City Kena Comeback, Dua Gol Gila Padu Terhasil Selepas Dirasuk Messi

Juara Premier League musim ini, Manchester City terkedu apabila mengenangkan kebangkitan Brighton & Hove Albion yang ketinggalan dua gol lalu mengejar untuk menang 3-2 dalam perlawanan penuh aksi.

Kad merah, VAR, kebangkitan luar biasa pasukan kerdil dan gol padu dibalas dengan gol lagi padu seperti mereka dirasuk Lionel Messi menjadi rencah perlawanan ini.

Mungkin kerana apa-apa keputusan yang diraih dalam perlawanan ini tidak memberi kesan maka kedua-dua pasukan bermain tanpa tekanan.

Manchester City terlebih dahulu dihapan hasil jaringan pemain tengah yang bertukar menjadi mesin gol dari Jerman, Ilkay Gundogan seawal minit kedua perlawanan.

Riyad Mahrez menari-nari di sebelah kanan kotak Brighton & Hove Albion bagi mencari ruang dan peluang melakukan hantaran lintang.

Selepas menghidu pergerakan Ilkay Gundogan dan ruang diperoleh maka satu hantaran canti telah dibuat ke far post dan mudah buat Gundogan menanduk masuk dengan menghantuk bola ke tanah.

Pada minit ke-9 malang menimpa Jaoa Cancelo apabila dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Danny Welbeck di depan kotak penalti.

Rujukan VAR mendapati kad merah itu kekal seperti keputusan awal pengadil kerana Cancelo merupakan last man. Macam Welbeck yang menarik Cancelo pun ada kan?

Walaupun perlawanan ini tidak membawa sebarang makna namun agak berat buat Manchester City untuk bermain 10 orang untuk baki 80 minit permainan.

Awal permainan babak kedua, Manchester City menggandakan kedudukan hasil jaringan solo Phil Foden yang melakukan larian dari kawasana sendiri ke kotak penalti Brighton & Hove Albion.

Gol secara individu yang sangat mengagumkan dari Foden yang mempamerkan kekuatan fizikal selepas diekor rapat pemain Brighton dengan penyudah yang tenang.

Dan ada membandingkan jaringan yang dilakukan Foden itu dengan jaringan yang pernah dilakukan oleh Lionel Messi yang boleh dianggap sebagai bapa gol solo bola sepak.

Dua minit kemudian, Leandro Trossard memulakan aksi kebangkitan Brighton & Hove Albion dengan gol pertama yang sungguh luar biasa yang mempamerkan keazaman yang tinggi.

Gol ini terhasil secara solo juga di mana Leandro Trossard menerima bola dari tengah padang dan secara sendirian membawa bola dengan mengacah pertahanan City menunggu bantuan rakan-rakan.

Leandro Trossard telah diapit oleh dua pertahanan Manchester City dan ketika itu mempunyai empat pilihan untuk menghantar bola kepada rakannya yang sudah tiba.

Namun Leandro Trossard telah memoton masuk ke tengah dan melakukan imbasan mencari ruang untuk meledakkan rembatan dan Ruben Dias cuba menerjah tidak berjaya.

Merangkak-rangkak Ruben Dias mengejar Leandro Trossard, lima permain Manchester City tiba, Leandro Trossard menahan nafas mencari sasaran dan boom melepaskan remabatan.

Satu lagi gol solo padu terhasil dan kini giliran Leandro Trossard dirasuk Lionel Messi.

Gol itu menjadi gol semangat kepada Brighton & Hove Albion dan Adam Webster menyamakan kedudukan pada minit ke-72 melalui satu rembatan tipis tapi cukup untuk menewaskan Ederson Moraes.

Empat minit kemudian Daniel Burn menjaringkan gol ketiga dalam situasi kelam kabut depan gol yang merupakan gol kemenangan dalam satu aksi kebangkitan yang luar biasa.

Lawan Manchester City kot. Sungguh beruntung penyokong Brighton & Hove Albion yang pertama kali dapat hadir ke stadium selepas beberapa bulan dapat menyaksikan perlawanan luar biasa ini.

Brighton: Sanchez, White, Webster, Burn, Gross, Alzate, Bissouma, Moder, Jahanbakhsh, Welbeck, Mac Allister.

Subs: Karbownik, Connolly, Trossard, Lallana, Tau, Steele, Caicedo, Zeqiri, Walton.

Manchester City: Ederson, Joao Cancelo, Stones, Dias, Zinchenko, Bernardo Silva, Rodri, Gundogan, Mahrez, Torres, Foden.

Subs: Ake, Gabriel Jesus, Steffen, Laporte, De Bruyne, Mendy, Fernandinho, Garcia, Palmer.

Referee: Stuart Attwell (Warwickshire)

BACA:  Premier League 2020/21: Manchester City 2-5 Leicester City