CIES Keluarkan Senarai Pemain Paling Bernilai, Rashford Gayat Dipuncak

rashford psg

Portal berbentuk kajian, CIES Football Observatory melalui hantaran mingguan bagi isu 319 telah mengeluarkan senarai pemain bola sepak paling bernilai ketika ini dan Marcus Rashford gah gayat di puncak.

CIES Football Observatory yang merupakan pakar dalam membuat analisis dan menilai harga pemain dan juga kelab mengikut kaedah dan kriteria serta algorithm yang telah ditetapkan.

Antara kriteria yang memberi nilai kepada pemain dan mewujudkan nilai perpindahan yang digunakan oleh CIES antaranya adalah:

1. Umur
2. Tempoh Kontrak
3. Inflasi
4. Prestasi
5. Kemajuan Karier
6. Status Antarabangsa

Itulah antara kriteria ringkas yang digunakan CIES untuk menerbitkan nilai semasa pemain, kalau nak tahu detail kau baca kat sini. Sila Klik.

Senarai yang dikeluarkan dua kali setahun ini melibatkan pemain yang bermain di liga lima teratas Eropah iaitu Premier League(England), La Liga(Sepanyol), Serie A(Italy), Bundesliga(Jerman) dan Ligue 1(Perancis).

Rashford Gayat, Mbappe Terciduk

Mesin gol Manchester United yang kadang kala menjadi mesin rumput sahaja di padang, Marcus Rashford selepas penilaian dilakukan menjadi peneraju takhta(gayat) pemain paling bernilai dengan tanda harga €165.6 juta.

Kylian Mbappe tahun lalu dinilai pada harga €259.2 juta telah terciduk ke tangga kelima dengan nilai €149.4 juta dengan tempoh kontrak tinggal hanya 18 bulan lagi.

Pemain muda sensasi dari Norway yang berusia 20 tahun, Erling Braut Haaland berada ditangga kedua dengan nilaian €152 juta dan satu pembelian yang bijak buat Borussia Dortmund.

Trent Alexander-Arnold yang semakin sendu pada musim ini telah menjadi pemain pertahanan paling mahal di dunia di usia 22 tahun apabila diletakkan tanda harga sebnyak €151.6 juta.

Pemain paling teruk diperah keringat sejak setahun yang lalu oleh Ole Gunnar Solskjaer, Bruno Fernandes berada ditangga keempat dengan pengeluaran nilai sebanyak €151.1 juta.

Bruno Fernandes yang menyertai Manchester United pada januari 2020 telah menjadi nadi utama Manchester United dan Setan Merah tidak dapat beraksi dengan baik tanpa pemain Portugal ini.

Dengan senarai harga ini telah menobatkan Bruno Fernandes sebagai pemain tengah paling bernilai setakat ini. Harap tak burn out.

Penjaga gol Manchester Coty dari Brazil, Ederson Moraes menjaga penjaga gol paling bernilai dengan harga €79.6 juta berada di hadapan Marc Andre Ter Stegen(€70 juta) dan Allison Becker(€65.7 juta).

Pemain paling bernilai mengikut posisi:

Penjaga gol – Ederson Morae (€79.6 juta)

Pertahanan – Trent Alexander-Arnold (€151.6 juta)

Pemain Tengah – Bruno Fernandes (€151.1 juta)

Penyerang – Marcus Rashford(€165.6 juta)

Kau klik je la link ni nak tengok senarai 100 teratas. Sila klik.

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo

Dua pemain sensasi dua sejak sedekad yang lalu yang sentiasa menjadi perbandingan siapa yang terhebat iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo masih mempunyai nilaian yang agak tinggi walaupun sudah memasuki fasa veteran.

Dengan hanya kontrak berbaki 6 bulan sahaja Lionel Messi masih lagi berada dalam senarai 100 tertinggi di tangga ke-97 dan diletakkan harga sebanyak €54 juta. Masih lagi harga yang tinggi.

Cristiano Ronaldo pula berada di tangga ke-131 walaupun cemerlang dengan nilai €47 juta dan nilaian semakin susut kerana faktor umur(35 tahun) dan tempoh kontraknya dengan Juventus sehingga Jun 2022 sahaja.

Jika ada kelab lain berminat mendapatkan dua pemain ini hanyalah sebagai rancangan jangka pendek tetapi nilai komersil yang dibawa oleh Messi dan Ronaldo masih menakjubkan.

BACA:  PSG Mahu Dapatkan Rashford Dengan Gaji £850,000 Seminggu Je