Chiesa Tidak Dapat Menahan Diri Dan Meniru Keraian Sii Ronaldo

Federico Chiesa nyata tidak dapat menahan diri selepas membuat bantuan gol kepada Cristiano Ronaldo apabila turut sama meraikan gol dengan meniru keraian Sii bersama-sama Ronaldo.

Danilo telah menghantar bola kepada Federico Chiesa yang berada disebelah kanan, Elseid Hysaj dan Lorenzo Insigne segera datang menutup ruang bagi menghalang pergerakan Chiesa.

Lorenzo Insigne dan Elseid Hysaj mudah dilepasi Chiesa, namun Elseid Hysaj tidak mengalah terus mengekor rapat namun sekali kena kitai.

Federico Chiesa terus melakukan hantaran rendah mencari Ronaldo yang sudah bersedia dan satu percubaan leret dilepaskan cukup menewaskan penjaga gol Napoli, Alex Meret.

Gerakan yang sangat menarik telah dilakukan oleh Federico Chiesa bagi membolehkan Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pertama Juventus pada minit ke-13.

Namun yang paling menarik apabila Chiesa dan Ronaldo meraikan gol itu bersama dengan satu keraian gol terkenal milik Ronaldo. Keraian Sii.

Keraian Sii dilakukan dengan putaran 360 darjah diudara dengan menyilangkan tangan dan merembaskan tangan ke bawah sambil menyebut Sii.

Paulo Dybala menjaringkan gol kedua pada minit ke-73 dengan satu rembatan kaki kiri hasil umpanan Rodrigo Bentancur.

Tiga mata berharga buat Juventus yang agak huru-hara prestasi mereka ketika ini bagi mengukuhkan kedududkan untuk meraih slot ke Champions League.

Ronaldo telah terlepas peluang terbuka pada minit awal perlawanan selepas hantaran cantik Danilo gagal di tanduk Ronaldo yang silap pengiraan.

Kekecewaan Ronaldo jelas kelihatan apabila melepaskan amarahnya kepada tiang gol, kesian tiang gol kena tendang begitu saja tanpa pembelaan.

Oleh kerana Juventus menanga dan Ronaldo pula menjaringkan gol maka perkara ini tidak menjadi bahan kecaman di media sosial.

Keraian Ronaldo dan Chiesa ini mengingatkan kembali kenangan ketika Cristiano Ronaldo masih bersama Real Madrid di mana Marcelo meraikan jaringan bersama Ronaldo dengan keraian Sii.

Akhirnya Ronaldo menemui pasangan ideal beliau untuk meraikan bersama-sama di Juventus.

Jaringan ini merupakan gol yang ke-25 Ronaldo di Serie A selepas 29 perlawanan berlalu dan Ronaldo telah menjaringkan lebih 25 gol di liga dalam 11 musim daripada 12 musim terakhir.

Juventus kini hampir pasti tidak akan dapat mempertahankan kejuaraan mereka apabila ketinggalan 12 mata dibelakang Inter Milan.

Jika terus mempamerkan aksi tidak konsisten, peluang Juventus untuk ke Champions mungkin akan terlepas ke kaki Atalanta, Napoli dan Lazio.

BACA:  Nilai Ronaldo Semakin Susut, Bukan Lagi Pemain Paling Mahal Di Arab Saudi