Bintang Denmark, Andreas Christensen berjaya menjaringkan gol yang cukup cantik dan indah ketika membantu skuadnya membelasah Rusia 4-1 awal pagi tadi.
Mungkin ramai yang anggap sistem untuk menentukan pasukan yang bakal mara ke pusingan kalah mati di kejohanan Euro 2020 agak mudah.
Juara dan naib Juara sudah tentu akan menjamin tempat untuk mereka di pusingan 16 terbaik, bahkan penunggu tempat ketiga juga sebenarnya berpeluang untuk mendapat slot ke pusingan kalah mati.
Christensen’s strike gave me flashbacks to Prime David Luiz smacking them in from distance. Middle of a back 3, ball-playing centre back, Champions League Winner. He's ready to bump chests with Thiago Silva next season. pic.twitter.com/vCpgGhyb2F
— MAH (@matissearmani) June 21, 2021
Namun walau apa pun sistem yang diguna pakai, kumpulan B dalam saingan Euro 2020 ini mengakhiri aksi peringkat kumpulan dengan cukup dramatis.
Dengan segala yang berlaku baik gol sendiri yang menyeramkan, kontroversi berkait penalti dan malapetaka VAR, Finland, Denmark dan Rusia saling bertukar kedudukan dibawah Belgium ketika perlawanan berlangsung.
Walau bagaimanapun, dari kesemua detik gila yang berlaku hingga ke wisel penamat dibunyikan, sukar untuk dinafikan yang gol jaringan bintang Chelsea, Christensen merupakan gol yang terbaik dalam saingan Euro setakat ini.
Dengan Denmark yang sudah melalui detik sungguh beremosi sepanjang kejohanan pada musim panas ini, berdepan dengan kemungkinan untuk tersingkir, pemain centre-back mereka muncul menjadi wira dengan menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Dengan keadaan huru hara di dalam kotak penalti Rusia ketika Denmark sedang mencari gol tambahan untuk memastikan mereka mara ke pusingan kalah mati, Christensen datang dari belakang melepaskan rembatan padu menerjah jaring gawang gol lawan.
🇷🇺🆚🇩🇰 = 🔥🔥🔥
⚽️3⃣8⃣ Damsgaard
⚽️5⃣9⃣ Poulsen
⚽️7⃣0⃣ Dzyuba
⚽️7⃣9⃣ Christensen
⚽️8⃣2⃣ Mæhle😏 Best goal in this game? #EURO2020 pic.twitter.com/5S2rF4EfZt
— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 21, 2021
Walau Denmark dilihat bermain dalam keadaan agak tertekan kerana mereka terdesak untuk menang dan melayakan diri ke peringkat seterusnya, gol Christensen benar-benar mencuri perhatian peminat.
Apa yang lebih mengejutkan lagi, Christensen sepertinya belum pernah menjaringkan gol sepadu itu sepanjang kariernya.
Sukar untuk menafikan kehebatan jaringan itu dari segi kekuatan, kelajuan, ketepatan dan segala macam lagi yang membolehkan bola itu masuk menerjah jaring gawang gol Rusia.
🇩🇰 Scintillating first-time effort from distance by Andreas Christensen!
👀Goal of the Round 𝗖𝗢𝗡𝗧𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥? #EUROGOTR | @GazpromFootball pic.twitter.com/r3Fr0Kuzq8
— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) June 21, 2021
Can your defender EVER?
What a strike from Andreas Christensen 🤩🔥 pic.twitter.com/pyrFaveG2V
— DollyPee Chelsea First Lady 💙💙💙 (@therealdollypee) June 21, 2021
Gol yang cukup-cukup padu dan menakjubkan dan diraikan dengan penuh kegembiraan oleh semua pemain Denmark.
Matvei Safonov awalnya telah berjaya menyelamatkan dua percubaan dari Denmark pada ketika itu, namun dalam keadaan huru hara, bola yang cuba dikeluarkan oleh pemain Rusia itu singgah di kaki Christensen.
Pemain centre-back itu berlari dari tengah, perlahan-lahan naik ke atas, dan ketika bola menuju ke arahnya, beliau terus melepaskan rembatan super padu dari luar kotak penalti menewaskan Safonov.
Walaupun kebiasaannya pemain centre-back akan berada di tengah padang ketika skuad mereka menyerang, kebanyakkan mereka akan naik sedikit ke atas untuk menanti jika ada peluang untuk menghasilkan sesuatu.
Christensen juga melakukan hal seperti itu dan beliau membuktikan yang tindakan beliau membuahkan hasil selepas menjaringkan gol yang luar biasa menakjubkan itu.
Andreas Christensen. That is all. pic.twitter.com/MKKHBk1E24
— KING SHAMELESS ⭐️⭐️ (@CarefreeLewisG) June 21, 2021
Jika dilihat pada ulang tayang gol tersebut, Andreas Christensen sepertinya tidak mengarahkan bola ke sudut sebelah atas gawang gol Rusia.
Namun kekuatan bola rembatan beliau pergi tepat menuju ke arah gawang gol dan kelajuan bola tersebut jelas menyukarkan Safonov untuk menyelamatkan percubaan Christensen itu.
Kemenangan 4-1 mengesahkan tempat untuk Denmark mara ke pusingan kalah mati selepas mengakhiri aksi peringkat kumpulan di kedudukan kedua di belakang Belgium.
Walau melalui permulaan yang sungguh beremosi di awal mula pertandingan ini, namun Denmark berjaya menguruskan emosi mereka dengan baik, dan hasilnya mara ke pusingan 16 terbaik.
Bukan hanya terpaksa berdepan dengan dua kekalahan awal di tangan Belgium dan Finland, namun mereka turut berdepan dengan trauma selepas melihat apa yang berlaku pada Christian Eriksen.
Andreas Christensen dedicated his amazing goal to Christian Eriksen 🇩🇰❤️ pic.twitter.com/X4gmTzlJDG
— FootballFunnys (@FootballFunnnys) June 21, 2021
Selepas melalui semua itu, jelas Denmark merasa begitu puas untuk melayakkan diri mereka ke peringkat seterusnya dalam saingan Euro tahun ini.
Christensen mendedikasikan gol jaringan beliau dalam perlawanan ini untuk sahabat beliau, Christian Eriksen.
Beliau turut dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini, bukan hanya kerana menjaringkan gol yang padu, tetapi kerana aksi mantapnya sepanjang perlawanan.
Denmark membuka tirai jaringan pada minit ke-38 menerusi Damsgaard sebelum Poulsen menggandakan kedudukan pada minit ke-59 permainan.
The second Chelsea player to score for his country side 🇩🇰 Christensen and he did it in style 💙💙 pic.twitter.com/JL5r0cCJ3M
— Ghana9ja boy ⭐️⭐️🇳🇬 🇬🇭 (@Filaman19) June 21, 2021
Christensen menjaringkan gol padu pada minit ke-79 sebelum Rusia cuba merapatkan jurang gol menerusi Dzyuba menerusi sepakan penalti pada minit ke-70 permainan.
Joakim Maehle melengkapkan kemenangan 4-1 Denmark selepas menjaringkan gol pada minit ke-82 permainan, seterusnya membawa Danish untuk mara ke pusingan kalah mati.