Manchester City berjaya mempamerkan kembali keunggulan mereka apabila menendang Arsenal keluar dari saingan Piala FA di pusingan keempat dalam perlawanan yang berlansung di Stadium Etihad.
Arsenal dilihat sebagai pilihan untuk mara dan Manchester City membuktikan sebalikan apabila gol tunggal Nathan Ake sudah cukup untuk terus mengekalkan mereka dalam perebutan juara.
Pemain pertahanan Belanda itu melepaskan satu sepakan rendah penuh berseni pada minit ke-64 di Stadium Etihad ketika City mendapat jaringan pertama dalam perlawanan penuh sengit itu.
Arsenal, pendahulu Liga Perdana, telah menikmati permainan yang lebih baik pada separuh masa pertama, dengan Takehiro Tomiyasu dan Leandro Trossard kedua-duanya memaksa Stefan Ortega melakukan aksi penyelamatan.
In the 🎩
🔵 1-0 🔴 #ManCity pic.twitter.com/75P1SHGEIc
— Manchester City (@ManCity) January 27, 2023
Ini merupakan pertemuan kelapan Pep Guardiola dan bekas pembantunya, Mikel Arteta di mana Pep Guardiola terlalu unggul dengan tujuh kemenangan dalam semua kejohanan.
Arsenal mempamerkan permainan bertenaga seperti biasa dan Manchester City berjaya menyerap segala asakan dengan permainan penuh berdisiplin dan Haaland hanya mampu memberi impak yang minima dengan perubahan taktikal Pep Guardiola.
Permainan berlangsung tidaklah bergitu menarik kerana kedua-dua pasukan pantas menutup ruang ketika diserang dan kurang percubaan tercetus sepanjang perlawanan.
Permainan ini bergantung kepada kemampuan individu untuk menggentel bola bagi masuk ke kubu lawan dan itulah yang dilakukan oleh Jack Grealish dan Gabriel Martinelli.
NATHAN AKE GIVES MAN CITY A 1-0 LEAD AGAINST ARSENAL! pic.twitter.com/XuuuLIBftt
— ESPN FC (@ESPNFC) January 27, 2023
Peluang terbaik City pada separuh masa pertama datang apabila Kevin De Bruyne memotong ke dalam dan melencongkan percubaan kaki kiri yang tersasar, tetapi Arsenal kembali menghampiri apabila Eddie Nketiah menyodok jauh dari hantaran lintang Trossard.
Gentelan demi gentelan Jack Grealish akhirnya berjaya dengan satu tolakan kepada Nathan Ake yang datang membantu dari belakang dan satu sepakan leret sudah cukup untuk meletakkan bola ke gawang.
Gabriel Martinelli banyak masuk dari sebelah kiri dengan gelecekannya di atas garisan namun hantarannya berjaya saja dipotong dan dimatikan pertahanan Manchester City.
Arsenal cuba mengasak mencari gol penyamaan sekurang-kurangnya dapat meraih perlawanan ulangan namun apa yang dicari tidak kunjung tiba dan mereka tersingkir, City ke pusingan kelima.
Kesebelasan Utama Manchester City: Ortega; Lewis, Stones, Akanji, Ake; Rodri; De Bruyne, Gundogan; Mahrez, Haaland, Grealish.
Pemain Simpanan : Ederson, Walker, Dias, Phillips, Cancelo, Laporte, Alvarez, Bernardo, Palmer.
Kesebelasan Utama Arsenal : Turner; Tomiyasu, Holding, Gabriel, Tierney; Partey; Vieira, Xhaka; Saka, Nketiah, Trossard.
Pemain Simpanan : Ramsdale, White, Zinchenko, Saliba, Kiwior, Lokonga, Odegaard, Marquinhos, Martinelli.
Pengadil Perlawanan : Paul Tierney.