Claudio Bravo Punca Prestasi Buruk Manchester City?

Manchester City memulakan liga di bawah kendalian Pep Guardiola dengan garang. Itu cerita awal musim hari tu lah.

Hari ini, rentetan prestasi tidak konsisten pasukan, The Citizen sekadar menduduki tangga kelima, satu tangga di atas musuh setempat Manchester United dan ini merupakan posisi terburuk Guardiola sejak dia mula menjadi pengurus bola sepak.

Lebih perit lagi, penjaga gol yang dibawanya dari Barcelona untuk menggantikan Joe Hart, Claudio Bravo tidak berapa nak bravo semenjak dua menjak ini dan boleh dikatakan bahawa Bravo menjadi punca sebenar kejatuhan City.

Gambar dari BBC

Dalam dua perlawanan terkini, gawang City bolos sebanyak enam kali, empat kepada Everton dan dua kepada Tottenham Hostpur. Apa yang merisaukan ialah statistik Bravo.

Dalam dua perlawanan tersebut, Bravo tiada saves langsung! Dengan kata lain, asalkan pihak lawan shoot pasti akan dapat gol. Sepanjang musim ini, Bravo telah melepaskan 16 gol daripada 24 percubaan mutakhir ke arahnya.

Lebih syahdu, kali terakhir Bravo selamatkan gawang daripada percubaan pihak lawan ialah pada 2 Januari yang lalu, ketika menepis cubaan Michael Keane pada minit ke 90 ketika menang dalam Piala FA di Etihad.

Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya Bravo telah selamatkan hanya melepaskan 25 gol daripada 59 percubaan.

Adakah Pep telah melakukan kesilapan membawa Bravo?

Baca Juga

Baca Juga