Chiellini Dan Bonucci Pernah Bergaduh Berebut Jersi Messi

Gandingan centre-back Itali, Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini dianggap sebagai gandingan paling mantap dan tidak terkalahkan dalam saingan Euro 2020.

Kedua-dua pemain veteran itu membentuk gandingan yang sangat menjadi dan mereka dilihat mempunyai kesefahaman dan keserasian yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Namun hakikatnya, kedua-dua mereka sebenarnya pernah bergaduh hanya kerana mahu berebut untuk mendapatkan jersi Lionel Messi.

Bonucci dan Chiellini tidak diragukan lagi merupakan nadi penting dalam membantu kejayaan Itali menjuarai saingan Euro 2020.

Detik Chiellini menangkap Saka ketika aksi perlawanan akhir dikatakan merupakan detik paling ikonik dalam pertandingan ini dan hangat diperkatakan oleh para peminat.

Sebenarnya, kedua-dua mereka telah lama bergandingan bersama dan membentuk gandingan yang mantap di posisi centre-back Juventus.

Gandingan mereka berjaya membantu The Old Lady untuk memenangi lapan gelaran Serie A secara berturut-turut dan dianggap sebagai tembok tebal yang paling sukar untuk ditembusi.

Walaupun gandingan mereka berdua nampak sangat mantap dan teguh, namun kedua-dua mereka tetap pernah bertekak dan bertengkar sesama sendiri.

Kembali pada tahun 2017 yang lalu, Juventus telah bertemu dengan Barcelona di peringkat suku akhir saingan Champions League.

Leonardo Bonucci pada ketika itu berusaha untuk mendapatkan jersi Lionel Messi selepas tamat perlawanan tersebut.

Menjelang wisel penamat hendak dibunyikan, bekas pemain pertahanan Bari itu memanggil pemenang enam kali gelaran Ballon dโ€™or itu dengan menjerit โ€˜Leoโ€™ sebelum rakan sepasukannya mencelah dan menampar tangannya.

Bonucci tidak mengalah walau ditampar oleh Chiellini dengan beliau tetap menjerit โ€˜Leoโ€™ dan kemudian menambah lagi:

โ€œBoleh saya dapatkan jersi kamu?โ€

Sebenarnya tidak 100% jelas apa yang dilakukan oleh Chiellini kerana ada laporan yang mengatakan beliau sebenarnya bukan mahu meminta jersi Messi.

Sebaliknya beliau hanya meminta Bonucci supaya memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan dan jangan sibuk meminta jersi pemain pasukan lawan.

Namun ada juga yang menegaskan bahawa Chiellini sememangnya marah Bonucci kerana beliau terlebih dahulu sudah mendedahkan yang beliau mahukan jersi Messi, namun rakan sepasukannya itu cuba sailang di atas padang.

Juve ketika itu memenangi perlawanan tersebut dengan aggregate 3-0, selepas memenangi aksi di Turin dan berada diambang bahaya ketika mencatat keputusan seri 0-0 di Nou Camp.

Walau bagaimanapun, tidak kira apa yang dipertikaikan oleh Chiellini, sama ada beliau mahu atau tidak, hakikatnya Bonucci berjaya mendapatkan jersi Messi selepas tamat perlawanan tersebut.

Bercakap tentang kejayaan beliau mendapatkan jersi Lionel Messi, Bonucci menyatakan bahawa:

โ€œMendapatkan jersi Lionel Messi selepas tamat perlawanan? Saya saya bersyukur untuk memiliki jersi salah seorang pemain terhebat di dunia.โ€

โ€œAnak saya tentu sangat gembira.โ€

Kalau tahun 2017 beliau menganggap Messi sebagai yang terbaik, mungkin sekarang Bonucci akan berbelah bahagi kerana rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo merupakan seteru bintang Barca itu dalam perdebatan siapa yang terhebat di dunia.

Bonucci pernah menyuruh penyokong England makan lebih banyak pasta

Bonucci selain berjaya membantu Itali memenangi gelaran European Championship tahun ini, nama beliau turut tersenarai dalam senarai โ€˜Team Of The Tournamentโ€™.

Sayangnya gandingan beliau Chiellini tidak tersenarai dengan Bonucci dipilih bersama Harry Maguire sebagai centre-back terbaik sepanjang kejohanan tersebut.

Bercakap selepas tamat aksi kemenangan Itali, Bonucci mengakui yang menewaskan England dalam aksi perlawanan akhir dan menjulang Piala kejuaraan Euro 2020 merupakan penambah rasa untuk menjadikan mereka legenda.

Pertahanan Juventus itu mendedahkan kepada Rai Sport bahawa:

โ€œMatlamat yang cemerlang adalah impian yang menjadi kenyataan dan pujian selayaknya diberikan kepada jurulatih, kepada semua skuad.โ€

โ€œKetika kami bersama-sama di Sardinia, ia ada sesuatu yang berbeza jika dibandingkan dengan yang sebelum ini.โ€

โ€œKami perlahan-lahan membina keyakinan, kepastian dan keserasian. Semua ini merupakan penambah rasa untuk jadikan kami legenda.โ€

Sumber: SPORTbible

BACA:ย  Chiellini Dakwa Jampi Beliau Punca Saka Gagal Menyempurnakan Sepakan Penalti