digantung daripada mendaftarkan sebarang pemain baharu, sama ada pemain tempatan ataupun antarabangsa untuk tempoh dua jendela perpindahan pemain secara berturut-turut.”

“Chelsea telah didenda 600,000 Swiss dan diberikan amaran keras kerana kesalahan mereka. Tindakan telah diambil oleh CAS.”

“Hukuman yang dikenakan ke atas Chelsea telah dikurangkan, Chelsea hanya digantung untuk satu jendela perpindahan sahaja, yang mana hukuman itu telah Chelsea lalui pada jendela perpindahan musim panas 2019 yang lalu.”

Chelsea telah dihukum oleh FIFA selepas didapati bersalah kerana melanggar artikel 19 sebagaiman yang termaktub dalam peraturan FIFA yang wajib dipatuhi semua pasukan.

Menurut laporan BBC Sports, Chelsea telah melakukan 150 kesalahan membabitkan 69 orang pemain akademi dalam tempoh beberapa musim yang lalu.

FIFA kekal dengan keputusan mereka selepas Chelsea membuat rayuan pada bulan Mei yang lalu dan ini menyebabkan Chelsea membawa kes ini ke Mahkhamah Timbang Tara Sukan(CAS, Court of Arbitration for Sport).

Selepas meneliti kes ini Mahkhamah Timbang Tara Sukan(CAS, Court of Arbitration for Sport) telah mengurangkan hukuman Chelsea telah dikurangkan danhanya digantung untuk satu jendela perpindahan sahaja.

https://twitter.com/FlairLikeKova/status/1202962077117288454

Kini Chelsea boleh sudah membeli belah menjelang Januari yang bakal tiba. Dana perpindahan sebanyak £150 juta juga dilaporkan telah disediakan untuk Frank Lampard berbelanja. Ada juga cakap £300 juta.

Beberapa pemain sudah dikaitkan dengan Chelsea :

– Ben Chilwell

– Jadon Sancho

– Wilfried Zaha

– Hakim Ziyech

– Moussa Dembele

– Timo Werner

– Nathan Ake

– Kalidou Koulibaly

Frank Lampard yang pada mulanya diramal bakal menjadi pengurus pertama dipecat telah membuktikan sebaliknya dan masih kekal bersama Chelsea dan berada ditangga ke-4 dengan barisan pemain yang masih mentah.

Adakah Chelsea akan bertambah power dan padu selepas membeli beberapa pemain baharu untuk memperkuatkan pasukan?

Baca Juga

Baca Juga