Ciapan Ejen Salah Selepas Salah Dikeluarkan Mengundang Spekulasi

Ciapan di laman Twitter ejen mesin gol Liverpool yang sedikit berkarat, Mohamed Salah sejurus selepas Salah dikeluarkan oleh Jurgen Klopp ketika menentang Chelsea telah menimbulkan spekulasi dikalangan peminat dan media.

Chelsea terus cemerlang dibawah kendalian Thomas Tuchel apabila berjaya menundukkan Liverpool di gelanggang keramat, Anfield dengan satu gol hasil jaringan cantik Mason Mount.

Sejarah baru telah pun tercipta buat Liverpool apabila tewas 5 kali secara berturut-turut buat pertama kali di Anfield sejak ditubuhkan pada 1892.

Ejen yang mewakili Mohamed Salah, Ramy Abbas Isa hanya membuat satu ciapan ringkas sahaja dengan meletakkan satu titik atau noktah sahaja di laman Twitter rasmi beliau.

Ciapan itu hadir pada masa yang sangat tepat iaitu selepas Mohamed Salah dikeluarkan oleh Jurgen Klopp pada minit ke-62 digantikan dengan Alex Oxlade-Chamberlain.

Mohamed Salah jelas kelihatan kecewa dan tidak berpuas hati ketika meninggalkan padang dan reaksi, raut wajah serta ekspresi Salah berjaya dirakam kamera.

Spekulasi daripada sebiji titik mula bertebaran daripada peminat Liverpool dan juga pengamal media yang mula mengemukakan teori masing-masing mentafsir maksud disebalik titik itu.

Ada yang menafsir bahawa Ramy Abbas Isa cuba memberi petunjuk atau kata kunci tentang masa depan Salah bersama Liverpool yang mungkin akan berhijrah di masa mendatang.

Tindakan Ramy Abbas Isa ini juga dianggap laparkan perhatian seperti meniru perangai super ejen, Mino Raiola yang sentiasa menimbulkan kontroversi berkaitan pemain yang diuruskannya.

Ketua penulis bola sepak Independent, Miguel Delaney menimbulkan persoalan ke mana Salah akan pergi? Dengan situasi semasa dua gergasi Sepanyol kekurangan dana.

“Ciapan oleh ejen Salah, ke mana Salah nak pergi? Dua gergasi Sepanyol takda duit dan pasti akan mencari pemain lebih muda.”

“Liverpool pula takkan terima harga yang rendah. Salah kena tunggu sampai habis kontrak.”

Walaupun pada tahun 2021, Liverpool hanya mengumpul 11 mata daripada 12 perlawanan, Salah masih lagi menjadi penjaring terbanyak Premier League dengan 17 gol setakat ini.

Menurut Jurgen Klopp selepas perlawanan, Salah dikeluarkan kerana intensity Salah berada dibawah standard biasa.

“Salah kelihatan kecewa dan itu bukan satu masalah. Aku tengok Salah tak macam biasa dan aku tak nak amek risiko.”

“Dah lama aku kenal Salah, biasa Salah nampak segar bugar. Itu tanda untuk mempertaruhkan Salah.”

Tindakan Klopp mengeluarkan Salah tidak salah kerana Klopp sangat mengenali pemain beliau dan mengadap muka hari-hari bukan duk berkicau dekat Twitter.

Baca Juga

Baca Juga