Jepun dengan mudah memalukan China dengan kemenangan 7-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia pada malam Khamis. Namun apa yang pelik, China yang kalah, Manchester United pula yang dipetik.
Bintang EPL, Mitoma dan Wataru Endo memainkan peranan penting dalam kejayaan tersebut. Mitoma kembali semula beraksi untuk Jepun setelah dia bergelut dengan kecederaan musim lalu. Sebelum ini dia kali terakhir beraksi untuk Jepun adalah pada Januari.
Dia kembali semula ke pangkuan pasukan Samurai Biru dengan bergaya sekali di hadapan 50,000 peminat fanatik Jepun di Stadium Saitama.
Mitoma mencetak gol separuh masa pertama selepas gol pembukaan oleh pemain tengah Liverpool, Wataru Endo.
Takumi Minamino menambah 2 lagi gol selepas rehat untuk memastikan China tidak berdaya untuk mengejar Jepun. China yang berusaha mara ke Piala Dunia sejak kali terakhir mereka mara pada 2002.
Junya Ito, Daizen Maeda dan Takefusa Kubo masing masing menyumbang 1 gol. Kubo benar benar cemerlang dalam perlawanan ini, seperti biasa.
Kapten Jepun, Endo tetap menganggap ini kemenangan yang sukar untuk mereka walaupun jaringan menunjukkan skor 7 berbalas 0.
Peminat bola sepak China benar benar tidak dapat menerima kekalahan sebesar ini. Mereka menganggap kekalahan 7-0 ini terlalu aib dan memalukan.
Mereka meluahkan rasa malu itu di media sosial. Dan menganggap bola sepak China semakin mundr.
Tomy Yu berkata: “Pasukan kebangsaan China kalah 0-7 di tangan Jepun pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Peminat benar benar kecewa dan bimbang dengan masa depan bola sepak China. Bolehkan pasukan ini bangkit daripada detik paling teruk ini?”
China's national football team faces a shocking 0-7 defeat to Japan in the 2026 World Cup qualifiers! 😱⚽️ Fans express deep disappointment and concern for the future of Chinese football. Can the team rise from this low point? 🤔 #ChinaFootball #WorldCup2026 #RiseAgain
— Tommy Yu (@Wenpei_07) September 5, 2024
Peminat yang lain turut berkata: “Sampai 7-0 kena. Jepun benar benar menjadikan China tempat mereka berlatih petang petang. Cuba lagi lain kali untuk China.”
Netizen kemudian memetik nama Manchester United walaupun pasukan itu tiada kaitan dengan Kelayakan Piala Dunia. Ini kerana kekalahan 7-0 itu bukan semua pasukan pernah rasa.
Man utd to China 😂 pic.twitter.com/WmhLzewtss
— Just-moraless (@Justmoraless) September 5, 2024
Peminat benar benar teringat kisah Manchester United yang selalu menjadi mangsa belasahan Liverpool sampai 7-0 dikerjakan oleh Mo Salah dan kawan kawannya.
— Rajesh (@Rajeshveera_) September 5, 2024
The Same Mu 😂😂😂 pic.twitter.com/sf4LkIm4BW
— FootBall ⚽️ News | 24/7 (@fanbongda102) September 5, 2024