Christian Eriksen Tidak Dibenarkan Bermain Di Itali Selagi Beliau Bergantung Pada ICD

Menurut ketua perubatan Itali, Christian Eriksen tidak akan dibenarkan untuk beraksi bersama Inter Milan melainkan beliau mencabut ICD yang dipasang pada jantungnya.

Eriksen telah menjalani pembedahan memasukkan implantable cardioverter defibrillator (ICD) selepas beliau pengsan ketika aksi pembukaan saingan Euro 2020 bertemu Finland.

Namun begitu, setakat hari ini, bintang midfield itu tidak akan dibenarkan beraksi dalam saingan Serie A menjelang musim baharu ini kerana beliau masih memakai alat tersebut.

Direktor FIGC, unit komuniti teknikal-saintifik dari badan bola sepak Itali, Franco Braconaro telah menjelaskan senarai keperluan yang diperlukan oleh bintang berusia 29 tahun itu untuk kembali beraksi dalam saingan Serie A.

Beliau mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan yang tahap kecergasan Eriksen hanya akan diambil kira tanpa penglibatan alat bantuan jantung yang dipakai olehnya.

“Christian Eriksen tidak boleh dibenarkan untuk terus beraksi di Itali.”

Tegas Francesco Braconaro menurut Football Italia.

“Jika pemain itu melepaskan alat tersebut, seterusnya mengesahkan beberapa hal lagi, maka dia akan boleh dibenarkan untuk kembali beraksi bersama Inter Milan.”

Bekas bintang Manchester United yang kini merupakan pemain Ajax, Daley Blind turut memakai alat yang sama ke dalam jantungnya dan beliau turut mempertahankan Eriksen untuk kembali beraksi.

Pemain berusia 31 tahun itu pernah beraksi bersama Eriksen ketika karier mereka di Ajax sebelum ini dan beliau sendiri turut mempunyai masalah yang melibatkan jantung.

Pada tahun 2019 sahaja, Blind pernah pengsan sebanyak dua kali dan turut menerima rawatan dari pakar kerana masalah yang sama.

Pada Disember 2019, Blind didiagnos mengalami radang jantung selepas mengalami gejala pening kepala ketika beraksi bertemu Valencia dalam saingan Champions League.

Selepas dari itu, beliau kembali beraksi dan ketika berbaki 10 minit sahaja lagi dalam aksi pra musim bertemu Hertha Berlin, Blind sekali lagi tumbang dengan tidak ada sesiapa di sisinya ketika itu.

Selepas beliau tumbang, petugas kesihatan dengan segera memberikan rawatan padanya sambil kesemua rakan sepasukannya yang lain perhatikannya penuh kebimbangan.

Seminggu selepas itu, beliau kembali menjalani sesi latihan penuh dan telah mempamerkan aksi persembahan yang mantap bersama Ajax dalam saingan Eredivisie.

Ekoran dari persembahan mantapnya, Blind telah dipanggil untuk sertai skuad 26 pemain Belanda pilihan Frank de Boer untuk aksi saingan Euro 2020.

Beliau telah mendedahkan tentang bagaimana impak insiden yang berlaku pada Eriksen itu terhadapnya sebelum turun beraksi bertemu Ukraine.

“Semalam ia memberi impak yang sungguh besar pada saya.”

Jelas Blind pada media Belanda, NOS.

“Selain dari kerana saya kenal Christian dengan sangat rapat sebagai sahabat, saya tahu situasi dia sangat teruk. Sudah tentu, saya sendiri pernah merasakan beberapa hal yang hampir sama seperti itu, jadi dek kerana itu saya perlu lawan pemikiran yang ada untuk terus bermain.”

Eriksen sempat membantu Inter Milan Muncul Juara Serie A Musim Lalu

“Saya mengalami banyak masalah kerana itu, tapi saya bangga yang saya mampu lakukannya. Dan kemudian semua perasaan itu timbul buat seketika.”

“Saya sejujurnya tidak fikirkan tentang hal itu. Tapi situasi dan insiden itu banyak beri kesan pada saya dan saya tak boleh tidur nyenyak kerana itu. Saya benar-benar perlu kuat untuk tidak memikirkan semua itu.”

Sama seperti Eriksen, Blind turut memerlukan bantuan cardioverter-defibrillator dan ia membenarkan beliau untuk terus bermain untuk kelab dan negaranya.

Walaupun ramai yang merasakan Eriksen tidak mungkin boleh bermain lagi, namun bekas bintang Manchester United itu tetap percaya sahabatnya itu akan mampu untuk teruskan kariernya.

“Gambaran yang berlaku di Copenhagen, dengan Eriksen terbaring di atas padang, ia beri kesan mendalam terhadap saya.”

“Gambaran itu betul-betul saya faham dan dapat rasa. Ia benar-benar beri kesan pada saya, sebab itulah saya rasa sungguh beremosi.”

“Ketika ia berlaku pada saya, seluruh dunia kata pada saya yang karier bola sepak saya sudah berakhir, mereka kata saya sudah tidak boleh bermain lagi.”

“Tengok saya dekat mana sekarang. Sebab itulah saya nak kata pada semua orang, ‘Jangan Ganggu Eriksen!”

“Saya terpaksa berdepan dengan halangan mental yang besar sebelum saya mampu untuk bermain ketika aksi perlawanan pembukaan peringkat kumpulan.”

“Semua emosi tu saya rasa. Saya bangga dengan diri saya sebab saya mampu untuk bermain dalam tempoh yang lama dalam perlawanan itu. Saya berjaya, tapi ia sukar.”

“Tidak ada alasan tentang mengapa saya tak boleh untuk bermain di peringkat tertinggi lagi. Satu hal yang penting adalah kamu perlu kosongkan fikiran kamu.”

Saya tak takut. Saya cuma sangat gembira kerana saya dibenarkan untuk jadi sebahagian dari skuad ini sekali lagi dan dapat kembali beraksi bersama mereka.”

“Ketika doktor beritahu kamu yang kamu OK untuk kembali bermain, kamu sebenarnya hanya rasakan tekanan dan keterujaan untuk kembali bermain, bukan tertekan kerana takut.”

Sumber: SB

BACA:  Christian Eriksen Dipanggil Semula Sertai Pasukan Kebangsaan Denmark