City Tewas Di Minit Akhir, Arsenal Berpeluang Jarakkan Mata

Manchester City tewas kepada Brenford 2-1 dengan jaringan minit akhir di Stadium Etihad dan kekalahan Citizen ini telah memberi peluang kepada Arsenal untuk menjarakkan kedudukan di puncak liga.

Ketika ini Arsenal di atas dengan kelebihan dua mata dan jika mereka berjaya menewaskan Wolverhampton Wanderers mereka akan terus gayat dengan perbezaan 5 mata.

Ini merupakan kekalahan pertama City di gelanggang sendiri, Stadium Etihad dan Ivan Toney menjadi dalang kepada kemenangan Brentford dengan gol kemenangan penuh dramatik.

Penyerang Bees, Ivan Toney memberi pendahuluan kepada pelawat pada minit ke-16 sebelum Phil Foden menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama dengan gol penyamaan yang menakjubkan.

Manchester City terus menekan untuk sebuah kemenangan dengan Joao Cancelo dan Rodri telah membuatkan David Raya terpaksa melakukan aksi menyelamat yang padu.

Tetapi City akhirnya terperangkap dengan permainan menyerakan mereka dalam masa kecederaan apabila Ivan Toney meledak gol kemenangan lewat permainan.

Ia menamatkan rentetan 15 kemenangan di tempat sendiri berturut-turut dalam semua pertandingan dan bermakna City akan berehat untuk Piala Dunia di tempat kedua dalam Liga Perdana Barclays.

Brentford tidak pernah menang di tempat lawan dalam Liga Perdana sepanjang musim ini tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda ketakutan di laman sendiri juara bertahan.

Dalam masa tiga minit awal permainan, Frank Onyeka memaksa penyelamatan awal dilakukan oleh Ederson.

Ivan Toney kelihatan dalam semangat membara untuk membuktikan kehebatan selepas diketepikan daripada skuad England kendalian Gareth Southgate.

Percubaan Ivan Toney kemudiaannya turut dinafikan oleh satu lagi penyelamatan hebat Ederson dari jarak dekat.

Akhirnya Toney meletakkan Bees di hadapan pada minit ke-16 apabila dia bertindak balas dari percubaan Ben Mee untuk membuat tandukan tepatdan kali ini Ederson tertewas.

City meminta sepakan penalti 10 minit kemudian apabila bola terkena tangan Rico Henry ketika Bernardo Silva memecah masuk ke dalam kotak, tetapi selepas pemeriksaan VAR, kontak diadili berada di luar kotak untuk sepakan percuma.

Brentford terselamat daripada sepakan percuma yang terhasil tetapi City akhirnya mendapat gol penyamaan sejurus sebelum separuh masa.

Phil Foden memaksa David Raya melakukan penyelamatan pintar minit ke-40 selepas merebut bola terobosan Kevin De Bruyne tetapi penjaga gol Brentford itu tidak mampu untuk menyelamat rembatan padu Foden lima minit kemudian.

Tendangan sudut De Bruyne melayang ke tiang jauh di mana Foden melakukan rembatan terus yang tidak dapat dihalang sesiapa ke penjuru atas.

Permainan terhenti selama lima minit pada permulaan separuh masa kedua apabila Aymeric Laporte mengalami kecederaan teruk di kepalanya dalam perlanggaran tetapi dia dapat meneruskan permainan.

City berjaya menenggelamkan pelawat untuk sebahagian besar separuh masa kedua tetapi peluang jelas sukar dicipta apatah lagi gol.

City membelah pertahanan Brentford pada minit ke-66 dengan gerakan pantas dengan Gundogan dan Erling Haaland bertukar hantaran di dalam kotak tetapi percubaan pemain Jerman itu melepasi palang.

David Raya menafikan rembatan jarak jauh dari Rodri dan Cancelo manakala Foden turut mencuba nasibnya dari jauh dan melepasi palang.

Dengan 10 minit masa kecederaan, City terus cuba mencari kemenangan kedua berturut-turut Liga Perdana selepas minit ke-90.

Tetapi Toney yang meraih kemenangan lewat dan hampir menjerat hatrik ketika City ghairah mencari gol dengan Ederson melakukan satu lagi penyelamatan yang hebat.

City akan berehat untuk memberi laluan kepada Piala Dunia dan pasti berharap Arsenal tidak menjarakkan kedudukan dengan 5 mata.

Kesebelasan Utama Man City: Ederson, Stones, Cancelo, Gundogan, Haaland, Laporte, Rodri, De Bruyne, Silva, Akanji, Foden.

Pemain Simpanan: Moreno, Dias, Phillips, Grealish, Alvarez, Gomez, Mahrez, Palmer, Lewis.

Kesebelasan Utama Brentford: Raya, Henry, Pinnock, Jensen, Zanka, Onyeka, Mee, Toney, Mbeumo, Janelt, Roerslev.

Pemain Simpanan: Cox, Norgaard, Canos, Dasilva, Wissa, Ghoddos, Lewis-Potter, Crama, Yarmoliuk.

BACA:Β  Premier League 2020/21: Arsenal 0-1 Burnley